I can't tell u how happy I am.. I got a greenlite to get engaged this year!
hahahaha..kecoh betul..
Hukum bertunang adalah sunnat.Ia adalah daripada sunnah Nabi s.a.w.Sebelum dilangsungkan perkahwinan eloklah terlebih dahulu kita bertunang untuk mengenali hati budi pasangan kita sebelum berkahwin.
haa..so pade sesape yg suka sgt nak jd pengacau dlm hubungan org lain, sila bukak mata besar2 n faham ayat ni betul2.. jgn sibuk berpegang pd kapal terbang pun bole kena 'hijack' ape lagi org bertunang yg belum official jadi husband and wife kan..JANGAN..Nabi Muhammad S.A.W dah bagitau, JANGAN amik hak org lain..
Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul, inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan.
Hukum bertunang adalah sunnat.Ia adalah daripada sunnah Nabi s.a.w.Sebelum dilangsungkan perkahwinan eloklah terlebih dahulu kita bertunang untuk mengenali hati budi pasangan kita sebelum berkahwin.
Hadith :
Dari Ibnu Umar r.a katanya, Nabi SAW bersabda:”Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya.”
“Seorang mukmin adalah saudara bagi mukmin yang lain. Maka tidaklah halal baginya menawar barang yang telah dibeli oleh saudaranya dan tidak halal pula baginya meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya hingga saudaranya meninggalkan pinangannya (membatalkan).”haa..so pade sesape yg suka sgt nak jd pengacau dlm hubungan org lain, sila bukak mata besar2 n faham ayat ni betul2.. jgn sibuk berpegang pd kapal terbang pun bole kena 'hijack' ape lagi org bertunang yg belum official jadi husband and wife kan..JANGAN..Nabi Muhammad S.A.W dah bagitau, JANGAN amik hak org lain..
5 comments:
babe, hukum bertunang sunat..jadi bertunang dapat pahala la ea?hihihihi
wah!!! congratulations...
babe:alhamdulillah~
kak haida:time kasih! tp lame lg laa..hehe
ada lg 1 hadith awk x letak.
Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
lagi pesanan utk kamu,saya dan kita semua:
Pada hari pertunangan, hendaklah ia menggalakkan
tunangnya agar memperluatkan agamanya dan
bersikap zuhud (bukan buang dunia, tetapi hati
tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah bersama-
sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu
qanaah, memadai dengan apa yang
telah ada tanpa rasa tamak.
Setelah bertunang, janganlah mengenakan sesuatu
tempuh yang agak lama jaraknya dengan
penikahan. Sebaik-baiknya dilaksanakan
pernikahan itu secepat mungkin agar terhindar dari
berbagai fitnah manusia.
Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam
pertunangan. Islam tidak memberikan kebebasan
bergaul selepas meminang kerana menjaga maruah
wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang
dibuat bukanlah sebagai tiket yang membolehkan
seseorang lelaki itu untuk bergaul atau berdua-
duaan dengan bakal isterinya.
ok it is soooo scary bila ada nk potong line semasa bertng.
co-ba-annn....
Post a Comment