Followers

30 June 2011

hunting for OP

(khamis) Last puasa ganti.. yahooo!!

Hi all ladies! I'm still in the middle of choosing the right kain for my family members.. Thank you so much pada yg bagi komen membina! u girls memg faham intention I yg jimat tahap dewa ni.. ngahaha~ So later on baru I proceed pasal kain tu k.. Nak beli now macam terlalu awal lagi masenye.. Lain lah kalau I kahwin end of this year..huhu. Owner pun ade kedai kat Bangi so rasenye takde masalah la.. *hopefully*

Now I tengah nak buat structure for budget.. hihihii.. HARI RAYA bakal tiba. To all my dear Cuzzies, Duit Raya hanyalah RM1 setiap seorang.. Walaupun potensi utk beraya seramai 4 org sahaja this Aug/ Sept (MAMA, Ayah, Me & Ili) sb adik beradik lain balik side mertua, but I'll make sure they all beli kuih raya banyak-banyakkk.. I mungkin beli 3 jenis sahaja sebab nak makan sensorang. HAHAHA! adehh lupo pulak, kuih raya utk FMIL pun kena allocate sikit. Duit raya utk bakal adik ipar seramai 2 orang biarlah abg mereka yg tolong bagi kan..huhuhu..

Ok maafkan sy yg tgah ngantuk ni.. Title post pasal hunting OP tapi merepek cakap pasal budget HARI RAYA. Dusshh!!

//////////////////////////////

At first agak terkejut bile start received their quotation. Maklumlah berangan nak hire the Pros tapi bile tengok tabungkahwin bedecing bunyik syiling, terus la jalan tunduk tanah.. My sis kahwin last year gune Sam Rais utk 3 event bole dapat RM3k camtu then a few days ago I mintak quotation, haaaahhaaa amik kau.. menggigil jari ni nak kire duit. *pempuan ni memang melampau penjimatan beliau* hahaha tapi abg Sam dah tak buat sticky album.. sume custom album yg leather UV Ray bagai so memang harga eksklusif sket.. wuwuuuu cry me a river betol la.. wuuwuuu..

Tapi abg Sam cakap if I still nak sticky album, he can arranged that for me. But still I belum decide.yeaahh the clock still ticking, and I banyak kali mention nak jimat tapi keputusan sangat lah payah nak dapat. dusshh satu kali! This is not my fault ok..the groom payah sgt nak letak tarikh. Kalau dah ade date, I boleh execute the plan easily without disturbing him. Owh not to forget, sila rajin ambil tahu about the preparation. Kahwin ni melibatkan DUA pihak.

I managed to get a photographer within my budget..yeayy happy! Sorang akan dtg dari Seremban, sorang lagi dari Johor, InsyaAllah.. tapi masalah lain ialah nak buat appointment. AFIQ dah sound, nak jumpe potential OP kena bawak die skali. Kami pulak hanya ada 1 hari cuti je. Ahad excluded sb masing-masing nak balik n taknak penat. Haaa cuba kome bayangkan cmane laa saya nak arrange mase utk survey bridal boutique for both sides, carik brg hantaran n so forth.. Sy memang tak payah susah-susah fikir nak turun berat bdn ke ape, memang confirm underweight time kahwin :'(

Ptg ade date dgn Pjot kat KLCC.. plan asal nak teman Pjot jogging tapi x sempat sb sy sampai dah 6.45pm cmtu..

tamat sudah puasa ganti year 2010

28 June 2011

Kaler Kain Family Perempuan

Accident occurs on my way to office.. what a bad day..huuu.. 

Since semalam dah rase x sedap hati.. dahla pagi tadi tbagun lewat 10minit dari biase (10min pun bole terjejas ok) then bus pulak xde.. Selamat la ade sorang akak ni ajak borak-borak..kitorg board taxi together sb same jalan.. Bile sampai simpang depan tu, ade 1 motor ni dah makan jalan tapi die tengok belakang, die tak tgok depan.. then without any signal, die sesuka hati belok! BEDEGANG!! langgar tepi taxi! Motorist tu hentam taxi n jatuh terjelepok. Selamat la helmet die jenis keras gedabak so rasenye ade selamat la sikit kepala die..

Uncle taxi dah mengamok! meter kitorg jalan dgn lajunye..wahahaa..org  ramai pun berhenti tolong check keadaan pempuan tu. tapi selamat la mereka same kaum, so settle ala kadar je.. Uncle taxi pun dpt RM50.. motor that girl bengkok kat tayar depan. Kaki die berdarah, Selipar die tercampak. Luckily takde ape-ape yg patah. Akak yg same taxi kate tak payah bayar dulu..esok jumpe time tggu bus baru bayar.. Thanks akak cantik!

Sebenarnya nak tunjuk kat korang 1 kain ni.. Sy ade planning nak sponsor kain pasang for my family.. Upah sendirian berhad la ye.. tapi nak bitau awal-awal bahawa kain ni super cheap so mari la hantar tailor kat kampung. Mak Cik tu charged RM20 for baju kurung..muahahaha..

As u all know, so far sy masih stand firm dgn tema PINK + CHOCOLATE. Rajin-rajin survey, terjumpe kain ni.. jenis VISCOSE SILK katenyee..


6 pasang : RM150 termasuk postal charges
6 pasang : Kakak, Kak Kama, Anen, Kek Na, Ili and for myself

Atau pun bagi pd Maid of Honour..hehehe.. Sy memang bakal pengantin budget, kedekut, jimat dan sewaktu dengannya.. Peace Yo!

Kek Na tak setuju tapi Anen setuju. MAMA pulak kate ok je kot. AYAH pulak kate manoo laa eden tau..hahaha.. Eh utk lelaki maybe double super cheap sb diorag 2 meter je..lalalala~


B2B and sesape yg singgah blog ni.. Tolong bagi pendapat. Terima kasih.

MakNgah Jam's 83rd birthday

Balik je dari activity hari Sabtu, terus bersiap nak ke majlis kesyukuran dan sambutan hari lahir Mak Ngah Jam yg ke-83!! haaaa kau ada??

time ni mata memang dah ngantuk tahap pari-pari thumbelina tp tahan lagi sb lapar punye pasal..ade ikan bakar, sate, nasi lemak, rendang..perghh memg byak la makanan. sampai ke sudah perut still full.. kek birthday pun tak mampu nak masuk.


mcm kenduri after nikah pun ade..hehe

zaass licin~
ini adik beradik ayah sy..minus Pak Long sb ade kenduri kahwin, Pak Lang dah meninggal, Pak Uda stay umah anak die..


Semua adik beradik ayah sy comel-comel belaka..hehee.. Semoga Mak Ngah Jam diberi kesihatan yg baik oleh Allah S.W.T dlm melalui hari mendatang~ Amin..

27 June 2011

survey doorgift at MR D.I.Y

AFIQ buat keputusan nak tgok KL Gangster! haha cite dah lapuk baru la dpt tgok.. ini juga 1st time dlm sejarah berkawan kitorg same2 masuk hall tgok movie Malaysia.. bangga tak? tu yg best LDR, ade je pkara baru terjadi dlm sejarah ;p

before cite start, sempat pusing-pusing cuci mata.. terjumpe plak kedai Mr. D.I.Y dlm Dataran Pahlawan tu.. sesaje masuk then nampak a few things yg boleh jadi doorgift!

sori lupe price
RM4.50
RM3.90
Alangkah sedih sb kedua jenis sugar bowl di atas telah diguna during Kek Na's wedding. MAMA kate No repetition. doorgift general pun payah nak decide apetah lagi doorgift utk rombongan bertandang.. ntah bile doorgift hunting session akan berakhir..daaa~

wedding Halijah IJC

Cuaca still sejuk-sejuk tapi perut da berdendang lagu Maher Zain.. Kitorg nak attend wedding Halijah IJC kat Duyong, Melaka.. sy memang salute pd map kad kahwin yg mudah dibaca.. sangat menyenangkan tetamu yg nak cari jalan mcm sy ni :)

Terharu betul bile Halijah sanggup dtg umah utk menjemput sb kitorg bukan rapat sgt pun. Atas daya usaha die, maka sy pun tak nak menghampakan jemputan majlis perkahwinan beliau.. Even kawan-kawan rapat sy tak dtg tp sy seronok sb dpt jmpe kawan-kawan yg lain.. Oh ade beberapa org yg sy dah lupe name mereka. mintak maaf ea..

Lauk memang marvelous! sedap bangat sampai hari ni pun AFIQ still menyebut asam pedas daging tetel. Die kate kalau sy kenal rapat dgn pengantin, die nak mintak tapau..hahaha!

org lapar memg akan amik coklat byak2..hehe

wiv Masyitah

Seriously xtau tema die kaler Pink n kawan-kawan yg dtg semua pakai Pink.. tp xpe, at least sy lebih stand out dari the others..hehoo.. for my kenduri nnt, semua dialu-alukan pakai kaler Pink sb pengantin confirm takkan pakai Pink.. so korang x dpt overshadow pengantin..hehe..

OK da ngntok..esok hari Isnin.. Happy working everyone!

26 June 2011

cerita bracelet

Perjalanan balik kampung ade sedikit dugaan..bole pulak tlepas bus!! Atas ihsan driver, dpt la naik bus kol 7.30pm.. borak-borak dgn MAMA sampai kol 2am..hahaa! semuaaa bendaaa nak ceriteee!

Oh btw, ini la gmbar kain lace orange+coklat yg sy cite dlm previous post..



The next day bangun pagi sb nak jumpe AFIQ! yah0o!! semangat btol sy bsiap, die smpai je sy dah tunggu kat luar pintu. Alhamdulillah cuaca mendung.. kitorg terus pegi kedai emas. Sy rase sy ni memang jenis simple kot sb sy tak amik mase lame pun utk pilih. AFIQ pun setuju dgn pilihan sy! yeay dua kali!


bajet comel la kan..
outfit ditaja oleh almari MAMA.haha!

Kitorag hanya letak deposit je dulu.. another 2 weeks baru amik. the reason why beli awal sb takut harga emas naik tinggi dan menyebabkan over budget bile tibe time nak beli. so better be prepared. Lagipun sy memg suka tgok design die.. tetap comel even takde love, takde bulat-bulat.. Bile letak kat tgan pun rase syahdu je.. ok sila buat muka menyampah.hahaa.

Insyaallah kalau ade rezeki lebih, kitorg tolak gelang ni dan upgrade sikit utk dpt yg lagi *cough* tebal..hehehh. Takdela rase duit mengalir byak sgt kalau setakat topup a few hundreds je.. betul x? Yang penting bendanya dah dibeli.. Boleh fokus pd benda lain pulak.. 


Ade Pameran Pengantin di Dataran Pahlawan, Melaka pd 15-17 Julai 2011.. Jom serbu!!

24 June 2011

I'm in Cloud 9

Mood bertukar ke mood balik kampung..yeay! yeaay! Balik Kampung! Balik Kampung!

Jom layan lagu jiwang..hehehe...best lagu ni.. dah lame tak dengar.. tapi VC ni xde muka diorang langsung..sedey..

AKHIRNYA by Innuendo feat. Camelia yg cantik ;p



Esok monthly anniversary yg ke 43rd! Hopefully we are still together till death part us apart.. Insyaallah~ nak post hari ni sb tak bawak balik laptop..

Esok juga nak hunting bracelet for batal air sembahyang ceremony & tengok wayang! ingatkan dapat tgok Transformers tapi nan ado... Transformers belum masuk tayangan kat Malaysia. So tomorrow AFIQ kena decide nak tgok movie ape..hehe.. Sy tak nak pilih sb sy nak Transformers jugak! ~wahahaha

Happy weekend everyone! Enjoy this weekend as much as you can..  I'm in Cloud 9~

happily EVER after

Salam Jumaat to all my readers..

Hari ni nak share tips kebahagiaan rumah tangga..

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. Balik kerja pun kena cium gak..

2. Jika berpisah lebih dari sehari, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. 

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali sehari walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I LOVE U sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. xpe, weekend pun boleh makan berdua..anak-anak tinggal umah

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. 

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. 

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada di sisi. OK!

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. 

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. 

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. 

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. 

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. 


p/s: Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



I would like to say..: Basic dalam sesebuah perhubungan ialah KOMUNIKASI DUA HALA.. Insyaallah setiap masalah ade jalan penyelesaian.. tapi ingat, bercerai / menjatuhkan talak BUKAN jalan penyelesaian terbaik. Itu langkah yg diambil pasangan yg ego dan mementingkan diri sendiri.

Semoga kite semua dapat berfikir dengan hati yg tenang sebelum membuat sebarang keputusan.

23 June 2011

Eton & her 2nd baby

Entry ni ade dlm draft sb semalam x dpt upload gmbar

Semalam (Selasa) berlaku satu perkara seronok and at the same time penat.hehe.. Masuk je ofis bukak FB then nampak Jijah post kat Lin pasal nak pegi visit Eton yg dah 2 bulan bersalin. Tanpa berlengah terus comment "Nak ikuuuuutttt"..

By the time kuar je ofis, phone bunyik. Lin kate Jija nak dtg amik around 8.30pm. apelagi, terus la menuju ke umah Lin n lepak situ..yg seronoknya ade magazine Pengantin front page Siti Saleha a.k.a Nora Elena. lorr budak lagi minah ni..apesal muka die matang sgt? Kat umah tu ade 4 ekor kucing yg besar!!

Name die ATAN




Sampai je umah Eton, Fareedz yg sambut kitorg.die excited sgt sambil tepuk tangan.haha!tak takut org langsung..tp itula yg Eton risau sb dlm 'keadaan' skrg ni, budak kecik pun x tlepas dari bahaya org jahat..

Ahdiyat Farhanz
excited
eeee peluk die kuat2..

Kitorg berborak mcm tak ingat dunia sb last jmpe tahun lepas kot..huhu..Fareedz n Aiman (husband Jija) layan cite Hantu Kak Limah Balik Rumah. baby Farhanz pulak tak nak tido.die nak org chit chatting dgn die kalau tak die nangis.. =_=' Bile cite HKLBR da abis, tukar CD Upin & Ipin.. bile tgok Fareedz mcm dah x stabil, cepat2 masuk dlm buaian..teruss hilang ditelan mimpi..hehh


Keesokan hari ialah hari bekerja tp rase mcm malaaass nak gerak balik. bole tak? hehee.. Lin dah mamai sb die kene masuk keje kol 7am, Eton pun nak naik keje after confinement period.. Me n Jija ade maaf sket sb masuk mcm biase.. Sampai umah dah kol 2am. A very tiring day but we had fun! Next plan nak lepak umah Jija n Aiman sambil makan Dominos..tak sabar!

Aqiza Bridal

Berdebar hati ni bile masuk Bridal Boutique..ecehh mcm tak pernah masuk pulak kan..hahaa. Tapi this time masuk utk diri sendiri.. Gile tak terketar-ketar? siap mintak akak ofis berlakon konon-konon die yg nak kahwin..hehuu..propa jek lebih..

1st pegi yg sebelah ofis. Dahla tingkat paling atas sekali rupenye tutup. Pastu mcm xde org je..hishh pelik-pelik. Another one kat bahagian depan sikit, masuk je terus dah rase nak kahwin sb tangga tu ade hiasan bunga..haha! Bile masuk terus kene greet 'Selamat Datang'..mood happy n x jadi takut..bajuuu suuumeee gojes gilerr! tak amik gambar sb maalluuuu saanngaat!

Korang boleh try pegi kat website Aqiza.com. Baju die pun ade kuar Majalah Pengantin edisi May2011. Ade satu baju tu cantikk gileeeeerrrrrrrr!! tema Autumn.. I memang tak malu sikit so I pegi peluk baju tu..hahahaa tolong jgn tiru perangai sy.. Best part is transportation charges around Lembah Kelang is FOC! Nak tempah baju nikah starting price from RM250++. Berbaloi- baloi.


Pakej Tempahan Baju Nikah L+P = RM599* Korang rase ok ke x? Perempuan dapat Baju Kurung Moden with beads.. Lelaki dpt Baju Melayu Sulam. Tolong bagi pendapat. Terima kasih.

22 June 2011

vegy


SEMUA ORANG HARUS TAHU BAHAWA AKU TIDAK MAKAN SAYUR*!

JANGAN PERNAH SURUH or PAKSA.

AKU PERNAH CUBA TAPI TINDAKAN REFLEKS AKU SGT CEPAT. 

p/s: meaning lidah, tangan, jari akan bersatu dgn kadar kelajuan cahaya utk keluarkan sayur dari dlm mulut aku.


*only a few je yg aku makan. aku tanak reveal nnt korang kate aku memilih sgt bab makanan. #__#

20 June 2011

15pcs for main table

Selamat petang semua!

Dalam dok blogwalking and busybody bace entry b2b yg memang confirm kahwin this year, I pun dah tersasar beli sesuatu gak.. excited kah??haaaa jawab la sendiri.

Balik dari IKEA x dpt tido malam sb terbayang gelas yg I cakap tu.. tiba-tiba ada suara dtg bisik kat telinga suruh beli cepat-cepat. I dah tak tentu arah. Then nampak wallpost Icha my ex-hsemate kat Sh Alam dulu, die kate nk pegi IKEA!! so I decide nak kirim kat die tp rupenye die pegi naik motor window shopping.

Then teringat kat my bff, Eliz. Alhamdulillah die nak tolong. Skarg ni 15pcs ade dlm keta Ibu. I tak kisah bile Eliz nak bagi brg tu. I'm not in the rush so x kisah pun.. Btw, inilah die bendanye.. beli 15pcs ONLY for the main table.

bayangkan icecream float dlm ni

Now perlu fikir nak letak glass dlm bag yg mcm mane. Tu la kan, da beli baru terhegeh-hegeh nak fikir.. perangai ni x elok tau, jgn ikut..

It is such a therapy bile dpt sembang dgn AFIQ pasal wedding. Bile die tak tau, die akan bertanya and I am more than happy to assist him. The best part is kami sama-sama cheapskate so masing-masing berlumba-lumba nak find ways to cut cost here and there.hihi..

Ni cite kelakar. Tadi MAMA tepon patu cakap bisik-bisik.. rupenye nak bitau ade Pameran Pengantin kat Medan Mara 23 - 26 June 2011.. Comel la MAMA ni.. then I cakap pasal theme PINK + CHOCOLATE.. 1st words from her mouth , "Cantik ke?" hahaa.. "Nanti awk balik kite borak la panjang-panjang.."


p/s: counting days dearies.. this Saturday hunting for bracelet & TRANSFORMERS! 
kami kan jumpe once a month je

help in colours

Today is Monday! Senyum lah selebarnye seperti suria menerangi bumi.. Insyaallah ade yg akan dpt manfaat dgn senyuman kite ni :D


Few days ago sy ade post pasal Colour Confirmed. At that time memg dah bulat tekad.. tapi sekarang macam...ermm...macam...ermm..macam..ntah xtau mcm ape..hehee.. So sy nak post wedding theme my 3 sisters. hebat-hebat combination diorg ni..maklumla sume high taste. sy jek yg taste tawar.kuikuikui~


Theme for Anen: Gold & Silver Bronze.. baju kawin n pelamin amik kaler Gold. Silver Bronze tu kat hantaran kot. ntah x ingat.
http://www.hostessblog.com/2007/12/gold-silver-shimmer-holiday/


Theme for Kakak: Royal Purple & Royal Yellow (berbelit lidah nak menyebut laju-laju) 
Baju kahwin amik kaler purple. Pelamin combination 2 kaler tersebut. agak striking.

http://glassslipperdesignscalgary.blogspot.com/2011/02/pretty-palatte-purple-and-yellow.html


Theme for Kek Na: Turquoise & White. kaler paling meletop utk 2010. Wedding dress Kek Na kaler putih. Pelamin ade kaler Hitam sikit. kalau korang rajin nak search, dlm blog ni ade gambar pelamin die..

http://www.weddingaces.com/2010/01/the-color-of-2010/


And for me, aaaaarrghhhh lari lari lari... tak nak fikir! Sy suke kaler merah tp cousins dah gune warna tu..rugi kan kahwin lambat? sume kaler yg cantik da abis :'(

cerita kaki - piccas

Hari ni ade keberanian nak post gambar kasut.. nak tau kasut ape, sila tgok entry Cerita Kaki

Tahap sedih masih tebal..2 hari dok carik tukang kasut tp semua cuti. mintak-mintak la esok tukang kasut dah bekerja.. dah x larat tgok kasut tu dlm plastik.. rase mcm tak bernafas..hehuu..




rasenye boleh diselamatkan ke x?

Serious sedey tahap x tau nk explain camane.. hopefully tukang kasut dpt fixed this shoe back to normal..amin..

19 June 2011

outing wif Kakak

Kakak and family dtg lepak n melawat..hihi.. kitorg pegi JJ utk lunch campur high tea.. baby Abdul Aziz Muamar jad centre of attraction. abis semua waiter and waitresses dlm Papa Johns tu main-main dgn die..me n my sis pulak dpt makan dgn penuh tenang :)

garlic sauce penambah selera


Tengok la si bulat ni..dah pandai pegang bottle tp bile time susu nak abis sb ringan..sabaarr jee laa.. bile mms pd AFIQ, die bole tnye ni sape..last time jmpe kecik cenonet je kan awk?


Bile tido memg lasak ya rabbi. tapi seronok sgt tgok die bpusing-pusing..hesshh geram!

17 June 2011

give & take



Sesape yg free sila tekan link kat bwah dgn segera.
Sesape yg rase ngantok sila segarkan mata anda sekejap.


Bahan bacaan yg worth reading. seriously! Membuka mata dan minda supaya muhasabah diri selalu.




oh, ni cerita pasal kahwin lagi.. sy harap korang dpt faedahnya juga..



Sila..it's your turn

Blogwalking sampai ke blog Lala and tengok video the best wedding proposal ever. Sangat admire sb sangat romantik dan full of surprises!! Mcm nak berangan tp malas sb nak gi toilet dulu.hahaha!

Kadang-kadang (read: selalu) kite sume ni jarang bersyukur dgn ape yg kite ade. Kan? Tengok org lain punye wedding grand so terasa nak buat mcm tu jugak even ongkos tipis. Sy memang suka ckap dpn cermin (monolog dalaman..haha). Tapi bile tgok video tadi terus rase takde selera dgn wedding yg grand sampai kos beratus ribu. Bridal gown/ dress yang nak kena upah designer beribu riban berkelip - kelip sume I tak hairan ok. I dah tak pandang sume tu. I just want to become AFIQ's wife.
Bile kitorg discuss pasal date, ade la terkeluar beberapa masa/ month yg mcm sesuai. Bulan 3 mcm terlalu awal, nak buat bulan 5, kek Na pulakk sibuk nak honeymoon yg ke sejuta puluh kali ;p, nak buat bulan 8, pak cik AFIQ kate lambat sgt. Bole tak korang tolong suggest date utk sy? heheee ;)) Lagi satu kami prefer bukan cuti sekolah. Nnt org komplen tak dpt datang sb byak sgt jemputan (tepuk hidung sendiri).. Owh sy taknak date 2 digits. kalau boleh between 1st till 9th je. macam-macam pulak permintaan ye..

Lately ni hidung rase kembang sikit sb terasa diri as pioneer pada kawan-kawan AFIQ.  Alhamdulillah sorang-sorang dah bertunang dan planning for settle down. Memang kitorang bukan the first tp kalau dlm geng zaman study AFIQ, kitorg la yg pertamaaa sekali! yeayy jerit mcm baru lepas menang larian 4x4 200 meter. Kitorag dulu nak engaged diam-diam je sb AFIQ tak suka kecoh-kecoh. privacy katenyeee pun. then bile diorag tau, sume tabik double spring sb diorang memag tau history kitorag cmane..thanks guys! Alhamdulillah journey kitorag smooth. A few hassles mestila ade tp yg penting hati :)) I feel glad sb tak payah tunggu lame utk AFIQ masuk meminang *blushing*. Ade kawan die sampai amik mase 7 tahun baru nak meminang si gadis. Kalau I la, sorry angkat kaki lari pegi Venezuela.kuikui..

So now everyone seems happy dgn partner masing-masing. Ade yg dah start prepare for wedding. Mula-mula memang rase mcm "ehh kenape ko pulak yg kahwin dulu?" // "aku yg awal lagi bertunang, korang pulak yg dah nak kahwin"// ni dialog jeles sb sy still belom ade exact date. So nak design kad kahwin ke booking flights ke kena hold on. Hurmmm tak kisah lah..korang nak jalan dulu, silakan jalan elok-elok.. jgn lupe anta invitation card! Jgn risau dan jgn tanye bile sy punye turn. Insyaallah, kitorg still dlm phase mengumpul wang perbelanjaan.. Doakanlah yg baik-baik sahaja.


Last words: Gaji kami dlm Ringgit Malaysia :D

16 June 2011

what I want for hantaranS?

Oleh kerana sy sangat mementingkan life after married, sy nak request 5 dulangs sahaja on my wedding day. Sy tahu MAMA akan bising tapi korang doakanlah MAMA accept my decision. Reason why sy nak 5 dulangS sahaja because sy tak nak susahkan AFIQ. Perkahwinan sepatutnya satu perkara yang mudah dan tidak merumitkan malah bersederhana adalah perkara yang dituntut oleh agama.. :D


What I Want?

1) Sirih Junjung
2) Gelang & Mas Kahwin
3) Handbag
4) Camera
5) Buku / Kain Pasang


--> Sirih Junjung ade metafora yg tersendiri. Ikut adat, sirih junjung pihak lelaki kene lagi tinggi dari pihak perempuan. I read somewhere tp dah lupe kat mane. Tak lengkap majlis kalu takde sirih junjung.. rite peeps?


--> Gelang dan Mas Kahwin letak dalam 1 dulang. Time nikah kat masjid, pihak lelaki hanya perlu bawak dulang ini. Bile time berarak / bersanding, baru bawa yang selebihnya. Mas Kahwin sy bukan typical amount yang telah ditetapkan Majlis Agama Negeri. This is one of the reasons why I just need 5 dulangS only. Berapa Mas Kahwin sy? tak perlu lah sy dedahkan jumlahnya :B


--> Sy request Handbag sb sepanjang kawan dgn AFIQ, die tak pernah belikan sy handbag! Betul tak awak? hehehe.. Handbag banyak kegunaan dan Insyaallah tak akan ade rase rugi bile beli.


--> Camera digital sahaja yg sy nak. Bukan DSLR (gune pun xtau). Tapi camera ni kene ade tripod sb nak amik gambar together time honeymoon. Takde feeling la kalu amik gambar seorang diri sahaja.. Kan? Sepanjang hidup sy, sy tak pernah own a digital camera. Time study bile duit PTPTN masuk, sume member berterabur beli handset baru, beli camera baru.. Sy pulak balik kampung belanja family makan ikan bakar ^__^


--> Buku Ilmiah / Kain Pasang ni options yg masih terbuka. Owh tolong, sy tak nak Al-Quran. Bagi sy, Al-Quran lebih baik diberi semasa hari lahir. Rasenye lagi bermakna. Ini pendapat sy sahaja. No offense.


Sampai sini sahaja. Mohon ALLAH tetapkan hati sy agar tidak membazir. Hurm..agaknye ape yg AFIQ nak?


Colour - rejected*

Hye Everyone!

After a long pause pasal wedding theme, only now I finalized my own wedding theme. It's a combination of PINK and  CHOCOLATE! terkejut tak ade Pink? hahaha even I tergolong dlm golongan PINKY haters, tapi sebab MAMA punye favourite colour is PINK, I pun mengalah sahaja. Tapi I belum discuss dgn MAMA or org lain lagi pasal ni. Kirenye sape yang bace blog I je tau pasal colour ni..kelaass gitu.

Time Anen engaged dulu dah gune PINK tapi MAMA suka PINK utk wedding sb environment/ ambience akan nampak soft.. uhukuhuk soft ke? I ni kategori tone sawo matang so jgn mimpi la nak pakai dress PINK. I just want my mom feels happy *anak yang menurut kata*

credit to Sher


Kirenye combination tu mcm gambar di atas la.. Hopefully sy tak termuntah bile tgok barang-barang banyak dlm kaler PINK! Eh x pun I bole mengelat sikit, amik brg yg banyak kaler coklat! What type of dress that I'm going to wear is still undecided. Most probably amik tema tradisional sb on the Groom's side I nak request modern style *winkwink*. I pernah cakap kat AFIQ nak pakai style Jawa ade bunga kat kepala tapi AFIQ tak bagi. 

A few days ago ade shopping online and I heart this one jubah. Bile tanye pendapat AFIQ, die pun kate cantik. I pun cakap kat die nak pakai untuk nikah. So dah terbeli la pulak.. Sekarang belom sampai lagi sb jubah tu kene Pre order. Later bile baju dah sampai I akan upload. But suddenly I teringat my MOM ade lace coklat-orange colour and I jadi berbelah hati.. Ade perasaan untuk amik kain tu buat baju nikah juga..

Macam mane ea?


Btw pelamin kat bwah ni simple kan? I want that chair!!
Sassy's Journey

Ramai org tanye kenapa I tak suke PINK. Jawapan I: kaler PINK ialah kaler yang HIPOKRIT. Ok jgn tanye bebanyak nnt  tak pasal-pasal kena hentam dgn PINK lovers. Eh lupe nak bitau, I tinggal dalam rumah kaler PINK tau.. 

kan da kate MAMA ku peminat PINK maka haruslah rumah pun kaler PINK!


15 June 2011

cerita kaki

Hidung aku tersumbat sb baru stop nangis. Aku nangis sb kasut aku koyak. Haa nak kutuk aku la ni sb perangai aku mcm budak kecik. kan??

Well kasut tu special. Brand new lagi. Senang cite bau kedai lom hilang. Ianya terkoyak kat bahagian tepi. Serious aku sedih gile mcm kucing kematian anak +__+ Aku perasan bile dah dlm tren tadi. Rasenye aku dah jage kasut tu lebih dari seekor kucing menjaga anaknya..kucing lagi? Sampai je ofis, aku akan tukar pakai selipar. Kasut tu aku pakai bile kuar dgn bos n jalan kaki pegi n balik keje. Hati aku memang tak tenteram. Air mata aku mengalir mcm sungai bile inform AFIQ pasal ni. kesian die. dah la penat baru balik seminar, kene pulak dgar aku melalak non-stop.

Aku suka giler kasut tu. even akak kat ofis kate kasut tu mcm budak skema tp aku sukaaa sgt! Sekarang ni aku mcm dah give up. Aku rase nak pakai selipar toilet je pegi ofis. aku tgok org lain rilex je.  BUt my problem is, kaki aku x mcm kaki org lain. Kalau aku salah pakai je, mesti akan melecet sane sini. Sape yg nak tanggung sakit? aku jugak kan? Kalu pakai sandal biase nmpak tumit, confirm tumit aku merekah.. yarkkss buruk!! So aku memang kene pakai fully covered punye style even at first, akan melecet kat part blakag. Tak lame pastu die ok la. So aku tgah fikir nak pakai kasut ape pegi ofis. Jgn suggest heels sb aku jenis banyak berjalan. Heels juga X elok utk tulang belakang.

Dalam aku complain itu ini mcm Tuhan ni x adil sgt kat aku, Tuhan pun bayar cash jgak. DIA tunjuk ade org lain lagi x bnasib baik. Aku ternampak seorang perempuan ni mempunyai 6 jari kaki. Die pakai sandal biase iaitu jenis yg tak pernah ade dlm simpanan aku la. Mcm kene penampar sedas, aku diam. ALLAH dah bagi aku 10 jari kaki takde cacat cela. Apa yg aku harus buat ialah menghargai dan bersyukur.

Bye, AFIQ suruh aku mandi utk tenangkan hati.

SWEET kuasa dua

Hari Isnin (lame simpan dlm draft) yg bukan sahaja biru malah kelabuu..pagi-pagi dah ujan lebat then matahari langsung tak nampak bayang sampai ptg.. Owh lupe nak bitau, hari ni AFIQ ade interview di Pasir Gudang.. see? rezeki die memang banyak ke arah selatan Malaysia. He said the interview went well. Interviewer form HR Dept. lagi banyak tanye dari Senior Engineer.mcm2 kan?

bwah ni gmbar lame..AFIQ dpt hadiah time die kuar ofis lame..sy baru masukkan sb tjumpa gmbar ni.. I posted here as kenangan ;p



AFIQ called me bile die dah otw nak balik..sangat seronok sb dpt ckap tepon dgn die! kalau die kat ofis, takdenye sy berani nak tepon. kalau sy tepon ade 2 pkara bakal berlaku. First, die x angkat. 2nd die angkat tp cakap bisik-bisik. So memg x kuasa nk call die. biar die call sy..kan awk?hehe.. Rupenye hujan lebat sepanjang jalan..adoi risau sungguh. A nite before kitorg ade discuss psal harga emas yg makin naik.haha nak interview pun bole discuss pasal emas916. He said sementara tgah free, die nak gi survey dulu..weeheee sweet tak? mesti comel die masuk kedai emas sambil hujan renyai patu duduk borak dgn tokey emas. adela dlm 4 buah kedai die masuk. bile tokey tanye utk ape, AFIQ jawab utk kahwin. tokey kate, haiyaa kasi bawak lu punya amoi lorr baru senang. AFIQ sipu-sipu malu patu mintak izin nak snap picture.







mata dah naik juling @___@


Owh kitorg punya taste kedai biase je. TIFFANY & Co, CARTIER, BVLGARI bole tolak jauh-jauh. Sy tak kejar brand pun. Die pegi survey sorang-sorang pun dah buat sy terharu..



Now, AFIQ yg tak sabar nak beli. ade la yg die dah berkenan tu..hihi. Insyaallah lagi 2 weeks kitorag akan beli bracelet for nikah! :D

^__^ sy tgah sengih mcm nak gi dating dgn Transformers..


Sy dah lame tak tgok TV. rase bersyukur jugakla sb tak kene tempias Nora Elena tu. langsung tak amik port pun. kwengkweng.. Cume rase rindu pd Criminal Minds, CSI, Blue Bloods, Hawaii Five-O, BabyTV (hihihi) dan sume version Next Top Model (Australia, America, Canada). my sis dah bawak TV die ke rumah beliau. 

Seorang lelaki baik hati yang penuh rase kasih sayang, seorang kawan baik, pengkritik, kekasih merangkap tunang (pujian harus panjang..baru feel) ingin memberi TV beliau pd saya. TV tu complete dgn pakej ASTRO ok.. Sports & Discovery channel pun ade! Die risau kalau sy boring kat umah ni.. SWEET KAN? mestila sweet ;p haha.. sila jgn jeles dgn diriku~ tapi bile fikir balik, sy bukan ade mase nk tgok TV pun. biar je la TV tu kat sane. Nnt bile kite dah kahwin, kite tgokla TV same-same..huhu.. p/s: AFIQ! I LOVE U SO MUCH!


Terima kasih sb bace entry ni..lalalalala mari tido. Selamat Malam!

Lelaki jarang pamerkan kasih sayang melalui percakapan.
Mereka senang menunjukkan melalui perbuatan.

Fikiran tua

Kasihan sungguh entry ni ade dlm draft dari 12june.


All the way to Perak, kitorg berborak psal semua benda. ok nampak sgt tipu..hihi..kalau umur mcm kitorag ni, topik paling 'in' ialah pasal KAHWIN dan TUNANG.hahahaha. Kebetulan pulak, salah seorang di antara kami nak tie the knot. So beliau ingin bertanya beberapa soalan dan bertukar pendapat. Kami berempat pun berborak sehangat-hangatnya hinggakan radio langsung tak dgar suara.huhuhu..

Rupenye time bertunang, certain area kat Melaka akan mintak separuh wang hantaran terlebih dahulu. tapi time sy dulu takde pulak. So sy rase bab ini terpulang pd keluarga masing-masing. Pada pendapat sy, mungkin wang itu ingin digunakan oleh pihak perempuan bagi keperluan majlis atau sebagai satu cagaran/ wang deposit agar ikatan pertunangan itu MESTI kekal ke jinjang pelamin.. Bakal pengantin negeri lain mcm mane pula?

Reason mak sy bile sy tanye psal hal ni.senang je die jawab. " Alaa buat ape nak mintak separuh-separuh. Amik sume je nnt lagi senang.." Me n my mom memang same kepala even kadang-kadang (read: selalu) bertegang urat.hahaa!

Sy ni jenis suka mendengar/ observe dan menilai semula. Bile Yah cakap sy punye pendapat kadang-kadang kedengaran mcm style makcik-makcik, sy langsung tak kisah. Sebab perkara tu menunjukkan sy ni tahu baaaanyaakk perkara dari die..bole tak mcm tu? Perkara ni betul ok, korang jgn la bayangkan sy join group makcik-makcik yg tgah mengumpat. Cuba korang bayangkan sy tgah duduk dlm group yg tgah gubah hantaran dan lilit bunga telur. suasana tu lain tau dan mereka akan bercerita perkara yg anda tak sangka-sangka.hehehee.. seronok wehh, try la.. tp kalu korang tak rase best, don't blame me.

Bile cakap pasal anak, semua org ade pendapat masing-masing. Satu perkara yg sy pegang ialah anak adalah AMANAH dari ALLAH. Jika rase diri dah mampu serba serbi (material dan spiritual) utk menjaga AMANAH ALLAH dengan sebaiknya, dipersilakan berusaha mendapatkan anak. tetapiii jika rasa diri dan pasangan masih berdikit-dikit meneruskan kelangsungan hidup, maka ketepikanlah hasrat itu seketika. Sy tau mesti ramai yg marah dgn statement sy ni. Korang mesti kate ANAK adalah rezeki dari ALLAH..kan? Jom sy ajak korang berfikir. Setiap anak/ bayi yg lahir dikurniakan rezeki oleh ALLAH untuknye. Rezeki ini pula dtg dlm pelbagai cara dan bentuk. Ia tidak hanya wang ringgit. 


Ada seorang hamba allah ini, beliau mempunyai keluarga yg besar. Isteri tidak bekerja dan beliau yg sy namakan Mr GIYO seorang shj bekerja membanting tulang hinggakan susuk tubuhnya kurus kering. Ahli keluarga terdekat dah banyak kali pesan pd pasangan ni agar berhenti dari produce anak tetapi bagai mencurah air ke daun keladi (wah masuk peribahasa lagi). Dipendekkan cerita, anak sulung pasangan ni dpt tawaran further studies ke Egypt or bahasa melayunya Mesir. Anak sulung itu terlalu gembira hingga melompat dari pagi ke petang tanpa henti. Bile tiba waktu malam, ibu bapanya memberi khabar dukacita.

Bapa: Anakku, bapa kekurangan wang untuk perbelanjaan kamu di sana..

Ibu: Anakku, kasihanilah 12 adik-adik mu yg lain. Mereka masih kecil. Kite memerlukan banyak wang.


Anak gadis itu terdiam. Pity her. Rezeki yg telah ALLAH tetapkan untuknye TERPAKSA dilepaskan pergi.

Korang rase die buat mcm tu sb tanggungjawab ke? Ni blaja kat Mesir woo bukan blakang rumah Cik Nab. Rugi besar lepaskan peluang once in lifetime ni. tapi nak buat mcm mane. Parents kurang bijak merancang keluarga. Semoga anak sulung pasangan itu dikurniakan peluang lain. Rasulullah sendiri menggalakkan umatnya menimba ilmu hingga ke negeri China.


Ok sambung topik lain;

Lagi satu kebaikan kalau kite rajin involve kan diri dgn org lain, meaning rajin bertanya itu ini, maka dengan pastinya kita tidak akan sesat jalan. Hari tu, sorang kawan ni bitau die nak kahwin dlm mse tdekat. Die nak design bagai la kad die sb tak nak same dgn org lain (ok itu common) tapi yg tak bestnye, die xtau posting charges brape! Bile sy kate 0.60c for each card (depends pd berat), terus die ternganga! Sy pun tanye diri sendiri. Eh takkan takde sape-sape bitau die kot? benda ni antara the most important thing kena amik tau bile nak start prepare wedding.

Xpelah, yg penting sekarang beliau dah tahu. So maybe beliau bole draft semula budget. Sharing is caring..daaa~

14 June 2011

B0S korang?

A day full with activities! sebelum tu nak mention ari ni sy kuar duit sebanyak RM2.50 sahaja. sb beli waffle pas turun tren.kuikuikui..

Masuk je opis, rehat-rehat dulu amik nafas. Almaklumlah, baru exercise jalan kaki 20minit.hihi. Then B0S ajak brainstorming psal next project. kami bsemangat gila sampai B0S pun rase lapar. nak makan McD tapi kat area kitorg xde delivery service. next option is Pizza. Alhamdulillah, B0S blanje. patu B0S ajak pegi SSF Home Deco nak cari plate n mug. waaahhh dpt la eden cuci mata kat sane! tapi kejap je sb B0S x suka collection kat situ.

*time kat sane bole plak tjumpa kawan Kek Na..haiyaaa KL is soo0 small meh?* sy ade blaja 1 trick dari die bagaimana hendak menipu secara jujur..wahaa~


B0S kate nak pegi IKEA pulak.. abis penuh 1 trolley.






Dalam banyak-banyak benda kat situ, sy berkenan gileee kat bnda ni. If only sy dah buat final calculation, dptla sy borong benda alah ni.. wuuuwuu...
RM 2.90 sahaja! cepat!

B0S belanja pokok cactus comel ni..B0S offer orchid tp sy kurengg minat.

Sampai ofis around 3++..mata ngantok tp ku tahan. pas solat zohor, B0S ajak sambung brainstorming. baru stgah jam, ade org dtg ofis. Sambung esok laa nmpaknye..


B0S korang mcm mane pulak?