Followers

31 October 2012

My 26th Birthday

~My 26th birthday cake from dear husband with unlimited LOVE~

Date: 28 October 2012
Place: Merlimau, Melaka

26 October 2012

DUA saja

Seronok betul la bile dapat spent time berdua.. I mean only the 2 of us.. I tell u laa, fuuhh unforgotten.. hehehe..

Friday after work pegi umah my eldest sis kat Bandar Seri Putra.. Mama Ayah pun ade sb baru pegi melawat Uncle Haron meninggal dunia kat Bangi. Muammar punyela hepi lari sane sini non stop! Teruja sangat sb ramai org dtg umah die..haha! Tak lame tu Iliyak pulak sampai. Muammar still takde tanda-tanda nak tido padahal dah pukul 11pm. Haaiihh laa.. I pulak tak sabar sb my AFIQ is on the way dtg KL.. yiieehaaa~ Me n my BIL amik AFIQ kat Hentian Nilai Northbound area. Elok sampai je umah, Muammar dah tido. Style tido macam la baru lepas membajak sawah..hehee.. Kitorg sambung tengok tv jap then fell asleep. 

Bangun 4am sb flight my sisters at 7.35am.. uuuwaaa mata ku berpasir je rase.. Mandi pun gigil-gigil.. before 5.30am dah ade atas jalan raya menuju LCCT.  Nyum nyum breakfast McD and we left before 8am. Sempat lagi stop tepi jalan nak amik gambar.. 

matahari belum terbit
Sepatutnya nak pegi Seremban visit my cousin yg accident dilanggar motorcyclist tapi ntah mcm mane bole silap amik exit. Duuhh terus je la pegi TBS beli tiket AFIQ. Masuk TBS still takde org, kedai pun lom bukak. Kitorg pun urut badan kat Gintell. Parking kat TBS RM3 per day/entry. Rase mcm waaa mahalnya sb kitorg masuk tak sampai half an hour pun ;p Balik umah makan nasi lemak + mee hoon then terus tersungkur tidoo.. hehe.. AFIQ kejut bangun sb beliau lapar so we went to AEON Wangsa Maju makan sizzling mee. Then bawa AFIQ jalan-jalan atas MRR2 and area my office. Hahaa i dah keje situ almost 2 years and he didn't know where my office was. On our way back, we both tak tau nak makan ape and suddenly I teringat burger bakar!! Yeaayy finally dapat jugak makan the hot and famous burger bakar in town - Rawang Burger Bakar at Section 2 Wangsa Maju..


We choose Hot Spot and Burgembira.. wallaa memang kenyang perut terus tido tak sedar diri..cuaca pulak sejuk je..haha.. Eh sambil tu sempat lagi layan Final Piala Malaysia, Kelantan vs ATM.. I don't like KFCM *menyampah*

The next morning, bangun pagi gosok gigi.HEHEHUHU.. Aku nak pegi Wangsa Walk tp AFIQ tak nak so end up pegi AEON Wangsa Maju lagi. Ptg tu hujan lebat sangat. Kitorg tertido then aku tersedar dlm 6.15pm. Cepat-cepat bersiap nak pegi TBS coz ticket AFIQ at 8.30pm. This time around aku nak try park bawah TBS. Jalan nak masuk dah horror sb banyak taxi and lubang tp kitorg tetap ke depan. Sekali, fee parking ialah RM4!! Haaammppeehhh!!! Ggrrr *marah diri sendiri* Serius rasa diri bodoh sgt..eee dahla hujan lebat, dah elok parking TBS RM3 complete with bumbung and guard, aku pegi bagi RM4 pd 2 lelaki s--g--k itu!!

Lepas AFIQ dah selamat naik bus, aku jumpe Ejun member SKTN nak bagi hadiah kawen coz tak dpt attend wedding beliau this coming November 4th. Berborak sambil berdiri dlm 3jam.. cramp!!

24 October 2012

WW: Sempurna...

Wordless Wednesday is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words.


I can't stop looking at our wedding pictures and albums!! 
 

Major technical problem - LRT

.Kejadian pada 18 Oktober 2012. 
 
video

16 October 2012

Komunikasi Dua Hala *Penting!

Last weekend balik Bt Pahat. As usual, sepanjang perjalanan mestilah tido. tapi sebenarnya tak dpt tido sgt pun sb last week banyak betul berita kemalangan bus..huuu ngeri..takut..perasaan bercampur-campur. Alhamdulillah Automated Enforcement System (AES) pun ade so driver bawak tak laju.. Oh this week isteri 'red flag' so AFIQ banyak spent time main game.hahaha!
 
My MIL kena kerja on Saturday ade pelancaran program ape ntah kat UTHM. Bile Mak balik, Mak bawak 4 packs of KFC snack plate! Yummeyyhh~ terus makan laju-laju. Bile petang, terlelap mcm Sabu (gambar di bawah). AFIQ beli Big Apple and Co0l blog. wow! Malam tu AFIQ keluar main futsal. Isteri kena tinggal coz AFIQ takut isteri bosan. sebenarnya isteri laaaagggii suka lepak tepi court sambil cuci mata..hahah!

Malam tu tengok Cerekarama - Salahkah Aku? - Actor Sein Hussien dgn Anzalna berlakon jadi suami isteri. Kisahnya Anzalna ni social life die bertentangan dgn prinsip suami die (Sein) so diorang tak sebulu la. Bile Sein ni involved dlm dunia isteri die, tibe-tibe rumahtangga jadi makin bergoyang. Aku mmg sakit hati la tengok cite ni sb diorang takde komunikasi berkesan. Bile marah, amik helmet, keluar umah, lepak dgn perempuan lain.. pppfftttt! Bile isteri tanya elok-elok, suami payah gile nak terangkan cite sebenar. nak kena tunggu sampai birthday la ape lah.. Ko terus terang je la.. buat ape nak tunggu..adoi.. lagi satu, rajin pulak suami ni tolong ibu tunggal which is share partner pd isteri die... daaaahh kenape baik hati sgt smpai mcm tu?? pergghh mulut aku mmg tak bole diam sampai Mak pun terus masuk tido..hihi.. Abah pulak dok gelakkan aku..hahaha emosi sangat!..
AFIQ balik bawak roti planta..tp tak feel nak makan sb roti planta dah sejuk..uuwaaa! mengada betol.hehe.. Ahad pagi gosok baju kerja suami, ade perbincangan suami isteri, sapu bilik, bersihkan kipas and later that evening, AFIQ belikan kasut baru.. taadaaaa~
suami saya pilihkan...weee~
Macam tak percaya dah Isnin..back to my normal routine. 

10 October 2012

Kisah Nasi Lemak

Aku kan, tiba-tiba nak makan kek, tiba-tiba terbayang aiskrim, tiba-tiba nak beli baju kurung, tiba-tiba tertampar pipi..hahah *reverse psycho konon*
  
Last 2 weeks aku teringin sangat-sangat nak makan Nasi Lemak. taste aku bukan Nasi Lemak hotel yg sejuk. Aku nak Nasi Lemak yg fresh rasa santan, bau daun pandan.wohoo bermula lah sesi memendam keinginan sb Nasi Lemak kat Kolumpo ni hampeh. Rase ke laut, telur pulak kedekut nak bagi sebiji. Come on la..Nasi Lemak bodo pun nak kena bayar RM2. Ilmu berniaga tau nak cepat kaya je *bengang*


Kisah 1

Takde sorang pun tau aku teringin nak makan Nasi Lemak. kat AFIQ pun aku tak cerita. mengada sangat la nak cite pasal Nasi Lemak kat die..haha! Satu malam tu aku tertido awal. Hari Khamis kalau tak silap. Biasela, Encik Husband jauh, watpe nak tido lambat malam Jumaat. kah3x..ok tak kelakar. Adik aku keluar makan tetibe bile die balik, she bought me a packet of Nasi Lemak!! waaa rase mcm mimpi. sambil makan sambil nangis.. yee aku mmg hati jelly.


Kisah 2 
That weekend balik Bt Pahat. Abah keluar beli breakfast and stranded sb hujan lebat. Aku keluar bilik air, tengok Abah dah balik and atas meja ade Nasi Lemak! Whatt??!! mata aku kelip-kelip sb tak percaya! Yang sedihnya tak sempat makan sb kitorg dah makan nasi goreng and time tu nak cepat pegi wedding Misi 3 Negeri

Kisah 3 
After Misi 3 Negeri, me n AFIQ balik Merlimau. Malam tu kami tumbang awal sb penat sgt. Tak sempat nak story morning glory dgn MAMA. Bile bangun pagi esoknya, kat atas meja ada Nasi Lemak!!  Nasi Lemak cooked by my own MAMA. Nikmat apa yg mahu kau dustakan? Aku makan Nasi Lemak tak toleh kiri kanan. Siap goreng telur 2 biji lagi. Tengah hari tu pegi wedding pun aku tak makan pun sb kenyang makan Nasi Lemak. Ptg tu balik jalan-jalan pun aku cari Nasi Lemak makan sampai licin. Alhamdulillah..
#
#
#
 Waaaa tak sangka rezeki yg ALLAH bagi pada aku sangat banyak. Even rezeki baby belum ade tp ALLAH Maha Pemurah. Dia bagi aku makan Nasi Lemak yg paling sedap dlm universe! Bile aku duduk termenung sorang-sorang, aku rasa kerdil sgt. Ye la, sebagai manusia biasa, kadang-kadang aku rase nak kehidupan yg mcm ni or yg mcm tu. Tapi ALLAH masih sayang aku. Masih lagi sudi granted my wish.


 “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

09 October 2012

Wedding Azyan Sdary

Last weekend kat Merlimau..weee~ Sabtu pagi, mama ayah pegi Seremban, Kajang and KL sb nak attend wedding. Kami tinggal berdua je kat umah.. wow feeling laaa..hehehe.. After Zohor, AFIQ ajak pusing-pusing Melaka town.. AFIQ belanja 2 helai kemeja...yeayyy thank u suami.. I love U!


Malam tu dinner kat kedai..haha..kat umah takde barang basah.. Nak buek camano, MAMA saya memg jarang masak. Tinggal berdua je dgn AYAH, mmg tak patut la kalau everyday kena berasap dapur. AYAH pun bukan jenis banyak makan so beli nasi goreng kongsi 2 orang... lebih mesra kan? ;p

Ahad ade mission. Kena attend wedding my ex-classmate and jadi wakil MAMA AYAH. 2 in 1 la namenye.. Moh kite siap-siap gosok baju.. Time tu panas sangat! Syukur kat umah pengantin ada cendol.. woo terbaik la terus bungkus 2 cawan bawak masuk keta..haha
tahniah
Balik umah, tukar baju then Encik Husband ajak pegi jalan-jalan lagi.. this time kami nak ke Kedai 1 Malaysia kat Pagoh, Muar. Teringat kat Adam mok so pegi amik die kat umah..hehe.. Saje nak amik feeling berjalan bawak budak kecik. Adam mok baik, behave sepanjang jalan cuma mulut bising tanya banyak benda..pastu rajin repeat ape yg kitorg cakap.haha. Tractor jauh lagi die dah nampak dulu.. Asal nak buat nakal, aku tunjuk AFIQ terus die diam..hehee.

kantoi tak pakai seat belt
Masuk kedai pun die ok je.. Biase la bile pandang coklat, tangan die laju je nak amik tp bile aku kate "nanti jap, kite ikut Uncle AFIQ cari barang dulu tau" Die pun dengar je cakap aku.. Good Boy! Bile kat cashier baru die dapat upah.. Adam mok nak makan chokichoki.. hehee akak cashier pun suka tengok die sb die mmg comel. Bile akak tu dah punch in harga, die bagi Adam chokichoki, Adam cakap "terima kasih".. aku kat tepi terus hidung kembang kuncup..takde kene mengena.hahaha..

On the way balik, aku duduk seat blakag sb nak bagi die makan chokichoki.. tak lame tu tetibe die gosok-gosok kepala kat badan aku then terus tumbang seperti gambar di bawah.. hah! senang giler tido.wawawaaaa...
suci sangat :)
Sampai umah die, Kak Zura (mak Adam) yg angkat Adam masuk umah. Mata langsung tak gerak. Penat sgt main dari pagi. Kirenye keluar jalan dgn aku tu just nak habiskan saki baki tenaga dlm badan laa..huhu. Then beli tiket balik and saje nak try Coconut Shake Alai. Elok je AFIQ park keta, aku nampak signboard kedai burger ni.. Burger Malik is Back!!
AFIQ request nak makan kerang & sotong. Call Mona sb die ade kedai kat tepi jeti. Mona kate dah petang mmg la kerang dah habis. Demi suami, ku turut jua..Jumpe la kerang yg tak berapa fresh. Sampai je umah tengok MAMA AYAH dah ade. MAMA kate try cari sotong kat Fresco. After Maghrib keluar beli sotong pulak. Malam tu tetiba berasap dapur..kuikuikui.. Burrrppp Alhamdulillah.

Macam tak percaya dah 4 months++ bergelar isteri. And a few more weeks akan celebrate my 26th birthday! *lompat*

05 October 2012

Misi 3 Negeri (coursemate UKM)

October dtg lagi..yeayy maknanya dah boleh start counting days for my 26th birthday!! Encik Husband dah ade planning ke nak celebrate mcm mane? hehehe.. Isteri mahu pergi jalan-jalan! *hint*


Kejadian last Thursday; tetibe B0S call suruh standby Jumaat ptg sb ade meeting! AaaaAaaaa tolong! Blom ape-ape dah start melalak tepon AFIQ. AFIQ pulak tgah busy and tone suara tinggi sikit.. bercucuran airmataku terus letak tepon. AFIQ call balik minta maaf..uuu hari lain takpe B0S tp tolong bukan Jumaat. gedebak gedebuk order foods pastu terus mintak tolong Aju utk standby.. Alhamdulillah B0S approved.

Dlm bus pun fikiran kat opis lagi..msg Aju tanye sume ok ke. Aju kate 'OK'.. fuuh lega hati.. sampai Batu Pahat terus gosok baju suami isteri and standby brg sb sabtu pagi ada Misi 3 Negeri. At first, Ecah dgn Bad dah bitau date diorang..sekali Iffwa bitau majlis die pun on the same day! waaaaa mcm mane nih? tp aku memg dah set dlm kepala, aku MESTI PERGI 3 wedding ni.. my main reason: they attended my wedding ..Orang berbudi kita berbahasa.. Masing-masing dtg bawa partner except Ecah. How could I tak pegi wedding diorang kan? Walhal time tu anak Ketua Menteri Melaka kahwin dgn my schoolmate kat Merlimau.. Die tak attend my wedding, why should I go to hers? Simple as that.


29th September 2012
Batu Pahat, Johor ---> Masjid Tanah, Melaka ---> Sikamat, Negeri Sembilan

Cuaca pada pagi Sabtu adalah sgt sejuk sebab hujan sangat lebat and rumah PIL sangat sunyi coz my MIL kerja that day. bape banyak 'sangattt' daaa.. Sebagai isteri solehah, haruslah aku bangun dulu and terus prepare breakfast. And that is my 2nd time memasak kat umah PIL..lalalala~ Aku masak Nasi Goreng je..bile AFIQ bangun, die tolong basuh pinggan kotor dlm sink. *love! love!* Eh lupe nak bitau, member aku from JB pun join sekali Misi 3 Negeri nih.. aku sempat la msg die telling her to be careful sb hujan lebat guruh berdentum. Kitorg janji nak jumpe kat Pelican Hotel at 10am.. haa pagi kan?

Oleh sb hujan lebat, member aku sampai lambat tp still awal dari me n AFIQ. time nak keluar umah la mcm2 benda nak buat. Pastu AFIQ suruh aku kunci gate. Rumah Merlimau takde gate so diri ku terkial-kial nak kunci padlock. Masuk keta je AFIQ tanye "nape lame sgt?" hahahha! Jumpe Radi and Seri dlm Hall Pelican Hotel. Tengah fikir-fikir mcm mane nak jumpe Iffwa sekali aku ternampak suami Iffwa kat depan lif. tadaaa terus pengantin suruh ikut naik ke bilik.. weeee~
tuan punya blog
wangi and so fresh!
Nampak tak katil pengantin kat blkg aku tu? teruusss pegang tangan AFIQ kuat-kuat.. sb atas katil tu ade rose petals, candles and potpouri... sorang pun tak berani nak duduk.. Tp pengantin relax je.. aku mmg ade habit tak suka duduk atas katil pengantin, that is why aku duduk kat bawah :)
wedding iffwa
After posing, pengantin suruh turun makan..waaa dessert sangatla tempting! Aku tak makan nasi tp makan kuih, kek and coklat..waaaa chocolate fountain lom siap, kalau tak mmg habis kat aku sorang je.. Ayarkk gambar deco hall lupe nak snap. Pelamin pun gorgeous I tell u.. the theme is peach & pink. Kitorg keluar dari Pelican Hotel around 11 something. AFIQ refuel petrol tank and here we go! Menuju ke wedding Ecah kat Masjid Tanah without map. Aku msg Ninie mintak address umah Ecah. sampai Tol Simpang Ampat baru set GPS. Pernah pegi sekali je umah Ecah during practical training. Lagipun area Masjid Tanah, Alor Gajah mmg aku failed! hummphh! Kat sini mmg kitorg tak sempat nak makan sb kejar masa. Time tu pukul 1.30pm. Sampai umah Ecah pun on time. Die tengah nak bersanding. Best ooo, die naik tandu. Bertandu ni kalau tak silap adat org Nogori.. betul ke salah?
wedding ecah
Tak sempat amik gambr dgn pengantin baru.. Then terus cari jalan nak keluar ke toll semula and pecut ke exit Senawang! Radi bawak laju giler sb die nak jumpe Mami. tapi yg sedihnya, Mami and Tun dah balik KL sb Tun kene kerja.. aku pulak marah-marah Al sb die pun dah balik pastu suruh aku n AFIQ jumpe die kat Nilai.. Helllooo, govt. dah dpt gaji sedaplah berjalan, kitorg yg private ni belum dpt gaji.. Kesain Ika (wife Al) kena tadah telinga dgr aku membebel..huhu.. nak buek cemano, aku mmg kesian sgt pada Radi.. Jauh tu die dtg sb nak jumpe member lama tapi takde rezeki :'( 

Sampai umah Bad around 3 something. Jalan tak smooth sb PM dtg Kompleks Sukan Paroi on that day. Haaa kat sini lah baru aku dapt makan dgn tenang..pastu boleh pilih goodies bag nak kaler ape..Yeay! Singgah masjid depan umah Bad utk solat and masuk je highway, Radi & Seri pun tinggalkan kami. wuuu sedih..
wedding Bad
Kami sampai Merlimau dlm 6.30pm. Radi sampai umah kol 8.30pm. A very memorable day. Penat tapi sangat happy. Syukur alhamdulillah, kami selamat pergi and selamat pulang. 

The most important part ialah dpt meraikan 3 pengantin baru di 3 negeri!

03 October 2012

WW: bod0h buta

Wordless Wednesday is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words.