Planning asal AFIQ balik Bt Pahat alone sb aku nak pegi visit Eton yg dah 3x bersalin tp baru 1st time dpt baby girl dgn Salwah. Then nak jumpe Nurul nak test seluar..hihi. Tapi hati rase lain mcm je. After breakfast around 11am baru la kitorg gerak ke Bt Pahat. Baru je placing atas sofa nak bace paper tetiba Along dpt call dari ABAH. Atok & nenek kat ICU coz accident on the way nak pergi mengundi.
Zassss terus berdesup pegi hospital. Thank God sb rumah PIL sgtlah dekat dgn Hospital Sultanah Nora Ismail, Bt Pahat. Bile sampai je baru dpt update kisah sebenar yg berlaku. Walaupun sebelum keluar mengundi, dah ade org offer utk bawak naik kereta tp atok tetap nak naik motor. Takdir Allah, tak siapa mampu menghalang.
Lama jugaklah kitorg berkumpul kat wad kecemasan. Bape kali tengok ambulance drop org sakit. Ade yg nak bersalin, ade baru lepas accident, ade yg sakit tua #insaf. Ptg baru atok nenek dapat masuk wad sb dah stabil. Ade pendarahan kat otak kesan dari jatuh atas jalanraya. Alhamdulillah takde patah anggota badan. Keadaan nenek agak serius so kene transfer ke Hospital Sultanah Aminah, JB nak operate buang darah beku.
Office AFIQ cuti Isnin & Selasa. Ptg Isnin baru balik Merlimau. Selasa keluar kejap settled few things. Around 6pm bertolak balik Pekan, Pahang. Tepat 8.45pm Along call bitau nenek dah meninggal. Time tu kitorg dah dekat sgt nak sampai umah. Repacking, mandi then zoo0mm balik Bt Pahat semula. This time aku yg drive. Pheww! AFIQ kat sebelah baca Yassin and layan perasaan.
Reached Bt Pahat dlm 2.30pm. Terus tido sebelah Biha sb jenazah belum sampai dari JB. Tersedar pukul 6 lebih terus siap laju-laju. Along, Nuar and Biha dah balik kg pukul 5.30am. Nak dijadikan cerita, kunci rumah tertinggal dlm rumah. Me n AFIQ balik kg amik kunci then aku shoot balik amik Mimi. Terasa diri hebat giler sb 1st time aku drive sorang2 kat Bt Pahat.hehe. Mimi tak sempat jumpe nenek for last time. Kitorg sampai kat kubur, dah selesai tanam. Alhamdulillah dpt join bacaan talqin.
Selesai urusan nenek, pegi hospital tengok atok pulak. Keadaan beliau nampak ok cuma tak selesa ade wayar kat hidung and kaki. Pukul 6pm kitorg gerak balik Pekan, Pahang. Moga atok cepat sembuh.
terima kasih YB sudi dtg melawat..moga janji ditepati |
Tengah hari tadi MAK call, MAK kate atok tenat. Semua berserah pd Allah and doktor pun tak nak janji apa-apa. Kitorg pun tak tau lagi akan balik Bt Pahat atau tak sb AFIQ keje today. Doakanlah yg terbaik utk atok kami, Jonet bin Sadali.
#Al-Fatihah buat Siti Marmah bt Paimun.
Update: Al-Fatihah utk Jonet bin Sadali. Menghembus nafas terakhir pada 11 Mei 2013.
Update: Al-Fatihah utk Jonet bin Sadali. Menghembus nafas terakhir pada 11 Mei 2013.
2 comments:
salam takziah. semoga atok u kembali sihat amin
Innalilah...be strong dear. Salam takziah.
Post a Comment