Followers

05 November 2013

http://instagram.com/p/gVWU53Cju8/

31 July 2013

A new day

 --Now, it's the time to shine--

The best revenge is to be successful.

To stay strong and move forward in life.

Never stop, Never give up

and Never take a step back


16 July 2013

Cerita sebelum puasa 1434h

Assalamualaikum kawan-kawan!!

Sape yg tak puasa hari ni?? 

If pregnant lady boleh la berbuka dgn syarat berpuasa akan mengganggu perkembangan baby. Kalau boleh, teruskan puasa. Caiyookk!! Gambate!! U can do it!!

Haa ade banyak benda nak cite dgn u'olls. Tapi skrg ni tgah sakit hati sb aritu dah save gambar dlm draft. Bile bukak hari ni, gambar takde!! Alaaaa cmane nak update blog kalu takde gambar?! Takpela u'olls baca je karangan ni. Nnt ade mase I masukkan gambar.huhu.

===================================================

Let's start with last 2 weeks punye cite. Haa kau, asal bole je nak up entry ketinggalan zaman. hehehe. Kan aritu ade bitau my sis pindah Pahang kan? Lepas dah dapat umah, beliau nak pegi la amik Hasya and lagi 1 kereta kat umah my BIG bro. My sis pun mintak la I ikut die pegi Meru coz our parent pun nak datang sini (Pahang). Kena drive 2 kereta coz 1 kereta tu penuh dgn barang. My sis dah selamat berlepas naik bus SP Bumi pukul 2.30pm. Me pulak selamber je ingat bus kat Kuantan tu schedule die mcm bus kat TBS or Melaka Sentral. I mean every hour ade bus.hihihi. AFIQ bawak kereta pun relax je sb I cakap kat die, mesti ade bus pukul 5pm. Bile sampai je bus stand, the next bus is 10.30PM. Padan muka!

Kebetulan AFIQ mengidam nak makan sizzling mee kat Giant, Kuantan. So terus berdesup ke sane. Bile aku post gambar kat FB, jadi kontroversi pulak. Kawan-kawan ingat aku pregnant. haiyaa, word 'mengidam' utk org mengandung je ke? Please..bukak minda tu sket. Oh and aku tengah bendera merah time tu ;p

8 July 2013

Rombongan dari Melaka+Meru datang ke teratak kecil kami kat Pekan, Pahang. Ewaah kemain teratak kecil. Padahal umah sewa je ;p My dad request nak makan bubur kacang! Memula mcm tak nak buat sb tak tau.hehe. Call mama mintak resipi. Dahla line tak clear. Sepatah haram "cara membuat" langsung tak dengar. Aku main buat je ikut logical thinking. And guess what?? My dad kate I bole bukak kedai!! What is he trying to say is I punye bubur kacang marvelous!! *kembang kuncup hidungku* Walaweii after this buat bubur kacang sambil tutup mata la..heee.

Then Kek Na ajak cari susu Hasya #anakemas. Search #anakemas mesti jumpe gambar Hasya Durrani. Sume tu keje Su Lili die. Time tu pulak dapat call kena dtg Shah Alam on Wednesday (1st Ramadhan 1434H).

Petang tu after AFIQ balik keje, terus ke rumah my sis. Kitorg sampai dah pukul 8 lebih. Hasya belum tido!! Die pun sibuk. Bila dah kena dukung, nyanyi dgn Nanny, baru la tido. Pheww.. Dlm 9 lebih baru la keluar dinner. Kitorg makan kat area Balok. Nama kedai tu Umbai Seafood. hahaha! Hellooo Umbai hanya ada kat Melaka je okayy..

AFIQ drive sorang-sorang balik Pekan dalam pukul 11pm. Uuwaa sedihnya time tu. Mestilah nangis kan. Dah 4 bulan menghadap muka yg sama 7 days per week tetiba takde mestilah feeling emotional. Malam tu sembang kat Whatsapp dgn geng Baselish mmg terukla kena 'bahan'. Hahaha I miss all of them. 

Esok pagi kami breakfast nasi lemak. MAMA AYAH nak balik Melaka dah. Dalam pukul 11 lebih MAMA AYAH gerak tinggalkan kami 3 beradik..wuwuuu.. Ili pun tinggal sb nak tunggu barang2 Kek Na sampai sini. Sementara nak tunggu pukul 3pm, sempatla ikut Kek Na shopping brg dapur. Pastu mandi, makan and bersiap sb jam dah pukul 3.30pm!! Hasya #anakemas took her own sweet time buat kuih dalam pampers.. adoiyaii.. Tepat kol 4pm baru keluar rumah padahal my ticket 4.30pm. Boleh pulak semua traffic lite kaler merah. Perut dah kecut. Luckily lagi 5 minit sampai Terminal Darul Makmur. Haah lega.

Reached Klang Sentral around 9pm. Uwaaa lapar! makan meatballs sangat banyak (countless) hihi. Study sket, dlm kol 12 lebih tutup lampu and tutup air-cond.  

1st Ramadhan 1434h

Abang kejut bangun sahur pukul 4.20am. Makan cereal and minum susu then sambung study. Before 7am dah keluar rumah, hantar my nephew pegi skola and drop off my BIG bro at his office. Me terus pegi Shah Alam. Kecut perut dalam keta, call MAMA gelak-gelak dulu bagi hilang nervous. Finished my session dalam pukul 12pm. All I can say is Alhamdulillah.. Syukur atas rezeki yg diberikan :))

Duduk bertapa di Seksyen 17 dari pukul 1pm sampai 4.30pm! Pegi Bazaar beli kuih utk berbuka dalam bus. Kat dlm bus, sedap sungguh melelapkan mata.hihi. U know what, sampai Kuantan pukul 10pm! What a tiring day for me!~

04 July 2013

Cerita pendek

Hari ini dalam sejarah.. Finally AFIQ bagi jugak isteri die drive sorang-sorang from Kuantan ke Pekan, Pahang. Yehaaa!~ tak percaya pun ade. Before ni jadi co-pilot je, after 4 months menetap kat sini, dapat la aku merasa jadi driver sekejap. Itu pun ade la 40minit. siap berhenti tepi jalan nak beli air kelapa and rojak jambu.huhu

AFIQ kene attend seminar kat Kolej IKIP pukul 2pm - 5pm. Abis seminar kena masuk kilang ade keje lagi. Esok ade fire drill. Dipendekkan cerita, hari ini kami hanya berjumpa selama 4 jam. Sekarang pun AFIQ still at his office.

Kat luar hujan pulak.. Sejukkk.. :)


* Selamat Berpuasa pada semua umat Islam yg membaca blog ini. Kurangkan bercakap/ melihat/ mendengar perkara yg tak berfaedah, nnt sia-sia je tak dapat pahala.huhu.. Solat terawih jangan lupa!

If non-muslim pun,bole je try puasa. Puasa/ Fasting bagus utk kesihatan *

02 July 2013

dah 13 bulan

Sorry for the long silence.. Susah jugak nak keep the momentum..huhu.. Ok i'll try my best next time :)


Happy 1 year and 1 month Anniversary to US!
 Semoga kasih sayang kita bertambah kuat dalam menghadapi cabaran yg mendatang. 
^I LOVE U^


Banyak perkara nak share tp dah terlambat..hihi. So far #haze area Pekan, Pahang is not worst like Melaka, Muar and other places. So far kat Pahang ni, area Kuantan je yg kena tutup sekolah. But still, kitorg pakai face mask for the sake of our health. Sadly masih kurang public awareness bila melibatkan open burning or pembakaran terbuka. Rase mcm nak curah je air kat sampah yg tengah terbakar tu..

Alhamdulillah #haze2013 tak lama pun merebak kat bumi Malaysia. Berkat solat hajat serata Malaysia, ALLAH turunkan hujan and slowly partikel-partikel habuk ni terhapus.. Yeay!

Oh..masa tengah jerebu tu jugak la me n AFIQ pegi melawat kawasan. Pegi area Balok and Beserah saja tengok rumah nak sewa. Perghhh area Balok tu dah dekat dgn Pelabuhan Kuantan, habuk mmg toksah cakap la. Rase mcm sedut pasir je time tu. Terus cancel nak sewa area situ. Dahla harga sewa tinggi melambung. Ciss borak mcm aku yg nak menyewa kat situ. muahaha! Tak la..kitorg still kat Pekan,Pahang.

Last week jugak my sister yg before ni menetap kat Labuan dah officially balik Semenanjung. Surprisingly beliau sekeluarga akan jadi org Pahang jugak!! Yeeayy!! Boleh kidnap Hasya yg montel-ketawa-kuat-ada-bunga-besar-atas-kepala!! Time tu AFIQ ade training so aku pun melayan perasaan tengok gambar they ollss berseronok ketawa sakan ramai-ramai kat umah my BIG bro.uhuk..uhuk..menitis air mataku.. Ikut hati bole je aku naik bus sampai Klang Sentral tp AFIQ taknak ditinggalkan. Yela mcm kejam je, aku sedap-sedap spent time dgn family, die kat sini sorang-sorang..

Hingga saat ini, tak dapat dipastikan bilakah kami akan balik kampung lagi. Betul-betul hidup di perantauan..huhu

22 June 2013

Football

Sekarang game JDT lawan LIONS. Kitorg dinner kat luar.  Selamat kedai pasang astro arena. Suamiku excited la kan.. dah namenye anak jati Johor.

Wuu masih segar di ingatan ramai org pasal insiden penyokong merusuh kat stadium Darul Makmur. Haa korang ingat tak? Time tu Pahang lawan JDT.

So kami tgok bola tak bole excited sgt takut tak balik umah pulak nnt.hihi. p/s: semoga JDT menang!! Booo pada S'pore!

12 June 2013

WW: Tersirat

Wordless Wednesday is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words.

 I found this and decided to put it in my blog..hehehe..

 
Yg penting ade maksud mendalam.

p/s: I really miss my friends..Seriously I miss them so much! dapat berbalas msg pun dah rase sangat disayangi..wuwuuu..

08 June 2013

Feeling Sorry :'(


Sekarang ni, my BIG family sedang berseronok dekat Ismah Beach Resort, Melaka. Waaa nak swimming jugak! nak join perbarisan rumah sukan and main game! Nak dapat hadiah kumpulan terbaik! Sob..sob..sob.. Nak wat camane.. AFIQ keje today. Malam tadi die kate kene masuk hari ni.uhuk..uhuk.. Kalau boleh nak pegi naik bus. Ade peluang, seminggu aku melekat kat umah Merlimau tu tp tak sanggup pulak nak tinggalkan AFIQ sorang-sorang.hihi..

Sedih betul, dulu time bujang seronok la melompat sane sini time family day. Mandi dlm pool lumba sape tahan nafas paling lama. Kitorg ramai-ramai turun ke laut time air surut saje tengok ikan, cari ketam pakai torch lite. Tetibe sedar dah jauh ke tengah. Pastu rasa arus air makin laju.Waaa terus lari naik ke pantai sambil pegang tangan coz ade jugak cousin yg kecik-kecik ikut sekali. Such a sweet memories :)

Boleh tgok link ni--> Family Day 2010: Hari ke-2

And this is the 3rd edition of Family Day Keluarga Haji Othman and Hjh Mariyam. 1st time I tak dapat pegi. My siblings pun only 2 out of 6 could make it. Another 4, Anen ade kursus, Kek Na kat Labuan, me myself at Pahang, my youngest sis ade exam this Monday. Harap bertabahlah hati tengok gambar-gambar diorang upload nnt..sob..sob.sob.

Eh oklah, nak pegi jemur baju.. kejap lagi AFIQ balik pastu nak pegi Kuantan jap ade hal.. Have a great weekend people!

04 June 2013

Our 1st Year - The Celebration

On Sunday itself dapat celebrate! Yeayy!! AFIQ tak keje that day. Die bertapa dlm bilik tak tau la google ape. Sekejap nak makan itu, sekejap nak makan ini. I pun wat dunno je..hahah. But on Friday I managed to do last minute order for chocolate cake. FB: NN Sweet Treats. Luckily area Permatang Badak,Kuantan. Alaa saje mengada-ngada nak ikut nafsu perut.

Oleh sebab nak pegi makan tu petang, tengahari tu lepak je la kat umah. AFIQ depan laptop tak berganjak. Nak makan steamboat tapi tempat yg most people suggest closed on Sunday. Lagi 1 tempat tu die stop pulak BBQ and steamboat service. Another 2 weeks baru open. Maybe sb tak dapat nak cater order. Ye la sume review from blogger mesti suggest pegi sane.

Ntah mcm mane AFIQ jumpe 1 tempat steamboat and grill area Putra Square, Kuantan (sebelah Kedai BBS and MANJAKU). Konon nak surprise tp die msg for booking using my handphone. Bleerghh &__&

Gambar ade kat Instagram. Malas pulak nak amik cable transfer masuk kat blog.hehehe. Tempat tu baru set up so banyak lagi la kekurangan. So far sedap je, kene dgn tekak kitorg. Foods selection not much sgt la tapi dgn harga yg kitorg bayar, takde la rugi sgt. Maybe owner tu asyik berdoa bila la kitorg nak abis makan. kuikuikui.


Tempat: The Stove: Grill & Steamboat Garden
Price for Steamboat: RM 19.90 (Adult)
Price for Grill: RM 25.90 (Adult)


Last words, better kalau ade provide ice-cream..arrghh heaven..

03 June 2013

1st Wedding Anniversary!

Alhamdulillah we made it!
Akad Nikah
 However far away, I will always love u..

Malam berganti siang
Siang berganti malam
I am your wife
and you are my husband
baru la bole cantumkan hidung..hehe



 Perkahwinan mengajar erti sabar, toleransi dan hormat-menghormati




Ya Allah, peliharalah rumahtangga kami dari gangguan manusia dan syaitan, mewahkanlah rezeki kami dan tunjukkan kami jln yg lurus.. Amin Ya Rabbal Alamin.

31 May 2013

Makan Kobau

Cite ni pasal makan daging kerbau. Kat Pahang ni kalau buat kenduri kahwin tak sembelih lembu tapi sembelih kerbau..hukhuk.

For the first time kitorg attend wedding at area Pekan, Pahang. Oh before ni pernah pegi kenduri kat Felda Keratong tp aku pun tak ingat makan lauk ape. Maklumlah sampai  pun dah pukul 4ptg. huhu.. This time officemate AFIQ yg jemput. Anak sulung kahwin. Rasenye kitorg pernah dpt jemputan awal bulan April aritu tp malas nak pegi sebab tak kenal tuan rumah.hee..

I is berdebar u know sb takut nak makan daging kerbau. Nama masakan is Oppo. Mungkin mcm tu la ejaannya. Sorry kalau salah. Fuuhh selamat la ade lauk ayam. Aku amik Oppo sikit and ayam 2 ketul. Alhamdulillah kenyang. On the way nak pegi Kuantan nampak kerbau lepak-lepak tepi jln tetiba ade rasa pelik kat lidah..aigoo #hampeh

A very good experience for us #pahang

Doa Iftitah

..Doa Iftitah dibaca sebelum bacaan Al-Fatihah semasa sembahyang fardhu..

sticky post

29 May 2013

Get Together IHM

Tiup-tiup habuk kat blog sendiri..hahah.. apesal ntah lame sangat tinggalkan blog ni..padahal banyak je benda nak share.huhu. Latest news Alhamdulillah sihat sejahtera. Bentuk muka makin membulat. AFIQ kate aku ni 'kental'. Suka sangat sebut perkataan tu 40x sehari mane la tak kental..ye tak?

18 May ada family day company AFIQ at Resort World Kijal, Kemaman, Terengganu. Pagi-pagi dah kene bangun sebab ade 8 buah bus nak bertolak from Pekan,Pahang. Keta yg nak berkonvoi pun ade la dlm 30 buah. Hoorayy AFIQ dapat bawak keta company. Aku pun merasa la jadi mem besar.hahah. Ye laa keta sendiri tak besar pun :P

By the time sampai dlm pukul 9 lebih camtu. Perghh dah ramai yg ade. Rasenye kitorg pun ikut short-cut tp bus yg sampai dulu. Tak tau la ikut jalan mane. Oh lupe nak cite, on the way tu kitorg nyaris accident. Puncanya sebab kaler keta di depan adalah same dgn surroundings area. Jalan lurus, kiri kanan tanah lapang and pokok-pokok mati. Serious AFIQ tak perasan and keta tu pun langsung tak bagi high beam or honking at us. Bila aku jerit terus AFIQ laju giler pusing stereng. Fuuh.. syukur Alhamdulillah.
pengawal bertugas.haha!
Oleh sb suami sibuk bertugas, aku pun membawa diri pergi cek kawasan Resort World Kijal ni. oohh dulu name die Awana Kijal. Bile Genting beli, bertukar la menjadi Resort World Kijal. Tengah best jalan sorang-sorang, AFIQ call and kitorg pusing-pusing amik gambar sekeping dua.
musical chair
tempat game
Haaa ini lah masa yg ditunggu-tunggu. Lunch time!! Aku pegi cek lauk, nampak je sotong terus melompat gembira.. uuwaaa lameeee gileerrr tak makan sotong!! Korang pun bole nampak kegemukan sotong tersebut. Aku makan sotong je tak makan nasi. hehee. Pastu ade bread puding.. Ohh myy favourite! Makan bread puding tak offer suami kat sebelah. huahuhaa. Tapi bread puding rase so-so je. Tak meet my expectation.

Oh kat sini aku dapat swimming!! Swimming pun sorang-sorang. Malas nak join org lain sb mostly dtg dgn family patu terjerit pekik dalam kolam. Tak nak kalah, tak nak pegi tempat kids, masuk pool dewasa yg memg sah tenggelam 1 body. Tak tau berenang pastu sibuk-sibuk masuk dlm pool. Apakah perangai manusia begini? Sabar je la.. ade sorang tourist pun cabut keluar dari pool. tak tahan telinga die.

Then terjumpe Lokman, a 10 yr old boy. Datang situ utk swimming because GM Resort World Kijal tu his uncle. Ahaaiii best nye awk! Kalau kite pun stay area sini, tiap-tiap hari kite dtg swimming. Syok-syok relax dlm jacuzzi, AFIQ ajak balik.. uuwaaa..


kompas
Tengok tu, kompas pun tunjuk direction ke selatan. Sekali boleh pulak kitorg terlepas simpang. Hampir masuk Terengganu semula (tol Jabor). Name pun pakai keta company, telefon AFIQ terus berbunyi. hahaa tak sangka ada tracking device. haha takdelah.. tipu je. Akak tu belakang keta kitorg. Die terkejut la nape kitorg terus je.. Alhamdulillah selamat sampai dlm kol 8mlm camtu. Esoknye hari qada' tido!!

14 May 2013

hari Mama :)

Bulan Mei special sb ramai akan celebrate Hari Ibu/ Mothers Day. But for us, tak payah celebrate Hari Ibu coz our mom's birthday falls in May!! 4th of May actually.hehehe. My BIG Bro balik kg buat surprise. Pagi tu die call kate tgah having brunch sb bangun lambat. Tetibe dah sampai depan pintu *pandai beli jiwa*

Kakak n abg MD amik peluang pegi dating coz AAM tido. Oleh sb auntie Ira pun pandai beli jiwa, AAM langsung tak kisah parents die takde.muahaha! Chill la Aziz, awk dah besar kan..? Punyela seronok jumpe abg Adam main non-stop. Pastu minum air oren banyak-banyak. Auntie Ira buat susu utk bekal dlm keta, die nampak terus amik and minum. Adoiyaii ini budak mmg teruk kena buli dgn auntie Ira. Kejap-kejap praktis nyanyi lagu patriotik. hahah!

Iliyak pun nak beli jiwa jugak..cakap kat MAMA tak balik weekend pastu bising suruh amik kat Melaka Central..cheeiit! After Maghrib terus la bergerak ke Bandar Melaka. AYAH nak makan Pizza Hut kat Jln Hang Tuah *birthday MAMA tp ikut selera AYAH..* Rupenye outlet situ dah tutup so pegi kat area Ayer Keroh.

Punyela banyak kereta on the road that nite. Esok tu kan PRU-13 so semua berpusu-pusu balik kg. Kat area duyung kitorg kene jem teruk! Rupanya ade accident lori langgar motor. Ade mayat terbaring tgah jalan..cepat-cepat aku cover pandangan Aziz tak nak bagi die tengok. Aziz pulak sibuk "biggg lorrrry, biggg trucck". Semenjak dah 'dapat' mulut, mmg riuh asyik bercakap je.


Happy 61st Birthday to Hjh Mariyamah binti Othman  
alahaiii cucu sayaaangg
ayah & AFIQ
main course

hati MAMA bersih dan cantik

 




Kitorg kena amik 2 different table sb full house. Dah mcm rumah sendiri pulak sekejap bangun pegi table sebelah amik ice-cream pastu try pizza table lagi satu.huhu.. But seriously we had fun! Yg dpt hadir only 4 from 6 siblings. Anen busy dgn election kat Muar, Kek Na jaauuhh kat Labuan. 

Till we meet again brothers & sisters!

11 May 2013

Kisah Sedih 050513

Planning asal AFIQ balik Bt Pahat alone sb aku nak pegi visit Eton yg dah 3x bersalin tp baru 1st time dpt baby girl dgn Salwah. Then nak jumpe Nurul nak test seluar..hihi. Tapi hati rase lain mcm je. After breakfast around 11am baru la kitorg gerak ke Bt Pahat. Baru je placing atas sofa nak bace paper tetiba Along dpt call dari ABAH. Atok & nenek kat ICU coz accident on the way nak pergi mengundi.

Zassss terus berdesup pegi hospital. Thank God sb rumah PIL sgtlah dekat dgn Hospital Sultanah Nora Ismail, Bt Pahat. Bile sampai je baru dpt update kisah sebenar yg berlaku. Walaupun sebelum keluar mengundi, dah ade org offer utk bawak naik kereta tp atok tetap nak naik motor. Takdir Allah, tak siapa mampu menghalang.

Lama jugaklah kitorg berkumpul kat wad kecemasan. Bape kali tengok ambulance drop org sakit. Ade yg nak bersalin, ade baru lepas accident, ade yg sakit tua #insaf. Ptg baru atok nenek dapat masuk wad sb dah stabil. Ade pendarahan kat otak kesan dari jatuh atas jalanraya. Alhamdulillah takde patah anggota badan. Keadaan nenek agak serius so kene transfer ke Hospital Sultanah Aminah, JB nak operate buang darah beku.

Office AFIQ cuti Isnin & Selasa. Ptg Isnin baru balik Merlimau. Selasa keluar kejap settled few things. Around 6pm bertolak balik Pekan, Pahang. Tepat 8.45pm Along call bitau nenek dah meninggal. Time tu kitorg dah dekat sgt nak sampai umah. Repacking, mandi then zoo0mm balik Bt Pahat semula. This time aku yg drive. Pheww! AFIQ kat sebelah baca Yassin and layan perasaan.

Reached Bt Pahat dlm 2.30pm. Terus tido sebelah Biha sb jenazah belum sampai dari JB. Tersedar pukul 6 lebih terus siap laju-laju. Along, Nuar and Biha dah balik kg pukul 5.30am. Nak dijadikan cerita, kunci rumah tertinggal dlm rumah. Me n AFIQ balik kg amik kunci then aku shoot balik amik Mimi. Terasa diri hebat giler sb 1st time aku drive sorang2 kat Bt Pahat.hehe. Mimi tak sempat jumpe nenek for last time. Kitorg sampai kat kubur, dah selesai tanam. Alhamdulillah dpt join bacaan talqin.

Selesai urusan nenek, pegi hospital tengok atok pulak. Keadaan beliau nampak ok cuma tak selesa ade wayar kat hidung and kaki. Pukul 6pm kitorg gerak balik Pekan, Pahang. Moga atok cepat sembuh.
terima kasih YB sudi dtg melawat..moga janji ditepati

Tengah hari tadi MAK call, MAK kate atok tenat. Semua berserah pd Allah and doktor pun tak nak janji apa-apa. Kitorg pun tak tau lagi akan balik Bt Pahat atau tak sb AFIQ keje today. Doakanlah yg terbaik utk atok kami, Jonet bin Sadali.

#Al-Fatihah buat Siti Marmah bt Paimun.

Update: Al-Fatihah utk Jonet bin Sadali. Menghembus nafas terakhir pada 11 Mei 2013.

02 May 2013

11th months :D

Alhamdulillah..today genap 11 bulan menjadi isteri AFIQ. sekejap betul masa berlalu kan?
And we still have many more years to treasure.. Insya Allah.

kesian kambing tu
p/s: sudah 2 bulan tak cium pipi MAMA AYAH. Esok malam balik Merlimau. I just can't wait! Tapi beg belum kemas lagi..hehe..kite nak pakai baju kaler merah. Semangat seorang anak yg penuh rasa rinduuuuu di dlm hati! 

Ya Allah, selamatkanlah perjalanan kami suami isteri dan lindungilah kami dari sebarang kecelakaan sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman. Amin Y.R.A.

30 April 2013

Eksiden merepek

Errr..regarding entry sebelum ni kan.. nape korang sume emphasize pasal test 1 line tu ek? Sebenarnya kan, we didn't put any high hopes pun. Tetiba rase nak muntah and loya sb siang tu aku terbau telur busuk.. Kira mcm terbawa-bawa sampai ke petang la bau tersebut. AFIQ pulak mmg nervous bile kitorg discuss pasal baby sebab die takut nak pegang baby. Sepanjang kitorg kenal, 2 anak buah aku lahir. And dua-dua die tak berani dukung sb takut. Tapi nak taknak, bile anak sendiri lahir, kena la dukung jugak. wakakaka..

Actually nak story pasal kejadian semalam. Sejak menjalani kehidupan berumahtangga dlm erti kata sebenar (katenyeeee) segala urusan dlm rumah kena uruskan sendiri. Termasukla nak tukar bulb lampu toilet. Before ni kemainnn laagi siap pakai bulb kaler hijau (romantik la sangatt) tapi hayat die bertahan dlm 2 bulan je (padan muka kitorg..haha).

Ceiling toilet tinggi and kitorg takde tangga. Hah option lain masih ada iaitu aku kena duduk kat leher AFIQ...Haa cube korang bayangkan?? To cut the story short, kami berdua kena electric shock!! muahaha! Maybe pagi tu AFIQ switch on the light terlupa bulb dah terbakar. Tak serius pun. Jari aku rase kebas. AFIQ pun rase kat kaki. Ok after this kena extra careful.

And malam tu pulak kitorg tengah main game depan tv. Tetiba 'bedebuk' kepala aku terhantuk kat dinding. Dah mcm kanak-kanak ribena pulak ;p


p/s dah settle qada' puasa 4 hari..another 4 to go..yeehaa!

22 April 2013

Catatan Ketiga

Weekend yg sgt membosankan coz my husband ade training the whole 2 days. Training on weekends? How could that be?? Aaarrgghhh!! bile mlm je die dah mengantuk.. Aku tengok la tv sorang-sorang..wuwuuu..

Training starts as early as 8.30am untill 5.30pm. Aku kat umah ni dah mcm cacing kepanasan.hehe. Td ade org dtg betulkan pintu bilik air. Perghh bile diorang balik je, sampah dan habuk yg ditinggalkan sgtlah mencabar jiwa raga. Sejam weyy aku menyapu and mop lantai. Berpeluh mcm buat larian 1 padang. Pheww!!

Ptg tadi hujan tp otak tak kasi tido.. 5.30pm AFIQ msg kate dah abis training. Yahoo mari ke pasar malam sambil tgan pegang payung.hihi..

And today, AFIQ kena standby..isk..isk..sedih betul. During our lunch tadi, AFIQ beritahu satu berita baik! Beliau get the highest mark dlm exam audit last Thursday..huhu.. happy! happy! Congrats to my handsome boy! So mlm ni kena makan special la.. :D

...........................................................................................................

Haa nak dijadikan cerita, on 13th of April, aku muntah and loya. Terus laju-laju beli UPT. A day after baru try.. 1 line sajeerr..haha kelakar giler sb asyik teringat muka AFIQ yg nervous. Oh kitorg beli yg murah punyer kat Watson. ape ntah name die..Disclosure kot. RM5.90. Tuptup 15 April dah period.hihihi.

p/s: err if pregnant,nak deliver kat mane ye?
AFIQ lahir di Johor, aku lahir di Selangor.. 
Our kiddos??
Zzzz..zzZZzz...

18 April 2013

Catatan Kedua

Lame betul tinggalkan blog ni.. Maaf ye kawan-kawan, saudara-mara, adik-beradik.. Hidup as housewife ni hectic jugak. Memangla aku ni housewife tiada anak kecil (baby) tp takkan la aku nak tengok laptop je.. ade yg juling biji mata nnt ;p

For the past few weeks, a lot of things happened. Last month ade family trip to Terengganu. Yeaayy my 1st ever holiday trip with my Family in Law. Mimi sorang je tak ikut sb ade assignment. Gambar??ahah dah delete after uploading thru Facebook.
sekeping buat tatapan
1st week of April pegi Hari Terbuka ATM kat TUDM Batu 10,Kuantan. ahaa ni banyak gambar tp simptom M telah menyerang urat saraf. maka tak tau la bile akan resize all the pictures..hehe. Baiklah,aku upload sikit utk kenangan.
tak bole rotate
mamat dlm bulatan kuning tu org kampung aku..hahah!
2nd week pulak pegi jalan2 kat East Coast Mall..eh kadang2 aku mmg tak percaya tetibe bole menetap kat Pahang. Dulu-dulu pernah dtg Kuantan sb my big bro belajar kat sini before fly to US. At the age of 26, aku jadi a part of Pahang :D Best sebenarnya bile dpt jd independent. Susah senang deal sendiri dgn suami. AFIQ susah sikit kot sb die tak pernah jauh dgn parents. Tu sb die mmg nak bawak aku stay kat sini. Kalau die single,die tak accept offer ni. MAK ABAH pun dah 3 x dtg sini. Latest last Sunday sb amik k0tak Biha. Parents aku je belum sampai lagi. Takpe tak kisah pun. Keadaan rumah pun belum selesa sgt. Tunggu kami pindah rumah lain.hihi..

Yahoo, insya Allah time election balik Melaka *lompat bintang*

17 April 2013

WW: Maha Kuasa

Wordless Wednesday is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words.

02 April 2013

Detik-detik

Waaahh..tetibe title entry hari ini bermadah pulak..huhu.. 

Apa tarikh hari ini kawan-kawan? 

Of course today is our 10th Monthversary! Alhamdulillah.. 10 bulan legally married but baru sebulan tinggal serumah.. selayaknya digelar pengantin baru..weehaaa~ Oops tolong jgn tanya bile nak dpt baby..sgt kepochi soalan begitu ;p



Nak masuk gambar suasana Pekan Bandar Diraja tp malas pulak nak resize..Tp takpe, demi kamu semua yg menanti, ku letakkan secebis dua gambar-gambar di sini..hehehe.












20 March 2013

ais sejuk

Hey u olls.. nak tau 1 berita gembira tak? My cuzzy yg kawen bulan 9 last year dah pregnant!! weeee congratulations to kak Miza & abg Zul.. maknanya this year ade 3 babies in my BIG Family! Alhamdulillah..

Oleh sebab cuaca adalah sgt panas kat Pekan, Pahang maka tekak aku pun rase tak tahan tengok air sejuk. Kalau boleh everyday nak ais. Tapi nafsu kena pandai kawal. Badan lameee lagi nak pakai weyy.. MAMA selalu cakap, org perempuan tak elok minum ais nnt badan kembang, org lelaki tak suka. Jadi aku telah menahan nafsu nak minum teh ais dari hari Sabtu yg lalu.. dah tak bole tahan dah, today kene jugak minum teh ais. teehehe..
vanilla smoothies~
  Penting: Aku belum pregnant lagi. Aku sedang period. Huhu!

18 March 2013

Wedding Amal

Amboi3x..nak dekat sebulan baru ade mase up entry review wedding Amal sampai pengantin pun sedih takde sape upload gambar beliau.. 

Time ni penat yg amat sb aku tak dpt halfday. dahla malam tu tak tidur sb packing brg. Dlm kol 4 lebih baru gerak dari Cheras. Then kene amik kek kat Bukit Serindit. Beli strawberry and anggur pulak. Me n my sis dah keras dlm keta. Maghrib baru sampai Merlimau. Terus siap-siap nak attend solemnization. Phewww..

Nikah: 1 Mac 2013
Majlis Perkahwinan: 2 Mac 2013
Tema: Pink & Hijau
Konsep: Lain dari yg lain

Gambar yg ade time nikah je sb time resepsi, aku tak pegang camera. Pastu sibuk rushing pegi KL. Pengantin pun muka sembap je sb menangis banyak sgt.. Oopss jgn kontroversi ye. Pengantin yg bitau sendiri. 
 Hantaran 9 dulang berbalas 9 dulang. Please enjoy the show!
 
tu diaa pengapit in action
 
 
family Mak Ndak with menantu lelaki
 
menunggu prince charming
3 out of 6 siblings :-)
  Hantaran pun aku sempat amik a few je.. Sb AFIQ dah sampai from Pekan. Dia pegi sane kemas umah sewa and letak barang so that bile kitorg pindah hari Ahad dah tak payah bawak brg banyak sgt.
 
 
 


 
 Ini pulak hantaran bride to groom. Pun aku tak amik semua. Oh nak dijadikan cerita, one of Amal's photographers time nikah is my engagement's photographer. Tapi Amy dah keje dgn company lain. Aduhai kecik betul Melaka. Pusing-pusing jumpe org yg same.huhu. Amy still ingat even aku bertunang 25 December 2010 :)
 
 
 

 

Semoga Allah memberkati kamu berdua dan dapat menempuhi asam garam hidup berumahtangga dgn baik dan saksama ;)