Followers

10 October 2012

Kisah Nasi Lemak

Aku kan, tiba-tiba nak makan kek, tiba-tiba terbayang aiskrim, tiba-tiba nak beli baju kurung, tiba-tiba tertampar pipi..hahah *reverse psycho konon*
  
Last 2 weeks aku teringin sangat-sangat nak makan Nasi Lemak. taste aku bukan Nasi Lemak hotel yg sejuk. Aku nak Nasi Lemak yg fresh rasa santan, bau daun pandan.wohoo bermula lah sesi memendam keinginan sb Nasi Lemak kat Kolumpo ni hampeh. Rase ke laut, telur pulak kedekut nak bagi sebiji. Come on la..Nasi Lemak bodo pun nak kena bayar RM2. Ilmu berniaga tau nak cepat kaya je *bengang*


Kisah 1

Takde sorang pun tau aku teringin nak makan Nasi Lemak. kat AFIQ pun aku tak cerita. mengada sangat la nak cite pasal Nasi Lemak kat die..haha! Satu malam tu aku tertido awal. Hari Khamis kalau tak silap. Biasela, Encik Husband jauh, watpe nak tido lambat malam Jumaat. kah3x..ok tak kelakar. Adik aku keluar makan tetibe bile die balik, she bought me a packet of Nasi Lemak!! waaa rase mcm mimpi. sambil makan sambil nangis.. yee aku mmg hati jelly.


Kisah 2 
That weekend balik Bt Pahat. Abah keluar beli breakfast and stranded sb hujan lebat. Aku keluar bilik air, tengok Abah dah balik and atas meja ade Nasi Lemak! Whatt??!! mata aku kelip-kelip sb tak percaya! Yang sedihnya tak sempat makan sb kitorg dah makan nasi goreng and time tu nak cepat pegi wedding Misi 3 Negeri

Kisah 3 
After Misi 3 Negeri, me n AFIQ balik Merlimau. Malam tu kami tumbang awal sb penat sgt. Tak sempat nak story morning glory dgn MAMA. Bile bangun pagi esoknya, kat atas meja ada Nasi Lemak!!  Nasi Lemak cooked by my own MAMA. Nikmat apa yg mahu kau dustakan? Aku makan Nasi Lemak tak toleh kiri kanan. Siap goreng telur 2 biji lagi. Tengah hari tu pegi wedding pun aku tak makan pun sb kenyang makan Nasi Lemak. Ptg tu balik jalan-jalan pun aku cari Nasi Lemak makan sampai licin. Alhamdulillah..
#
#
#
 Waaaa tak sangka rezeki yg ALLAH bagi pada aku sangat banyak. Even rezeki baby belum ade tp ALLAH Maha Pemurah. Dia bagi aku makan Nasi Lemak yg paling sedap dlm universe! Bile aku duduk termenung sorang-sorang, aku rasa kerdil sgt. Ye la, sebagai manusia biasa, kadang-kadang aku rase nak kehidupan yg mcm ni or yg mcm tu. Tapi ALLAH masih sayang aku. Masih lagi sudi granted my wish.


 “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”

No comments: