Followers

22 April 2010

ok agak malu

selamat tengah hari semua!

Cerita hari ini berkenaan perkara memalukan yang telah berlaku..oh,saya akan menulis dalam bahasa baku kerana agak seronok membacanya..

Ok, back to the topic..as u all know, I walked every monday until friday to the office. Jadi, kasut yang biasa digunakan telah terkopak (haha kasut murah beb, memg la cepat hancur).. Saya membuat keputusan untuk tidak membeli kasut baru malah memakai kasut tinggi bertumit runcing untuk ke pejabat. Kesan sampingan ialah mendapat kesakitan kaki..bagi mengelakkan ianya menjadi teruk, saya telah memakai sandal/selipar 'kelepak-kelepek' ke pejabat..mohon jangan diceritakan perkara ini kepada MAMA saya kerana MAMA tidak pernah approve kategori sepatu tersebut.

Semalam, ketika perjalanan pulang ke LRT Ampang Park, bertempat di hadapan tapak pembinaan, sandal/selipar itu telah tertanggal dan tiba-tiba kaki saya memijak tanah! saya tunduk melihat kaki kemudian dengan selamba berpusing dan memakainya semula.. Oh!apakah riak muka yg harus diekspresikan pada waktu itu? sila ambil perhatian, keadaan sekitar penuh dgn kenderaan kerana kesesakan lalu lintas. [menyambung perjalanan sambil menayang gigi]

kesimpulannya, hujung minggu ini misi mencari kasut yg tahan lasak serta tidak mudah tertanggal akan bermula! wish me luck!

3 comments:

AnEs said...

hahaha..lawak sangattttttt..aku da terbayang da muke ko time tu..hahahah

Miza M said...

beli sandal yg brand elok2 tau..

Haidasafera said...

muka takde perasaan...hehehhe..yg penting senyum sokmo