Followers

08 March 2011

risiko blogger

When I started signing up for blog, I bear about the consequences for all my posted entries and articles..

Tapi setiap org ade agenda tersendiri bile berbicara mengenai blog.. seriously sy blogging sebab mcm seronok menulis kemudian membaca semula..hahhahaa memang bole refresh memory tau.. sy tak pernah nak amik tahu berkenaan income Nuffnang or whatsoever yg sy rase belum sampai mase utk sy amik tau sume benda tu.. sy tak mengharapkan followers ribu-ribu org dan sy juga tak pernah nak harapkan org baca blog sy and then left me a note, footprints, comments or anything... tp terima kasih sb willing to stop by and read my stories :)

Sesungguhnya tolongla faham bahawa sy suka menconteng di screen putih ini. sy ade ramai kawan suka duka tp kadang-kadang sy hanya mahu bercakap seorang tanpa ada sesiapa mendengar dan memberi respon. Mungkin keadaan itu lebih memberi ketenangan.. Bila anda melibatkan diri dalam dunia blog, anda sebenarnya telah bersedia untuk mendedahkan sebahagian besar kehidupan anda.. Ya, mungkin ada sesetengah blogger yg pandai menyembunyikan identiti masing-masing tp sebenarnya orang begitu bersikap "baling batu sembunyi tangan"... Hidup ini hanya sekali, tak perlu takut kalau anda tidak melakukan kesalahan..

Sy ade ramai silent readers.. kamu la salah seorangnya..hehehhe terkena batang hidung sendiri kan? tak ape, sy tak marah pun.. Tapi kadang-kadang terasa hidup macam artis..hehuuu sb silent readers ni sentiasa menunggu entry terbaru sy.. betul tak? Bile jadi blogger, anda akan bercerita mengenai perkara yg berlaku di sekeliling anda.. apa saja yg terlintas dan dialami pasti akan diluahkan atas screen putih ini.. yang menjadi masalah apabila para pembaca dengan mudahnya membuat pelbagai spekulasi dan mula mentafsir makna sendiri.. haaa kan ayat aku dah naik satu level.. Blogger adalah seorang manusia.. manusia yg dibesarkan dengan pelbagai cara maka seharusnya pemikiran masing-masing adalah tidak serupa.  Blogger juga ada perspektif masing-masing. Apabila pendapat ditulis, ianya memang memerlukan hujah-hujah untuk menyokong statement tersebut agar kuat tetapi ada sesetengah perkara tidak pernah menemukan jawapan betul atau salah.

Maka secara kasarnya, para pembaca akan mula menilai berdasarkan keupayaan akal fikiran masing-masing..

No comments: