Followers

23 May 2012

10 days before the Day!!

Dah puas cakap kat diri sendiri, jgn counting days sebab mesti akan gelabah kak nam. muahaha.. Bile scroll down nampak wedding tickers tunjuk lagi 10 hari~ Nervous, takut, risau semuuuaaa ada! Macam-macam ada dlm fikiran ni haa.. tak tau la mampu terluah ke tak. sshhh nak citer dalam blog pun kena cut off certain part sb boleh menimbulkan kontroversi..hehehe..
Apa yg kena update ea? Haaaa pasal sesi memanjakan diri di Spa belum sempat nak buat..kwang3x.. Voucher dah lame purchased tapi bab nak cari masa tu Ya Allah, punyelah penuh je schedule. Insyaallah by this Friday akan pegi spa. Opps kena amik gambar skali for Kad Akuan Nikah :)


Sabtu nak jumpe kawan sekampung-distribute cards (lambat nau!). Ptg nak jumpe cake decorator. Malam focus pada do0rgifts and TV.hehe. 


Ahad kene kemas umah..habis semput laa.. pastu ade appointment dgn bridal nak pilih accessories and all. Angkut baju bawak balik umah.


Isnin keje, tinggalkan duit pada my little sis utk bayar utilities, pegi pasar malam beli kebab or burger. Tido awal.


Selasa keje tapi fikiran dah kat kampung. Insyaallah AYAH dtg amik sb beliau risau dgn anak dara berdarah manis ini :p Maybe akan drop by kat Bangi amik accessories for nikah attire.


Rabu :-
  •  Bridal dtg pasang pelamin
  •  Basuh baju nikah
  •  Sibuk dgn d0orgifts thingy
  •  Relax, packing baju untuk pegi umah in law

Khamis :- 
  • Khemah start pasang
  • Ada bacaan Yassin
  • Bilik pengantin kena touch up 
  • Deco hantaran, Guestbo0k table
  • Buat-buat sibuk and relax
  • Pakai inai
   
Jumaat :-
  • Assign org utk amik cake
  • Rewang..masak memasak di bahagian belakang rumahku syurgaku..
  • Pakai inai.
  • Make sure everything cukup and clear.
  • Relax and sleep early because tomorrow is MY BIG DAY *__^


  Ya Allah, semoga Majlis Pernikahan dan Majlis Kenduri Nurbahirah & Nurrafiq akan berjalan lancar. Kurniakanlah kesihatan yang baik kepada semua pihak yang terlibat dalam Majlis kami ini. Hanya pada Mu aku meminta pertolongan..


3 comments:

norinaomar said...

banyakkan buat solat hajat tau Ira..Insya Allah semuanya akan berjalan lancar..

ada lauk asam pedas daging tetel tak =p

shura shushi said...

Lagi 10 hari, i pula yang rasa berdebar :)

**Banyakkan senyum okay

bahIRAh said...

thanks noi..memg tak henti berdoa moga selamat semuanya.. err tak tau pulak pasal lauk pauk..hehe

tips berguna! tq shura~