Followers

29 February 2012

Survey wedding card

Nothing much to share. We had our quality time together even tak lame pun.. waaaa!!
the first ever coolblog AFIQ belikan!
We went to Kedai Printing 1Malaysia kat Tmn Universiti, Parit Raja. Saje-saje survey price for wedding card. Tapi malangnya, price di situ exceed our budget.  Somemore, kedai printing tu takde jenis kertas yg variety. Die mcm dah ade standard sendiri so die mmg tak dpt memenuhi kehendak kami as customer..huahuaa..


Nak cari tempat lunch mesti fikir lama-lama.. Lastly AFIQ nak makan Nasi Arab kat Cafe UTHM.. Moh le kite layaaan..Serious banyaakk and kenyaang gilerr..


Next stop is RNE Design. Ade jumpe jenis kad yg murah, 0.35sen saje. Simili paper, design and colour bole request :) But for now tunggu design from my sis and nak pegi kedai printing di Jalan Brunei. If dpat less than 0.35sen, terus proceed. If not, akan proceed di area Batu Pahat.. Owh not to forget, bunting pun kene tempah.
* Semoga persiapan perkahwinan kami dipermudahkan.
contoh

* my FSIL dah pregnant after a year kahwin! alhamdulillah~

28 February 2012

BBF Cik Anis Kluang

Yeaa alhamdulillah dapat jugak dtg wedding B2B 2012 - Anis Haniza

Banyak cerita sebelum nak sampai umah Cik Puan Anis ni.. Kitorag drive laju-laju singgah Carrefour nak beli hadiah, pastu tunggu turn nak wrapping sampai ntah hape je rupa hadiah tu tp takpe, malas nak ingat dah.. Jom tgok gambar!
centerpiece!
POrtion AFIQ
ngaa bukak mulut nak makan kek!


Barakallah Anis & Fendy. Semoga sentiasa dilimpahi keberkatan dan rezeki.. Sorry la, Ira tak sempat nak amik gambar together sbb rushing giler! Pastu Ira tak nampak pun guestb00k Anis.. Wuuu tak dpt nak left a note for the newlywed. Nnt jgn lupe dtg wedding me & AFIQ tau..hehee :)

27 February 2012

Low vibrate

Try tgok ticker kat bawaaaahh sekali.. Tinggal puluh-puluh hari je. But still my wait-to-do list mcm tak bergerak.. Let see what are the things yet to be completed:

1. Wedding Card and Bunting
*dpt 0.35 per pcs. Nak try tanye tmpat printing if dah ade design sendiri. Then bole proceed.


2. Baju Nikah dan Accessories [kasut, tudung, veil] 
*ade drama..sedih..sedih


3. D0orgiftS ---> MALAS mode turn ON


4. Barang Hantaran for AFIQ 
a) Kasut Futsal
b) Bag
*dpt je gaji Feb terus beli..

Ahaaii..cepat pulak mase ni bergerak.. Haipp ingat, kite yg kejar masa bukan masa kejar kita.. wahai Bahirah si bakal pengantin, cepat bertindak!! Kan awk jugak yg cakap, a month before wedding date dah taknak fikir pape pasal preparation. Now dah bulan 3 (plus minus) and progress mcm siput sedut amik angin petang tepi laut..zzZZzzz...

25 February 2012

51st Monthsary

yeahaa~ We did it!

Happy 51st Monthsary my dear AFIQ

Bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

Tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji
Aku dah teruja
Sudah cukup lama
Aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi

 HAHAHA ..sekali dgar lagu Kaka feat. Zizan ni mcm lagu untuk lari dari rumah pulak.. 

Hey, it's good to be with your family at home. Rumah ialah syurga dunia~

22 February 2012

kejadian &__&

Bole pulak terlupe nak share story kat sini..maafkan tuan punyer blog yg kehilangan waktu ;p

Actually cite ni happened last Saturday. Time tu my parents wif eldest sis and Muammar (also known as 'Adik') saje buat site visit..kami lunch kat RasaMas Carrefour Wangsa Maju. After placed the order, kakak & Muammar pegi jalan2 cuci mata. Me, my mom and dad chit chatting and a few minutes later, waiter sampai dgn dulang makanan.. Time tu I sibuk amik gmbar botol susu Adik..HAHAHA. Waiter letak nasi baru 3 pinggan then "PANGGGGGG!!!"

Dulang makanan jatuh tepat ke lantai dan sup-sup ayam yg PANAS telah terpercik pada kami bertiga!! MAMA AYAH straight away bangun la kan. Aku dgar budak tu cakap "mintak maaf cik" baaaaannyaaaakkk kali tp aku still tak boleh nak angkat muka. Aku tau die tak berniat nak jatuhkan dulang tp aku kesian kat MAMA AYAH yg jd mangsa. Abis basah baju MAMA aku.. AYAH pun kena jugak. Kasut aku yg tak sampai sebulan AFIQ belikan pun kene.. Haihhh..

Aku bangun pelan-pelan pegi sink basuh tgan and all.. AYAH terus tukar meja. Pastu terus semua waiter dalam tu served kitorg. Muka lain-lain hantar air, hantar ayam, hantar dessert, hantar soup. Aku rase Manager RasaMas tak say sorry pun kat kitorg.. Takdela mintak sgt tp at least ade la budi bahasa. Kira nasib baik aku tak create scene mcm drama melayu yg ade jerit-jerit tu tp aku sedar diri.. Aku bukan DIVA. muahaha!

Oleh sebab muka aku still macam bengang + masam, waiter yg menjadi punca kejadian personally say sorry kat aku. Time bayar pun die senyum je.. So aku pun cool je lah.. Org dah senyum, sila balas balik.. Senyum kan sedekah :)
percik

19 February 2012

Waktu 3 pagi

Hello my online diary :)

AFIQ bukan pelajar aliran agama.
Dia bukan pelajar sekolah agama.
Dia hanya belajar di sekolah biasa.
Dia tidak mengambil kursus agama.
Dia belajar di universiti dalam negara.
Dia tidak memakai kopiah sepanjang masa.

Tapi dia tahu maksud setiap baris ayat surah Al-Fatihah.
Dan juga rajin mencari ilmu melalui ceramah.


 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 
Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat...
Amin..

Terima kasih Allah kerana memberi dirinya sebagai jodohku.
Insyaallah, dia boleh memimpin dan membimbing aku.


"Sebaik-baik wanita ialah apabila engkau memberinya sesuatu, dia berterima kasih kepadamu, apabila engkau tidak memberinya apa-apa (kerana engkau tidak mampu) dia bersabar, yg dapat menggembirakan hatimu apabila engkau melihat kepadanya dan patuh kepadamu apabila engkau menyuruhnya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

I'll do my very best for us.

15 February 2012

outer space

Diandra Arjunaidi
ANGKASA 
YunaRoomRecords


another songs for our wedding :)


tapi takdir kita bertemu...
dan ku tak akan lepaskan perasaan ini...

13 February 2012

11 & 12 Feb

Bile susah nak fikir nak letak title ape, aku letak date. Easy breasy~ 

Last Saturday rempuh Chow Kit Road nak amik glass jar IKEA style.. ni aku beli sikit je. FOR FRIENDS ONLY. Kos pegi balik ialah RM2.40 (Bkt. Nanas-Chow Kit)
little sis
Gigih kitorg bawak benda ni..hohoo
Having late lunch at Jusco Wangsa Maju.. ternampak candle holder dalam S&J dan ter'imagine' JAM TANGAN hantaran dalam tu.. Price: RM10. Sila amik & bayar! Aku pun berangan letak jam sendiri.. mintak-mintak la MAMA terima idea ni..hihi..

Bile m0od berborak dtg tanpa dipaksa, me n my cuz borak-borak sampai Subuh!! hahaha aku rase last time aku borak mcm ni time study dolu-dolu.. ceh bajet mcm dah lame sgt tinggalkan zaman muda mudi ;p haipp skrg pun still muda.cuma bertambah matang..huahuuuaa. Few of my family members ade trip to Bandung, Indonesia.. me n my cuz buat last minute decision nak follow pegi LCCT. Vroo0mm!
before boarding
Have a safe journey! Be prepared utk 'hilang deria' in Pasar Baru..hehe

10 February 2012

soon-to-be husband's 26th birthday!

Assalamualaikum kawan-kawan!!~ this happened on 5th February 2012.

Bile MAMA dah terlepas her 1st choice of bridal boutique, keadaan pun jadi kelam kelibut..huhu takdela gelabah sgt, still ok. Maybe sbb bakal pengantin pun relax je.. Wedding sedara kat Merlimau Pantai gune butik Pelangi Biru, Merlimau so MAMA kate why not kite pegi tengok.. Komen yg dpt diberi ialah butik ini mahal dan SAAANNGAAATTT berkira! SAAANGAATT ok! nak tambah sekecik benda pun kena tambah duit.. shuuhh! sorry bye bye!

Me & AFIQ terus decide nak survey butik lain. Kitorg pegi area Bukit Katil. At first nampak Butik Seri Andaman (kalau tak salah) tp tutup. Selang 1 pintu ade another butik, Aby D'Peterana. Main boutique kat Merlimau, branch kat Bukit Katil. Price ok, baju pun ok tapi tak best sbb tak deal dgn owner butik. Susah nak dapat discount & confirmation. Bear in mind girls, kadang2 ape staff bitau tak same dgn tauke kedai. Daripada melopong time wedding, better deal dgn the right person! Kami K.I.V dulu. AFIQ ade capture banyak gmbar baju tp malas nak letak sini..hihuu~
berangan sajee

The clock already half past 12pm. Perut sudah bunyi-bunyi tapiii ade surprise for AFIQ! Pegi umah Tulip's Oven (fb) kat Bachang utk pick up his birthday cake! yummyehh~ Happy 26th Birthday to my soon-to-be husband! hahaha mcm kelakar je bile mention AFIQ sbg 'bakal suami'. ok point baik utk para penghentam di luar sana.. Perasaan nak jadi pengantin baru ni lain sikit.. feels awesome!~
chocolate heaven! thumbs up!
Selamat Menjalankan Tugas sebagai Seorang Suami Soleh
Korang nak tau satu benda tak? Aku tak tau nak ketawa or geleng kepala..hahaha sebenarnya kan, AFIQ wears the same t-shirt as we celebrated his 25th birthday last year!!! Guling-guling ketawa.. adoi awk.. setahun rasenye berpuluh helai awk beli baju..nape la dlm special occasion yg only comes once a year boleh pakai the same t-shirt?? Semua org tau badan awk maintain tak gemuk, another 2 years pun still bole pakai t-shirt ni :p :p Rasenye better hang dalam frame. Aku tak sanggup kalau on 27th birthday pun die TERpakai t-shirt ni.. :p

After lunch, tak tau nak pegi mane. Bosan giler nak jalan dlm mall. Brg hantaran still tak cukup tapi b0san/ malas nak buat aktiviti related to wedding.cukupla siang td dah survey butik pengantin.wuhuhuu.. pusing-pusing stereng and sampai Klebang. ingat nak pekena Coconut Shake tp kuciiwaa sb org queue panjang gilooos! Kami pegi melawat Kapal Selam!
dewasa RM 1
selamanya :)
ramaaai yg dtg melawat kapal selam!
layang-layang terbang tinggi
Macam best kalau dpt buat outd00r photosh0ot kat sini tp segan jugak sb ramai org! Name tempat ni Dataran 1 Malaysia. Kalau ade pape event kat Melaka, memang buat kat sini.. aku je yg baru sampai.. kekonon feeling pelancong domestik. Until now aku tak tau port asam pedas best kat mane.. Aku keturunan Melaka tp tak makan pedas. Sad but that's the truth T____T

09 February 2012

HIV Test: Done!

Update piccas semata-mata.. sambung pada entry Tentative 7 Days

Thursday, Feb 2nd:  Pegi Pejabat Agama Jasin dgn AYAH utk amik Borang Kebenaran Nikah..wehuu~ staff kat situ explain everything.. Thank you! Estimated time nak hantar on April sbb a month before dah tak nak fikir pape pasal wedding.

hahah blur

Ptg tu after lunch pegi Klinik Kesihatan Merlimau.. kami LDR, so sila buat sendirian berhad.. tak payah mengada nak buat sama-sama.. Lame jugak la tunggu sbb aku tak letak borang kat table nurse.. Cmane nurse nak pass pada Doctor :-( Kat situ terjumpe ex-scho0lmate, die demam dah 3 hari tak baik. Get well s00n Junaidah! Bile dah dpt result HIV, aku teringat psal Thalassemia. Tunggu lagi utk amik darah pulak.. Alhamdulillah result negative :)
for thalassemia
Perut memang lapar tahap petala tujuh. Budget takdela lame sgt nak buat test, tu sbb kuar umah tak makan pape. Bawak keta pun lajuuu je sbb tak sabar nak main dgn 2 budak kecik kat umah.. 2 jam aku keluar, 2 budak kecik kat umah tak nak tido!! adoii sorang usik sane, sorang panjat sini.. Pastu berborak 2 org.. comelnesss~ tp aku dgn AFIQ still tak nak anak before kami celebrate our 1st Wedding Anniversary~ Bile Adam dah balik, sempat la aku pejam mata sekejap.
 +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Friday, 3rd February: Saje menyibuk ikut MAMA pegi rewang rumah sedara kat Merlimau Pantai. Tetibe pulak jadik decorator bidan terjun..hahahaha.. tp tak snap pics pun.Segan sgt sbb tak pernah kenal pengantin..huhu Wedding theme is purple.. Baju nikah kaler coklat. diorang nikah after Isya'.. tak pegi sb ngantuk.huhu..
ni time bersanding :)

04 February 2012

Tentative 7 days

Currently I'm spending my time at homet0wn.. trying to settle down few things. Terima kasih B0S dan Terima kasih Kuala Lumpur sbb banyak state holiday.. YYyaho00oo!! Aku start cuti from 1st February until 7th February 2012~

Nak update pun malas sbb tak bawak balik cable so tak dpt transfer gambar. cerita tanpa piccas adalah sgt b0san!! kan?

 @ 1 February selamat sampai Merlimau. Terus terjah Pasar Malam beli ayam percik! makan dgn rice porridge pun dah rase heaven.


 @ 2 February pegi amik borang kebenaran bernikah kat Jasin dgn AYAH. pastu pegi Klinik Kerajaan Merlimau utk buat HIV Test & sengaja buat Thalassemia test.


 @ 3 February = AFIQ's 26th birthday! He celebrated his last birthday as single..muahaha! After Jumaat prayer, pegi ikut MAMA rewang kat umah sepupu MAMA.. Oo rupenye ramai lagi sdara mara yg aku tak kenal.heehuu.. tetiba jadik tukang gubah hantaran on the spot sb hantaran decorator die lupe dulang buah-buahan..


 @ 4 February nak pegi carik bridal boutique sbb boutique yg MAMA dah berkenan telah fully bo0ked!! uwaaa!! Pastu nak terjah tailor baju nikah (aku mcm ade perasaan tak best je ni) Rase mcm berat je nak pegi jmpe die. Adoi moga baju aku tidak menjadi disaster!


 @ 5 February tgah stuck in the middle.. either pegi sini or pegi sana.. haiyaa manya susah mahu dpt sebulat suara :(


 @ 6 February maybe bawak MAMA pegi Mydin cari some stuffs or continue cari butik or whatever lah yg MAMA nak buat. Ohh maybe nak tempah banner/bunting (4 pcs).


 @ 7 February back to reality..
Google mari
p/s: nnt bile ade cable, aku upload piccas..daa~