Followers

19 February 2012

Waktu 3 pagi

Hello my online diary :)

AFIQ bukan pelajar aliran agama.
Dia bukan pelajar sekolah agama.
Dia hanya belajar di sekolah biasa.
Dia tidak mengambil kursus agama.
Dia belajar di universiti dalam negara.
Dia tidak memakai kopiah sepanjang masa.

Tapi dia tahu maksud setiap baris ayat surah Al-Fatihah.
Dan juga rajin mencari ilmu melalui ceramah.


 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani 
Yang Menguasai pemerintahan Hari Pembalasan (Akhirat)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat...
Amin..

Terima kasih Allah kerana memberi dirinya sebagai jodohku.
Insyaallah, dia boleh memimpin dan membimbing aku.


"Sebaik-baik wanita ialah apabila engkau memberinya sesuatu, dia berterima kasih kepadamu, apabila engkau tidak memberinya apa-apa (kerana engkau tidak mampu) dia bersabar, yg dapat menggembirakan hatimu apabila engkau melihat kepadanya dan patuh kepadamu apabila engkau menyuruhnya" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

I'll do my very best for us.

2 comments:

Nanie said...

Alhamdulillah. Jodoh utk kamu..

bahIRAh said...

alhamdulillah..