Followers

31 March 2012

Cop & Kasut Nikah&Sanding

Hello diary :) 
Nak jot down moment jumpe Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk ---> Hj. Adnan
Before amik Borang Kebenaran Nikah, ramai cerita bab jmpe Hj. Adnan utk mintak cop adalah paling mencabar. Nak tau kenape? Sebab kena interview! Soalan yg paling 'HOT' ialah Doa Qunut. Kek Na dgn tunang (at that time) pun kena soalan yg sama, cousin kat Merlimau Pantai yg kahwin awal tahun 2012 & last 2 years pun dpt soalan same so kira mcm Doa Qunut ni favourite Imam Hj. Adnan.

AFIQ sampai umah on Saturday morning around 10am. Makan breakfast sambil buat revision Rukun Islam, Rukun Iman, Syarat Nikah and Falsafah Negara (lol). Bile dah duduk semeja dgn Imam Hj. Adnan, berdebar jugak hati.hihi..

Imam: Ooh pengantin lelaki asal mane? Dari mana?

AFIQ: Saya org Johor

Imam: Haa ade interview kan? Soalan ape kene tanya?

AFIQ: Doa Qunut, Syarat Nikah.. Benda-benda basic.

Imam: Haa biasa la tu kan.. Kalau dah kena tanya, saya tak tanya lagi lah.

Imam: Ni pengantin perempuan tau tak bace Doa Qunut?

Bride: Tau!

Imam: Kalau dua-dua dah tau, saya tak payah tanya lagi lah.
*tandatangan & cop Borang Kebenaran Nikah*

Allah permudahkan urusan perkahwinan kami :)

Pastu make copies and on Monday AYAH hantar ke Pejabat Agama. Insyaallah 2 April akan dapat kelulusan :)
==============================================================
Gaji belum masuk tapiiiiiiii berjaya beli kasut nikah&sanding! Terima kasih kepada diri sendiri sb tak cerewet dan tahniah kerana berjaya menjimatkan masa & tenaga..*tepuktangankuat-kuat*
made in Msia :)
Sesuai dgn title Pengantin Budget so beli lah kasut buatan Malaysia. Beli pulak time sale 50%, haaahh kauu jimat kuasa dua terus! If tak matching dgn Baju Sanding pun, aku tetap akan pakai. Lame jugak sebenarnya aku usha kasut ni. Berkenan pattern lagi satu tp beli time sale, mestilah dah takde size. Mungkin jodoh kuat dgn kasut ni, terus pick & pay! Now digantung blakang pintu. Another 2 weeks, Baju Nikah siap pastu bole praktis jalan-jalan dlm rumah..weeho0!

Kasut Nikah & Sanding    ^d0ne^

29 March 2012

lost at PLBKL

Ehh masa ni cepat sgt berjalan..hehehe. Semalam kena teman B0S attend meeting at Pusat Sukan Bukit Kiara. haihh..aku ingat takkan jejak lagi tempat ni tp after 7 years, datang balik ke sini.. Hurmm still same macam dulu..
 
AJK PLBKL 2012-2013
Abis meeting, my little sis fetched me and we go straight for dinner. Ade fo0ds kat situ tp biasela, I kan pemalu orangnya..huuuhuuaa. 
It's a new experience! Thank Goodness I survived!

27 March 2012

Wedding Review: Bunga Telur

These are my Bunga Telur to be placed in front of pelamin. Sponsored by my colleague yg sekian lama menyimpan Bunga Telur ini di rumah (katenye) but I sense that she just bought it last weekend.huuu.. gotcha! Whatever pun, I felt thankful and honored cause she still deliver as promised.. I requested for peach colour, dah bg sample warna but to make it a lot easier and I pun tak kene heart attack in case tak cantik (demanding ;p) I bagi another options which is white/silver or anything in between because I tau susah nak cari kaler peach.
100 pieces utk kiri dan kanan pelamin
 Dlm minutes meeting ade tulis nak letak pulut kuning tp tak tau la kalau lagi 2-3 hari terletak telur ayam pulak. hahaa bersedia utk menerima any last minute changes. Pelamin kami didominasi oleh white colour. Maid of Honor & Best Man pun insyaallah pakai kaler putih. Maybe yg berwarna adalah Bride & Groom. Decorations maybe ade colour peach and red. Tp tak banyak. Just a little touch here and there utk menambah cantik.. After our wedding day I just letak gambar je, malas nak review.
Ok bye!

25 March 2012

monthsary - 52

.Kami sudah bertunang selama 1 tahun 3 bulan. Sape pernah tunang lama mcm ni? hehee..
Bunyi mcm lama tp serious tak rase lama pun! Alhamdulillah dugaan sangat sedikit.hehe.. Ada org lain nak ngorat ke, kekasih lama dtg balik ke, berebut brg hantaran ke, None of the above.. Alhamdulillah, darah manis so relationship pun manis macam madu ;)

.We are committed in preparing for our Solemnization Day.
Alhamdulillah.. ;o
 Orang selalu cakap, time bertunang la akan keluar segala perangai yg tak nampak sebelum ni but for me, as long as ada tolerance and trust, nape nak besarkan isu? Bergaduh ni penat tau tak? Penat kat hati, penat kat kepala and paling penting buang masa. Belajar utk tolak ego ke tepi sikit. Kalau taknak tolak ego, baring and tido..lalalala~ Tapi lagi bagus kalau korang amik wudhu' and sembahyang sunat or sembahyang fardhu yg korang lom buat lagi time tu. Confirm akan rasa relax je.. Buat lah kalau tak percaya. Betul, eden tak tipu.

Kepada siapa aku berharap?

 “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepada Nya aku bertawakkal.”  
- Surah At-Taubah (ayat 129)

21 March 2012

I g0t some S0uVenirS..

My BIL ade company trip ke Bali (ekau ado?) so beliau bermurah hati bg souvenir keychain..kalau nak tshirt, kena la pegi trip sendiri tp mcm dlm mimpi je sb AFIQ tak suka Bali. Pening kepala katenye sb banyak sgt temple.

nak pergi Baaaliiii jugaakk!

My friend's dad pegi Beijing.. Orang tua saje berjalan abiskan duit ;p Beliau tergerak hati mahu bagi keychain ini pada ku sb katenye banyak sgt kat umah. Terima kasih daun keladi, bunga pahar tak bagi pun ;p
kate ade BIG FAMILY trip? bilakah?
Haaa yg ni sangat special! All the way from Kedah u'olls.. Thanks to B2B Scha Nur yg saaangaat bermurah hati nak bg Bio Gold Collagen Eye Mask.. wuuhuu lagi seminggu nak kahwin baru pakai..feeling bersinar la mataku..

Thank you so much!!
Walaupun this week agak tension dgn hal diri sendiri tp benda mcm ni brighten up my day... Eh lupe plak, my bunting design dah siap. Nak cek draft for wedding card pulop..
OOoolalalaalalala

 Ya Allah, may U ease everything for me and AFIQ..

18 March 2012

weekend at KaKak's place

Spending my weekend at KakaK's place. Penat melayan my nephew yg lasak and full with ideas.. Sentiasa ade extra energy tp bile dah ngantuk, terus hempas badan ke tilam and tutup mata.. Comelness sgt!!!

huhuu..kena kacau

muka layan perasaan
Gambar swimming takde sb tak bwak camera/ handphone. Aunties die pun tenggelam dlm p0ol.. hahaha.. After swimming, die tak nak tido lagi. Bagi milk, makan sikit, terus hempas badan kat tilam and tido sendiri.. muahaha! 

My little sis and BIL panjat Broga Hill.. tercapai la impian Ili nak tgok sunrise kat atas tu. Aku sedap tido kat umah. Reason tak panjat ialah takde sport shoe. Harap Maklum. Lagipun mlm tu tido kol 4am, syok berborak hal preparations dgn KaKak.

17 March 2012

AAM

Nickname si comel ini ialah Harry Potter. Sebab ada scar kat forehead..muuahaaha.. weekend ni nak campak die masuk swimming po0l!

muka mintak simpati..eee!!

16 March 2012

kain Nikah Part 3

Luckily drama kain Nikah tak seteruk yg disangka. At least kain tu cukup dan tidak berubah bentuk. Next step, cari tailor kat KL. Aku takde masa nak pegi bangunan MARA and kebetulan ada tailoring shop kat area office aku ni. She claims that she got tender from Istana Negara. whatever la asal price still beyond my budget.. Tengok a few baju kat situ, memg ade rase yakin. Ape pun, aku berserah.

Plan asal aku nak buat dress. Inspired dari gmbar bawah ni.cantik sgt (pd mata aku la). Tapi tailor wanita ini kate, kain aku tak cukup nak buat tail. Dpt buat sikit tapi die kate it will look UGLY. heh. A BIG thanks to my M0H , Anis sebab jadi peneman on the very last minute plan.. Owh lagipun kalau nak buat dress, price adalah sedikit mahal dari budget. Dah hujung-hujung masa ni, sila belajar utk redha.. Terhapus impian nak pakai dress time akad nikah.. *airmataairterjun*... Sebenarnya aku sedih sgt tak dpt pakai dress coz it's one of my impian tp aku tau, insyaallah ada benda lagi baik yg Allah dah tetapkan.
 
The outcome? Wait and see. Insyaallah mid April bole collect baju and wedding card. Fuuhhh dah bole rase jantung mcm nak terlompat keluar..exaggerate.heh. Tak sangka pulak ade Part 3. Dulu aku ingat Part 3 ni kain dah siap jadi Baju Nikah.. nan ado.. kena la tunggu lame sikit.. Insyaallah everything gonna be fine. Happy Weekend everyone!~

15 March 2012

Wedding Card: Part 2

Sabtu menjadi driver AYAH. Kami attend wedding saudara AYAH di Laman Seri Payung, sebelah MRR2. Seksa giler jalan MRR2 sebab KL dilanda hujan and banjir.

Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:
"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya."
Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya."
Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan hukumnya wajib (kecuali ada syarat)

AYAH sangat sporting dan selalu ada whenever I need him. I brought him to my wedding card vendor utk isi form and put some deposit.. Cool tak?hehe.. tak salah spent time dgn our beloved parents sementara mereka masih ada di dunia. Kalau kat h0metown kan, mesti tidur dgn MAMA AYAH depan tv. hehee..nanti dah ade suami, tak boleh tidur dgn MAMA AYAH lagi.. uuwwaaa!
Now, dah emailed them gambar for bunting and map for wedding card. Mode debar tunggu 1st draft. Hopefully takde drama sinetron and siap on time.. *praying mode*

Ya Allah, may U ease everything for me and AFIQ..

14 March 2012

Fieda dah kahwin!

Malam tu pegi majlis Akad Nikah my ex- schoolmate (SDARY)- Fieda. Kawan yg banyak membebel kat aku and aku suka panggil die 'Mak'.. hahaha.. Kawan yg sgt baik dan tak pernah berkira. Kitorg pernah duduk side by side time form 2.
hantaran kepada lelaki
kepada perempuan
 
ikut tema pulak..huhu
Malam Berinai - sanggul lintang
Syukur, my dearest friend dah selamat bertukar status :o Moga Allah permudahkan urusan perpindahan Fieda ke semenanjung sb Fieda keje kat Sabah. Husband die keje Klang, Selangor. Wuuwuuu aku sedih sb aku pun tak nak long distance marriage life. Last word, Congratulations my friend!

hantaranAFIQ - kasut futsal

Yeayy free & dating time! Hati rasa berdebar sb AFIQ dtg bawa Borang Nikah!! yeaa Borang Nikah Lelaki dah complete.. feewiit! :p Jom cari barang hantaran AFIQ

Haa I ade satu story nak citer kat sini. Haritu I ade buat entry risau pasal baju kan? So I pun terjah kedai beliau (tailor). Kat cermin tingkap ade signboard 'UTK DISEWA'.. Gelabah panas punggung la kan.. Pusing keta pegi terjah umah die pulak.. Selamat la tahu rumah beliau kat mane (Cikah bagi direction). Cakap lebih kurang (malas nak ingat dah) and dapat kain! Mcm mane kain tu dihantar 3 bulan lepas, mcm tu jugakla I dapat balik. Sebelum ni die kate dah potong kain la ape la semua PROPA!! AAArrgghhh!! On the way pegi Melaka, kitorg takde borak pasal kain tu pun.hahaha bengang aku bengang.

Pegi Mydin cari wedding present my schoolmate, Fieda. Pastu AFIQ kena attend Friday prayer. This time nak cari kasut futsal selepas beliau reject leather shoe.. Haritu ade survey so ingatkan kali ni terus pergi beli tp salah ye kawan-kawan..Tunang sy sangat cerewet so sy dengan senang hati melepak sambil main bola dlm al-Ikhsan sementara tunggu AFIQ pilih kasut.
bukan yg ini

Then fitting baju AFIQ kat bridal boutique.. Terlanjur ade mase free, cepat-cepat settlekan few things. Alhamdulillah baju takde masalah. AFIQ pun rase diri die hensem bile pakai baju pengantin..muahaha! AFIQ tak try full set pun. Cuma confirm colour baju, sampin and tanjak/ tengkolok.. Kasut sendiri punye. And myself kena tunggu awal bulan 5 baru final fitting.. Oh lupe pulak, fitting kat Batu Pahat lom buat lagi.. Insyaallah around April kot.

Settle urusan kat butik pengantin, kitorg terus vro00m ke Klebang sb nak beli Coconut Shake yg famous seantero Melaka.. Finally dapaat jugak rase Coconut Shake Klebang after 2 kali cuba nasib, kali ke-3 baru success! Maybe weekdays org yg beratur tak panjang sgt. Eh tapi mmg sedap laa. Lemak berkrim disukai ramai ;)


At the end of the day, kami sama-sama senyum lebar sb preparation kami right on track. Alhamdulillah. Tak sah kalau takde drama in any wedding preparation but despite all the obstacles, we manage to go through it. Alhamdulillah~

WW: RM20

Wordless Wednesday is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words.

13 March 2012

Rapid MLK

Kisah Khamis yg lalu.. My parents kan tak sihat sgt so I've decided to take leave on Friday. Khamis half day sbb ade keje sikit kena buat. I dpt tiket pukul 3pm. Reached Melaka around 5pm then naik Rapid Melaka balik Merlimau.. woowww hebat kan Melaka?? ade Rapid Melaka lagi.. Tempat u olls ada? !HAHAHA!

kosong je TBS

first step nak board into Bus Rapid Melaka!


Bus ni pendek and tak banyak seat. Sape cepat dpt duduk!
Driver bus ni tak polite la.. Die bawak laju giler pastu suka-suka je nak menyelit sane sini.. tahulah 'badan' die besar, tp agak membahayakan nyawa penumpang. Nenek yg tgah nak bayar dlm gmbar atas ni kan, time die nak turun dari bus, sempat lagi die membebel kat driver. Tp driver buat bodo saja.. tak memberi kesan langsung. 

Alhamdulillah both my parents are OK.. MAMA je kene batuk non stop. Ade ke patut, my mum cakap, I balik umah lagi buat die tak sihat sb I banyak cakap so die pun automatically akan kena banyak cakap jugak.. hahahaha tak kecik hati pun. Malam tu AYAH beli nasi pattaya and nasi goreng kampung for dinner.
Ibu Bapa adalah harta dunia dan akhirat :)
Moga Allah memberi kesihatan yg baik kepada kedua orang tuaku..
Amin Ya Rabbal Alamin..

07 March 2012

m0od SWing

This week kena mood swing.. Betul-betul mo0d SWing bukan cubaan dah. Maybe sebab aku period. Yaa, period is the best excuse utk diguna bile org perempuan bad m00d. Blame the hormones! Waaa~

Parents aku tak sihat sgt.. Last week, AYAH demam. This week MAMA pulak kena batuk-batuk sampai dah takde suara. MAMA kalau kena batuk memg teruk. Aku dah tak senang duduk kat ofis ni. Esok after office hour, aku akan pulang ke kampung halaman tercinta.. My dearest Mak Cik Win pun ade call tadi. Saje tanya how's the preparation?wawaawaa tetibe aku jadi seram sejuk.. Owh aku dah bo0king Mak Cik Win as decorator brg hantaran and Mak Cik Win pun tgah study sikit-sikit. hehe comel kan?

Actually aku ade kisah sedih. Sedih takde la sedih sgt. Lebih pada rasa GERAM & SAKIT HATI!!! Ade 2 kisah aku nak share. Harap sudi membaca..ecewwaah~

1) Baju Nikah: Aku memang letak high expectation kat Baju Nikah sb aku feel connected dgn kain tu. Yelaa, kitorg beli kain sama-sama kot. Then lace silver tu aku kirim kat ex-B2B Aida. Die belikan kat Indonesia. Cantik giler woo.. Aku nikah & sanding on the same day so chances nak pakai Baju Nikah sambil posing outdo0r adalah tipis. Aku dah plan nak pakai time kitorg pegi honeymo0n and time Raya2012. Pastu nak maintain b0dy and pakai balik time 1st Wedding Anniversary. Haaa kauu, kan dah keluar segala angan-angan aku kat sini..
Aku hantar kain tu in the middle of December, die promise nak siapkan by early Feb. Bile aku terjah kat kedai, kedai tutup. Bile call, die kate die dah pindah KL. what the??? Aku push nak kain, die kate die dah potong. Bile aku insist nak jugak kain, die kate bagi masa 2 weeks. Yesterday I called him again. Aku cakap nak baju this Friday. Memula kate tak siap lagi. Bile aku keraskan suara, die kate bole dtg fitting. what the???
Please..please Ya Allah. May U ease everything for me & AFIQ
  
2) Bunga Telur/ Bunga Pahar: She offers nak sponsor for my wedding. aku pun OK. A few weeks before, beliau kate beliau nak bertunang so beliau pun ke Jln Tar membeli barang-barang. Aku pun bagi la ribbon as contoh utk die cari Bunga Telur tu. Aku kate kalau tak dpt the exact colour, beli je colour putih.  Then she told me, she'll give after she got engaged.. Cut the story short, beliau tak jadi bertunang on the said date. Tak tau la hati tu hancur berkecai ke ape, bunga telur aku terus tak nampak bayang. Last Monday aku msg before pegi office, die tak dtg sb demam. Selasa aku msg lagi, dia kate terlupe. Hari ni aku malas nak msg, memg takdela die bwak. Just now aku tnye die, "akak betul dah beli ke belum?" She said "DAH. Benda tu ade atas almari dlm bilik".
Aku cakap lagi " Akak bawak la esok, sy nak balik kampung bole terus bawak" Die diam je. Bile aku mengadu kat AFIQ, die kate beli lain. Yang aku bengang, apehal kau susah sgt nak bawak Bunga Telur aku? Kau yg janji then kau tak fulfill the pr0mise. Kau nak jadi org munafik? Kau pegi keje pun ayah hantar smpai depan blok, still rase susah nak bawak? Kau jugak cakp, benda tu ringan. Sanggup kau semakkan bilik dgn Bunga Telur aku.. hummpphh aku nak menjeritt!!
---------------------------------------------------------------------------
Weekend ni sgt busy. Nak attend wedding my childho0d friend pastu jadi driver MAMA AYAH. If possible nak pegi Jln Brunei (TrueLove) utk isi form for wedding card, pastu terus pegi umah BIG BR0. Ahad pegi wedding kat Tapah, Perak. But everything depends pada condition MAMA AYAH. Living with my parents for almost 26 years, AYAH MAMA mesti akan pergi jugak wedding kat Tapah ni.
Ya Allah, aku mohon pada-MU, kurniakanlah kesihatan yg baik pada kedua orang tuaku dan seluruh ahli keluargaku. Hanya pada-Mu aku meminta pertolongan.


AFIQ tengah struggle nak dapatkan tandatangan Penghulu bagi akuan status bujang. Penghulu kan sibukkk sgt kalah Menteri Besar and he spent 3 days just for the sake of Penghulu's signature. Mengarut! Takpelah, anggap je benda ni dugaan. Biar die rase pressure sikit..hahaha bole tak camtu? Alhamdulillah, Borang Nikah Lelaki dah complete. AFIQ kena buat appointment dgn Pejabat Agama sebab ada interview.
Please..please Ya Allah. May U ease everything for me & AFIQ

05 March 2012

Wedding Card: Part 1

Jumaat malam Sabtu kan hujan sgt lebat.. Kitorg yg kelaparan decide nak gune delivery service. Call Dominos takde jawapan. 2nd options is Pizza Hut Delivery.. kat situ tulis 30min delivery tapi kitorg tunggu almost 1 hour!! 2 kali aku call customer service asking for delivery status. Hujan lebat sgt sampai tak jumpe jalan nak dtg umah aku kot.. takpe, kami memang insan terpilih..hehee..

Pagi Sabtu dah kebosanan..cuaca pun sedap je nak tido lame.. Me & my cuz layan hindustan TV3 pastu nangis non stop. ok itu tipu.HAHAHA. Bile tgok luar, hujan mcm dah berhenti. Elok je motor gerak, hujan lebat! My cuz terus pecut pegi Romantika Seksyen 4, Wangsa Maju..tumpang berteduh sambil cuci mata jap.
vanilla
I woke up early in the morning on Sunday!..aaaa tak bole terima! So paksa mata tutup balik dlm stgah jam. My little sis ajak pegi AEON Setiawangsa, ade Pameran Pengantin. Malas nak pegi sebenarnya tp pegi jugak sb bosan dok umah.. Perut dah lapar tp singgah tgok bo0th dulu. Tak besar sgt pun. More pada catering services. Kad kahwin ade sikit, jual cenderamata pun ade. I lebih excited nak compare price for wedding card. Bile dah abis kutip semua pamphlet wedding card, lepak makan sambil wat kira-kira, msg Kek Na and call AFIQ.
Ili belanja each a cup :)
Hati dah berkenan kat promo di bawah. Memang nak yg lagi murah tp kualiti kertas tidak menepati citarasa. I think 0.38sen per pcs pun dah jatuh tahap termurah. Jgn la nak compare my price dgn your wedding card 2-3 years back..ahahaiii..
sy pilih pakej ini
piwitt..dah bo0king!
Ade baca some reviews from b2b yg buat wedding card kat sini.. Ade yg encounter some problems, ade yg smo0th je. Hopefully proses pembuatan kad kami berjalan lancar. Now nak cari masa nak pegi kedai, pilih design and isi form. AFIQ nak pegi kat Bangi and me myself dah jumpe person in charge for Bangi's branch. She looks nice and cooperative. I asked for direction, die draw map lagi.

This weekend fully bo0ked. Hopefully before 31st March dah settle 1st draft. AYAH pun dah tanya bile nak submit borang nikah. AFIQ akan submit to pejabat agama by this Thursday. Then tunggu kena panggil for interview. Bile dah lulus, baru bole bagi pada pihak perempuan. Later baru aku update pasal that part. Sekian..

Semoga Allah mempermudah dan memberkati segala perancangan kami. Amin..