Followers

29 May 2012

4 days more! *sweating*

Update laju-laju sangat laju.. cuba korang tengok jam kat laptop/pc/dinding... haa betul, 1.45am and I'm still awake. memang mata sembap.wakakaka. OKlah nak cite sikit, last Friday pegi Malacca Spa, Setapak. Dapat la rase orang urut-urut badan, buat facial sampai tertido, perut macam udang kena bakar sebab kena wrap dengan hot blanket! Overall service quite ok, not bad. Best sebb takde org so rase macam diri orang penting.relax..

confirm tidooo
And also that day was my first time driving a van! Yup, bakal pengantin drive van bawak do0rgifts! muahaha! Selaaammberr layan cruising dengan cuaca panas terik. Elok je sampai umah, semua bising suruh pegi urut badan. Yolahh nnt Rabu or Khamis boleh mintak Nek Minah datang. Memang badan mcm rase tak best pun.

Alaaaa Sabtu takde gmbar pun! Anyway, hari itu my cousin's E-day but I tak pegi. Ayat cliche- kuarantin- After habis majlis, my aunties datang rumah, tolong kopek bawang, pastu borak-borak and sambung kopek bawang lagi. My MAMA nak buat acar buah. Serious memang sedap menjilat jari. Confirm tiada kompromi :)

Ahad ade mission dengan Aliya.. thanks babe sebab teman and tolong aku settlekan few things. kutip pengalaman sikit kan..hihi.. Cake dah tempah, abg Izad akan pick up on June 1st. Then Aliya nak pegi private event kat Jeti Melaka Raya (kot?) Kitorg membeli beberapa barangan.huahuaa aku pun terjebak beli lipstick tapi mcm sama dgn current lipstick. kwang3x. Brand yg ada is Maybelline, Loreal and Garnier. Pastu siap ade jual pregnancy test. Aliya promote kat aku.. hahahampeehh!!

nama beliau Aliya

Handphone memang non stop asyik dapat call je.. itulah, inilah.. Paling tak bole blah, suruh balik cepat!? Haihhh pengantin stress! Ingat keluar suka-suka takde tujuan ke? Kan dah mentioned in previous entry, ade few things kena settled by myself. Daaaa~ Pegi bridal, confirmkan accessories and all and u know what? on the same day, mereka deliver my pelamin to my house!! yeeebaaaa!~ belum pasang pun tapi u know la the feeling kan? serupa taman ada air terjun pelangi.. shho00hh.. hahaa cabuuutt!

Syukur Alhamdulillah :)

25 May 2012

the 54th monthsary.. Finale!

Sedang on the way balik Merlimau with my AYAH.. angkat do0rgifts even ade yg belum siap sb MAMA nak umah bersepah. Baru dtg semangat nak buat kenduri kahwin katenye.. MAMA tak puas hati selagi do0rgifts tu tak berada depan mata die &___&

This is going to be our last monthsary..after this WEDDING anniversary!! Alhamdulillah.. few days after 54 bulan berkawan, kami akan build our own "MASJID@FAMILY"! Alhamdulillah~

W A R N A

Lihat pada si pelangi
Seribu satu dimensi
Warna sari dalam sinar hidup kita
Menghiasi alam ini
Inspirasi dunia seni
Ku syukuri cenderamata Maha Esa

Dalam ku mencuba mengejari cita
Aneka warna nan menawan hidupku
Cinta teman setia menolong segala
Terima kasih ku ucapkan padamu

Oh warna warna pada dunia
Ku terpesona, kau teristimewa
Oh warna warna bagai bicara
Menyelit hati sanubariku

Ada kalanya kelabu
Membuat hatiku pilu
Tersenyum ku bila warna ceria tiba
Berbagai cerita rupa
Emosi suka dan dunia
Mewarnai kehidupan alam maya

Warna sari pagi mendamaikan hati
Tergambar indah suasana di jiwa
mixed feelings ^__^

24 May 2012

Going to Spa..lalala~

Yeayy finally dapat buat appointment so wait for my review! Excited sbb 1st time nak masuk spa. Sempat jugak curi masa even kena EL just for the sake of beauty ;p Lupe pulak, I beli voucher ni kat Milkadeal.. Jimat poket ku~

RM29.90 instead of RM395 for Full Body Hot Blanket Wrap + Ginger Massage + Body Fit Massage + Face Spa at Malacca Spa, Setapak [92% OFF]

  • Full Body Hot Blanket (Np: RM150)

  • Ginger Massage (Np: RM90)

  • Body Fit Massage (Np: RM90)

  • Face Spa (Np: RM65)

  • Additional RM10 for Anti-aging Detox Fiber Drink. Comes in 3 flavors:
    • Orange
    • Kiwi
    • Strawberry


----- Another 9 days to the Day!! weeee~
Ya Allah, Kau limpahkanlah rahmat ke atas Majlis Perkahwinan Nurbahirah & Nurrafiq.

23 May 2012

10 days before the Day!!

Dah puas cakap kat diri sendiri, jgn counting days sebab mesti akan gelabah kak nam. muahaha.. Bile scroll down nampak wedding tickers tunjuk lagi 10 hari~ Nervous, takut, risau semuuuaaa ada! Macam-macam ada dlm fikiran ni haa.. tak tau la mampu terluah ke tak. sshhh nak citer dalam blog pun kena cut off certain part sb boleh menimbulkan kontroversi..hehehe..
Apa yg kena update ea? Haaaa pasal sesi memanjakan diri di Spa belum sempat nak buat..kwang3x.. Voucher dah lame purchased tapi bab nak cari masa tu Ya Allah, punyelah penuh je schedule. Insyaallah by this Friday akan pegi spa. Opps kena amik gambar skali for Kad Akuan Nikah :)


Sabtu nak jumpe kawan sekampung-distribute cards (lambat nau!). Ptg nak jumpe cake decorator. Malam focus pada do0rgifts and TV.hehe. 


Ahad kene kemas umah..habis semput laa.. pastu ade appointment dgn bridal nak pilih accessories and all. Angkut baju bawak balik umah.


Isnin keje, tinggalkan duit pada my little sis utk bayar utilities, pegi pasar malam beli kebab or burger. Tido awal.


Selasa keje tapi fikiran dah kat kampung. Insyaallah AYAH dtg amik sb beliau risau dgn anak dara berdarah manis ini :p Maybe akan drop by kat Bangi amik accessories for nikah attire.


Rabu :-
  •  Bridal dtg pasang pelamin
  •  Basuh baju nikah
  •  Sibuk dgn d0orgifts thingy
  •  Relax, packing baju untuk pegi umah in law

Khamis :- 
  • Khemah start pasang
  • Ada bacaan Yassin
  • Bilik pengantin kena touch up 
  • Deco hantaran, Guestbo0k table
  • Buat-buat sibuk and relax
  • Pakai inai
   
Jumaat :-
  • Assign org utk amik cake
  • Rewang..masak memasak di bahagian belakang rumahku syurgaku..
  • Pakai inai.
  • Make sure everything cukup and clear.
  • Relax and sleep early because tomorrow is MY BIG DAY *__^


  Ya Allah, semoga Majlis Pernikahan dan Majlis Kenduri Nurbahirah & Nurrafiq akan berjalan lancar. Kurniakanlah kesihatan yang baik kepada semua pihak yang terlibat dalam Majlis kami ini. Hanya pada Mu aku meminta pertolongan..


WW: Patience.

Wordless Wednesday is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words.

 

Wafa 1st Birthday!

Makan time! yeehaaa~! Last Saturday ade birthday party for Wafa Irdina~ aku ni sepatutnya dah kene kuarantin tapi makan punye pasal, keluar jugak dari tempat pertapaan.hahaha itu pun dtg dgn my eldest sis, BIL and Muammar (Adik). Bile sampai je kat tempat parking, my uncle dah sakat. Eh..Eh.. ni apesal datang? patutnya kena kurung.
 

seriously yummehh~
Gilo ke apo datang jamuan makan tapi tak makan?hahah!! Aku makan banyak giler. Tak sia-sia demam sampai hilang selera more than a week. Aku refuel secara non stop. Sampaikan my eldest sis pun pelik sebab aku makan tak berhenti dari mula sampai umah Kak Sabar hingga nak balik.kuikuikui.. Busu Reena aku pun sound "oo pengantin, tak takut ke baju pengantin tak muat?" hehehe tapi mulut tetap penuh dgn makanan.  U name it! ade putu mayam,roti jala, soto, mee hoon, mee goreng, apam polkadot, coklat, jagung, nugget, kek tiramisu, caramel pudding.. eh memang banyaklah. Ada yg aku tak sempat rasa sb dah makan banyak sgt.
birthday girl with Bonda~
Balik tu tapau makanan lagi.. Reached home around Maghrib. Main-main dgn Muammar then sambung makan. Pastu tidur kekenyangan.hehuu.. On Sunday, tak makan seharian. Budget nak neutralize badan laaa.. Tetapi, my little sis bawak fo0ds from Merlimau cooked by MAMA. Ayam Masak Kari and Ikan Sambal.. Walaupun takde kicap, aku tetap makan sampai licin. Bile suap nasi asyiklah rase nak menangis.. Apakah??

Kesudahan kejadian, aku puasa ganti on Monday and Tuesday.. Dapat jugak pahala [puasa sunat] Rejab :))
engineer kecil.amin..
The latest edition of Hj Yusof's clan takde pun celebrate 1st year Birthday. Takpe Adik, awk lagi hebat sb share birth date dgn Ibu. And awak lahir pada hari Jumaat penuh barakah. Tunggu awk dah pandai cakap or dah pandai pegang pisau potong cake, baru kite celebrate birthday.. Okies~

21 May 2012

Dinner LBwKL

Tetiba B0S suruh attend dinner on May 16th. Ahaiii mari la kite makan FREE!hehe.. kena jadi bidan terjun utk registration counter and usher. Start makan kol 8.45pm. Haruslah aku berlari pegi amik fo0ds. wakakaka laaapaarr.. bon appetite!
live band perform
org lain sume dah balik
Majlis tamat dalam kol 10pm.. Senyum, salam and say bye bye! eh lupe nak bitau, fo0ds sedap gilerr! serious sedaaaapp saangaat!

20 May 2012

Crab is ketam!

It is time for BASELISH! Dengan mereka ni memang tak bole plan. tup tup terus jadi and terus sampai ke tempat dituju. Sepatutnya dah kene kuarantin tapi nak wat camane, sometimes we should break the rules! Kejadian berlaku pada 15 May 2012.

Last week selera hilang kan? haaa oleh sebab hari ni langkah kanan, maka si bakal pengantin makan tambah 2x! hehuuu~ kalau malu, anda lapar.. So sila la jgn jadi pemalu..heheeh tuan umah pun masak banyak and suruh kitorg habiskan.
terbaaeekk beb!
Aku bile makan benda pedas or masak lemak, kicap kene ade. Be it kipas udang or Jalen as long kicap manis. Kalau kicap masin terus potong selera.hahahah!

Malam ni jugaklah semua nak buat kisah sedih kitorg akan berpisah.hahah konon-kononya susah nak jumpe sb insyaallah after married, aku ikut suami pindah Johor. Tapi sempat lagi aku request hadiah kahwin best-best.haha diorang pun layan je. Tak serious pun. Hopefully this friendship remains forever. Lokasi lepak pun kene cari yg baru..muaha!

kisah d00rgiftS

Dah pernah buat Wedding Review: D0rgiftS tapi yg ni review lengkap..haha!

Aku kene demam teruk 4 - 7 May.. memang terlantar je. kepala berat, selera hilang. Dalam seminggu lebih jugaklah takde selera makan. Asal makan je mesti tak abis. sedih betul. So the next Saturday (12 May) baru keluar umah jumpe matahari. Syukur Alhamdulillah ade sahabat setia susah senang yg sanggup menolong :'( U know who u are babe :)

Around 11.30am pegi QualityPack, Puchong and collect 15 boxes. Pastu angkat naik ke tingkat 4 (heheh hebat giler). S0lat and rest kejap, keluar balik beli 30 packets mini fruity pudding kat NSK Setapak. Then pegi Melawati cari organza bag tapi tak jumpe. Beli boxes mcm dlm gambar bawah ni specially for friends. Malam tu terus start packing..huhuu~
Pagi Ahad dah kene gegar dgn Iliyak. Laju-laju die bersiap nak pegi Semua House. Pusing-pusing sambil cuci mata and cari organza bag. Still tak jumpe yg within budget (poket makin kempis). Sorang akak tu kate try pegi Level U5, Sayang You. Yeayyyy!!! jumpe lagi murah dari budget! Alhamdulillah syukur!


Sempat lagi kena paw dgn my little sis. Sibuk nak beli tudung bawal crown..haihh~Now proses packing sedang giat berjalan..hahah DO NOT DISTURB.

18 May 2012

2 weeks to go ^__^

Assalamualaikum semua.. 

Lama jugak aku biarkan blog ni takde update. Sangat busy dan sgt penat.. huuu tak larat dah.. more or less ade lagi 2 weeks before the BIG day.. Preparations still on going.. For now concentrate on d00rgifts. Tudung nikah pun baru je beli last Monday..

macam-macam nak share tp tak syok la kalau takde piccas.. Insyaallah malam ni aku try update secara marathon ;p

I pray everythings gonna be fine and near to perfect.. Amin Ya Rabbal' Alamin..

10 May 2012

Lumba lari ke?

Tak sangka.. ramai jugak yg bersetuju dgn statement aku ni.
Kirenye aku mempersiapkan mental & fizikal jugaklah.. sebab after kahwin, mesti org akan tanya bile nak dpt baby.. Aku memang suka baby tapi utk ada anak sendiri, tunggu lah aku dapat duduk serumah dgn suami.. Tapi manusia merancang, Allah menentukan. Kalau belum duduk serumah dgn suami dah 'lekat', tanpa berlengah, aku akan terus pindah stay dgn die.. heheheh... Aku tak pernah pressure nak anak cepat-cepat sb adik beradik aku semua dah bagi cucu kat parents. Lengkap lelaki & perempuan. Now Kek Na tgah try nak conceive.  Tak best la nak pregnant sama dgn die..hahah.. Dahla die berpantang kat Labuan.. Takkan nak cut into 2 kot MAMA kami..So aku kene bagi laluan kat die dulu..

04 May 2012

1st & final fitting at BP

Terima kasih kat B0S sb bagi cuti.. Jimat annual leave.. yeayy bole cuti lebih sket for wedding ;p Cuti on Monday sb nak buat 1st & Final fitting kat Batu Pahat.. hahaah laagi sebulan baru terhegeh-hegeh nak decide outfit and colour. Company AFIQ bring forward cuti Pertabalan Agong (11 April) on 30th April. Urusan yg dipermudahkan, syukur alhamdulillah..
cuubiiittt pipiii
I'm quite nervous because this is our last meet up before our Solemnization day on June 2nd, 2012 :) Call me conventional or orthodox whatsoever but I don't mind.. memang I dah niat dari dulu time bujang lagi, a month before the wedding day, I tak nak jumpe My Fiance (AFIQ). So every single thing kena settle a month before. Documents dah settle on March.. Barang hantaran pun dah habis cari and pass over to him. Yeayy!

Vendor for baju and make up + deco Meja Beradap is Pesona Andaman Mar. Pengantin area Batu Pahat boleh try survey.. Lokasi berhadapan CIMB Bank kat Carrefour/ Square One BP. Last Monday Kak Mar takde, so jumpe dgn Nana.. she's one of the staff kat situ. Actually dulu time survey pun jumpe dgn Nana jugak. Bile AFIQ put depo baru jumpe Kak Mar. Hopefully Kak Mar sihat wal'afiat and dapat perform on my wedding day..hehe

After lunch, tgok wayang Avengers 3D!It was awesome! siap terkejut-terkejut..hehe..

On the very last minute, AFIQ nak tukar barang hantaran. Tapi I memang ada keras hati sikit, so I nak stick to original plan..hihi ampun awk.. Bile kite dah sah, baru saya akan ikut cakap awak.. ;) Pencarian our last brg hantaran continues. Pusing-pusing 3/4 kali, cepat-cepat panggil salesman and tadaaa~~... We bought our last brg hantaran! Sirih Junjung, Cake & Coklat consider done. Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. Semoga majlis berjalan lancar dan tetamu selamat datang & pulang.. amin..

AFIQ dah 2 hari demam, I baru nak start demam.. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan yg baik kepada semua pihak yg bakal terlibat dlm
<3 Majlis Perkahwinan Nurbahirah & Nurrafiq <3

03 May 2012

Inspektor Pejal kahwin!

Wedding seorang anggota polis dan seorang cikgu.. Kami 8 orang (AliAisyah 99-01) attended the wedding reception on 29th April 2012

Inspektor Pejal & Cikgu Izza


kek ni dorang sempat potong je
abe long & kak long kami~
Dah habis bergambar, kitorg pegi makan cendol kat Alai.. Thanks to Abe Long yg belanja kami minum cendol and makan pisang goreng.. Danial elok je tido..huuhu. After that singgah umah Izwan & Pjot nak drop wedding card.

Sampai je umah, refresh diri and keluar balik dgn Mama Ayah.. nak distribute kad pada saudara mara sekitar Melaka.. fuuhh penat..

02 May 2012

WW: -Don't Torture Yourself-

Credit to Metro Ahad on April 22nd, 2012
Memang confirm lepas Raya Aidilfitri, aku nak moving out from KL. From city centre to industrial area, it's not a BIG issue..

As long as I have my husband beside me every nite and day :)