Followers

03 November 2011

sayap Kota Kinabalu

Actually tak berapa proper sgt la planning pegi holiday ni.. NO checklist, NO hot spot places to visit, NO idea why everything so sudden. Aku nak dtg Sabah time single.HAHAHA.

Aku pegi dengan Pjot, malas nak ajak ramai-ramai sbb mesti tak jadi.. nenek kawen la, kucing beranak la, officemates buat housewarming la.. So aku pun diam-diam survey tiket .. Pjot pun asalnye banyak sgt hal sampai aku dah malas nak cakap apa-apa.. Aku kate terpulang kat die nak ikut ke x. Korang bayangkan, tiket pegi dapat murah, RM39 tapi tiket balik RM149.. Bengang x? The reason why tak beli return tix sbb Pjot tak bagi confirmation. After tanya org sane sini, sume kate beli je sementara tgh murah.. So aku purchased 1 tix before raya. time tu slot lain sume abis so aku dpt flight Sunday morning. AA pun satu hal jugak, mentang-mentanglah murah and die tahu ramai yg desperate nak naik kapal terbang die, suka hati je tukar-tukar slot. Sebelum raya tinggal 2 flight (early morning & midnite), lepas raya je ade semua slots!

Pjot pun gelakkan aku gegiler sbb bg die aku ni kerugian la sbb masa berjalan dah jadi pendek. Tp aku senyap je, malas nak bertekak. Pjot pun amik tiket ari Isnin tgahari sbb dia nak berjalan puas-puas.. Malangnya ............................ Kesimpulannya aku la yg bertuah sbb balik awal :)

Flight hari khamis, eh lupe nak mention, ini adalah percutian budget. SANGAT BUDGET. sbb takde tujuan kan, so everything strictly depends on budget (aku nak kahwin ooi).. Plan asal ialah aku akan half day tp sbb Rabu mlm aku tak bole tido so aku tak bangun pegi office. Sempat lagi shopping groceries kat Jusco and had our lunch then balik umah packing brg. Naik LCCT bus kat KL Sentral (RM9/pax). Alhamdulillah, sampai je LCCT, hujan adalah sgt lebat sampai gelap gelita.
partner
Landed around 11.30pm, Ain da tunggu depan pintu Terminal 2. Husband Ain pick up n bawak pegi makan sbb me n Pjot tak makan atas plane. Sempat makan burger je kat LCCT. Kitorg lepak tepi laut borak-borak and my little sis call nak wish happy birthday! I pusing je nampak Zaiman tgh pegang kek and die otw ke arah kitorg. Blur sekejap tp rase nak nangis :')

25 tahun!
Ain, Jannah n Pjot :)

1st food kat Sabah
Then sambung borak kat umah Ain tp Pjot surrender dulu.. Jannah n hubby Ain pun dah surrender.. Mata aku tak dapat tutup so layan tgok TV. Ain pun dah tertido..hehehe.. around 4am baru aku dapat tido.. Esok pagi terjaga tgok matahari terang giler! bile tgok jam, perghh baru 7 lebih beb..haruslah mata aku tutup balik..hehehe.. Ain pun gegar suruh bangun sbb nak pegi snorkel!

Otw nak pegi breakfast, drop Jannah kat tadika.. sedih je muka Jannah sbb die tahu kitorg nak pergi berjalan..hehehe.. tetiba keta kuar asap.. time tu dah nak sampai tempat breakfast. Fuuhh jom isi perut! Agak terkejut la perut aku nak terima nasi pd pukul 10am.. Tapi I tell u la, org masuk kedai ni sebab nak makan Nasi Ambak! takde order benda lain sampaikan aku terus tak jadi nak order makanan lain.. err sebenarnya takde makanan lain pun.. Specialty kedai ni ialah Nasi Ambak.
Nasi Ambak RM3.50...errr biase saje
tgah tggu keta repair
Faiz amik kitorang dan drop kat Jesselton Point. Syukur ade kad matrix so dapat la harga student..weehee! Pegi 1 pulau je sbb time tu dah 12.30pm. Sorang kena bayar RM 27, ferry RM 3.60 dan sewa google RM10.. Life jacket RM5  tp semua berlagak pandai berenang termasuklah aku. Eh aku mmg pandai berenang pun ;p

video


Pulau Mamutik!
nak masuk park kena bayar RM 3 per person
Harap maaf... gambar semasa mandi tidak dapat dipaparkan tp mmg akan mengucap panjang tengok betapa indahnya dasar lautan :)) Tak payah pegi fish spa yg kotor tu, sini free je.. memang kitorg terlompat-lompat dalam air~ tapi batu karang pun banyak sampai kaki ku luka. Padan muka tak sewa life jacket ;p
Last bot pukul 4pm
video

cop mohor Mamutik
Giler la kitorg tak lunch langsung! Ain n Zaiman nak kena balik amik Jannah and settle few things berkaitan business diorang so me n Pjot ditinggalkan kat Suria Sabah. Patah bahu jugakla sbb bawak beg isi baju basah.. whuaaa!! tapi best sbb SA dalam ni tak judge appearance pun.  Aku siap test minyak wangi berbotol-botol lagi.. Owh aku ade dapat birthday gift from Yves Rocher so redeem kat sini..hehehe double joy for today!
redeem my birthdy gift
After 4 hours wasting time dlm ni, Fieda comes in picture! Yeay another friend of mine! She's working in Sabah as a nurse at Queen Elizabeth Hospital. Fieda tertido sbb die baru balik keje..Then die belanja kami kat sini! Aku terus order Carrot Susu Jumbo RM5.. kat sini jugak 1st time aku makan SAYAP read: Chicken Wing. kelakar kan?

Jalan-jalan tepi laut amik angin pastu terjumpa ketam yg besar!! heheh takde gambar sbb tak sempat. Aku nak pegang tp Fieda tak bagi. Die kate takut kena kepit..huhu. Sampai umah Ain dalam 11 lebih. Aku teman Jannah makan sayap then aku tgok TV jap.. Kol 2 baru aku masuk tido.

3 comments:

LisaLisut said...

bestnya.u ade experience pergi ke suatu tmpt as single.let me think i penah ke ek? haha. penah la masa single tp bf ikut skali ms bercuti dgn gf?count?hahahah.

bahIRAh said...

haha I saje nak celebrate birthday without him..

Dalina said...

sian jannah kene g tadika...haha