Followers

31 October 2011

BBF Lieza: 11 things


Whuaargghh seronoknye balik dari short getaway!! nnt I upload piccas ok..hehee..

Kena tag dgn Lieza pulak!! jom jawab!

1. Where do u see yourself in five years time?
Ade husband, ade duit, ade rumah, ade kids
 
2. What is your dream?
Heaven
  
3. Can u keep a secret from your bf/fiance/husband?
Tiada rahsia antara kita :o
 
4. Who will you share your problem?
Family & fiance  

5. If you are not what you are today (your job) what will you be?
Tengah sambung Master 


6. List down things in your wallet.
ATM Card, IC, calendar, money, business card, picture! 

7. How many shoes do you have?
errr..countless..hahaha!
 
8. If you have RM1million in cash, what will you do?
Buy a house, perform Haji, simpan for future
 
9. What is your first handphone?
 NOKIA --now I hate Nokia 

10. What is the wall color in your bedroom?
 Pink cair kot..MAMA's fav colour. tu pun I ade cat kaler biru sikit..haha

11. Will you answer all the questions above? (",)
YUP!

28 October 2011

25y/o at KK, Sabah

Scheduled post

Alhamdulillah safely arrived in Kota Kinabalu International Airport! 

I'm 25 years old today!

Alhamdulillah..terima kasih ALLAH di atas semua nikmat dari Mu..

I just wanna breath and feel the fresh air..


* AFIQ, jgn lupe my birthday present! Next year kite celebrate together as husband & wife.. Insyaallah..

27 October 2011

BBF Zimie: 11 things

Today is Public Holiday (Deepavali) dan sy sedang seronok bermalasan di rumah..hehe.. Bile bukak je blog, b0O0m!! kena TAG dengan Cik Zimie

Syarat-syarat nya adalah :-



1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

 [11 things about bahIRAh] 

1) Anak ke -5 dari 6 beradik. Lahir pada 28 Oktober 1986.. ehemm..cuba kira how many days left?

2) TAK PERNAH berambut panjang sbb for me, menyusahkan. hehe.. Ini tak bermakna rambut sy mcm askar..masalah akan datang ialah AFIQ dah suruh saya simpan rambut panjang sebelum kahwin.huahuaa..maybe level bahu je. bole kan awk?


3) TAK SUKA SAYUR! Member rapat mmg dah cukup faham pasal ni. Sanggup makan sayur dari pinggan sy. Bile kat kedai makan, sy akan cakap jgn letak sayur!hoho! ade 2 types of veggie je yg sy bole terima, SPINACH sbb Popeye & BROCCOLI sbb mmg sedap!

4) Sangat suka tengok FIREWORKS!! Ternganga depan tv time New Year 2000 tgok fireworks..abis je terus masuk tido bersama perasaan yang tak bole diterjemah dgn perkataan.

5) BERANI bawak kereta since umur 14 tahun setelah dicabar oleh AYAH sendiri.haha..pastu terus dpt job sebagai driver tak bergaji. Relax je Melaka-KL tp AYAH ade kat sebelah la (tido!). Skrg ni, nak speed pun takot sbb FMIL seorang Polis! Anak beliau sgt ikut peraturan..tp kadang2 rasa melayang jugak keta tu ;p

6) Ape lagi nak bitau korang ea? hurmm.. haa, dulu time kecik, aku suka sgt KAYUH BASIKAL.. pegi skola rendah kayuh basikal, pegi skola agama pun kayuh basikal, pegi playground pun kayuh basikal.. Sayang giler basikal tu even bukan BMX. basikal aku dulu stok girly siap ade bakul kat depan.bile tayar kempis, pegi pump sendiri. bile pancit, kena standby RM2-3 nak tukar tiub.

7) Pernah GADUH dgn seorang lakiTAKguna sampaikan kaki ku singgah di sebelah anunya.. Haa dasat tak? Sakit hati sb sebelum tu aku kena tolak, badan aku terhentak kat bucu tangga, handset yg baru beli beberapa hari tercampak. Haa amek kau, aku tendang sekuat hati! Boleh kalau nak tendang kat sensitif part tp aku tanak amik risiko die jadi mandul.ngahaha!

8) 1st time JATUH motor disebabkan lakiTAKguna. tahap langit ke-7 aku menyampah dgn die.. ade ke patut, die marah aku jumpe classmate kitorg, of course lelaki tp jumpe kat cafe sb member aku nak nasihatkan aku jgn kawan dgn lakiTAKguna, then die bawak motor laju-laju. Dahla jalan basah & licin sbb baru pas hujan. Aku jatuh kat roundabout lepas tol Bangi. Syukur sgt time tu takde keta and aku pakai sweater tebal gile. Aku luka sikit je kat jari kaki. lakiTAKguna dpt parut besar kat wrist. Allah bayar cash beb.

9) Aku suka MENYANYI dlm keta. tak kisah keta sape pun.. dalam taxi pun aku pernah nyanyi sampai kena siku dgn kek Na sbb time tu nyanyi kuat sgt..tak ingat lagu sape tp lagu era Francisca Peter..masa tu aku still kat skolah rendah.

10) esok mlm akan ke KOTA KINABALU for the 1st time! Kundasang, tunggu aku~

11) Sedang GIGIH buat survey and research for my wedding next year!

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Cik Zimie tanya so bahIRAh jawab (",)
 
1) Adakah anda rasa anda HOT?
YA! 
Confidence level kena tinggi okeh..
 

2) Upload gambar dekat wallpaper laptop/pc yang anda guna sekarang.
Smart kan?hehe cilok AFIQ punye..

3) Bila kali terakhir anda makan fastfood? Berikan nama restoran/kedai tersebut.
Errr..ni susah sket sbb dah lame tak makan..oh baru teringat, time hang out last week ade beli muffin Kenny Rogers! menjawab soalan tak?
 
4) Korang masa kecik-kecik cita-cita nak jadi apa sebenarnya? Berjaya capai tak?
Haha..every year mesti berubah tp Penasihat Undang-Undang maintain dalam list sampai SPM. Dah half way tp Allah bg rezeki lain yg lebih baik :)

5) Lagu terakhir yang anda dengar?
 Papi - Jennifer Lopez.. comel giler!
 
6) Macam mana life korang sekarang? Best ke tak best. Rate 1 (kureng) sehingga Rate 10 (sangat best asbestos meletops)
BEST! Rate ialah 8 out of 10.
10 tu bile aku dah pegi tunaikan Rukun Islam ke-5.

7) Pernah pergi luar negara tak? Listkan semua negara yang korang pernah pergi. :D
Saudi Arabia (Mecca, Medina, Jeddah, Jordan)
Indonesia
Australia
 
8) Selain nama sendiri, anda dipanggil apa ya?
 Kek Gha, Aunty Ira

9) To bride to be, kenapa korang nak kahwin?
Daripada Anas .a, katanya telah bersabda Nabi Muhamad S.A.W bahawa "Perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku" 
Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. http://www.hanan.com.my

10) Perasaan ketika anda jawab tag ni.
Aargghh penat!! jgn marah ea Cik Zimie.. tp nape 10 soalan je?
............................................................................

 And create eleven new questions for the people you tagged to answer.

1) Nama penuh anda..nama ayah tak payah la..hehee..

2) Status? Single? Married? Engaged?

3) Pernah tengok lelaki menangis depan mata? tahu tak kenapa?

4) Tell me one of your best memory zaman sekolah rendah :)

5) Restoran Ikan Bakar atau Western Foods? State your reason.

6) Bunga/ Romantic Dinner/ Cake/ Shopping voucher? Pilih satu je..tak bole tamak..

7) Define bestfriends and kawan.

8) Korang ade RM10 dan terdesak nak beli hadiah utk tunang/suami. Korang beli ape?

9) 1st reaction bile terjumpa ex-bf/ ex-gf... hihihi

10) Bile last purchased kasut?

11) Anda buat apa time public holiday hari ni?
............................................................................

You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
Settled! mencabar betul dgn kelajuan broadband yg super lemmmb.. 

25 October 2011

3years & 11 months

Today is our monthly anniversary. Next month (25/11) will mark 4 years of our love relationship..

"Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat" Surah Al- Baqarah, ayat 201


I'm counting the days to my birthday on 28th October~ oouch! seriously can't wait!

24 October 2011

termenung

Hidup memang sebuah pentas lakonan
Terlalu ramai pelaku dan pengarah
para pengkritik yg bebas berkata-kata melalui lidah 
tanpa sempat melintas di hati...

Roda itu masih setia berpusing mengikut irama
hentakan kaki masih sama memijak tanah
ada kepala yg terdongak ke langit
tersadung kaki marah seorang diri

bercakap membuat aku berfikir
dan menaip juga buat aku terjaga
bersedia..

23 October 2011

i feel u..Lion King 3D

Bermalasan di rumah pada hari Sabtu.nothing interesting sb aku 1st day period.. AYAH call kejut bangun tido pagi Ahad and ajak pegi wedding kat Shah Alam tapi badan tak mahu bangun dari tilam..

Iliyak dah start bising ajak keluar jalan-jalan.. teringat pulak ade purchased GroupOn voucher! mari kita tengok wayang!! Lunch kat foodcourt jusco then baru pegi klcc. Cite The Lion King hanyalah remake for 3D version tapi I tell u la, still menusuk jantung tau.. feeling masih sama mcm 1st time tgok. Presentation of Simba, Scar yg jahat, Zazu yg mulut bising, babo0n tua Rafiki. Not to forget, the catchy song -- Hakuna Matata (No Worries)


Dapat tgok version 3D for 2 pax, pastu dpt lagi small popcorn combo.. Hanya bayar RM29. Berbaloi-baloi.. kirenye ni birthday treat for Ili sb aku lom bg lagi birthday present beliau..huhuu.

21 October 2011

Promosi tapi pricey, aduh..

Holla everyone!

Before nak logged off, teringat nak share something dgn readers.. I've been eyeing this particular photographer for quite sometimes jugaklah and berjaya dapatkan quotation (august) .. He's nice, siap tanya how much our budget.. Surprisingly rate die still within my budget (+ outstation charges)..hehehe >__<   Tapi mcm biasela, ini orang mana tetap lagi die punye perasaan, so KIV dulu..

Seronok jumping around dlm FB, I stumbled upon page die.. Eh, mereka ada buat promosi tp for wedding on Oct-Dec only.. I pun gatal tgan tanya takde ke promotion for 2012??hehe.. Later on, owner page add me as friend.  He asked whether I nak ke promosi tu.. Bile dah include outstation charges, jadi lebih mahal dari apa yg die bagi I dalam previous quotation!! Err??!

Korang rasa macam mana ye? lebih mahal tu takdelah sampai ratus ringgit tapi I mcm pelik sbb katenye promosi tapi kenapa lebih mahal dari apa yg die offer to me last August? Items yg dpt pun same je..Bile I tanya prosedur for booking, terus tak reply.. hurmm.. That's enough. I have to slash YOU out from my list.. SORRY..
^ I love my new background! Cute kan?^ 


Update on 25/10: Photographer itu telah menjadi terlalu baik..maka saya sedang mempertimbangkan pakej beliau..maaf atas salah faham sebelum ini..hehehehe!!

19 October 2011

heartless

Dah lame tak menangis kuat-kuat so malam tadi tengok cite Hindustan..hehehe.. Movie Hum Saath Saath Hain (pinjam CD Eton).. whuaaa nangis banjir woo.. Bagus betul tengok cerita yg bole buat aku mengalir air mata.. Credit to the director and scriptwriter!
=========================================

This morning, time nak melangkah masuk pintu office, received a phone call.. Bile letak, aku terus jadi blur. Pegi pantry buat air pun mcm tak sedar bile masa air panas masuk dlm mug.. Semua yg aku telan tasteless.. Aku tak lapar tapi aku beli nasi. End up masuk dustbin. Membazir.

Tell them I was happy  
And my heart is broken 
All my scars are open  
Tell them what I hoped would be impossible....

Aku malas nak pointing fingers. Aku tak nak jadi gila.

17 October 2011

ahad yang penat

Parents dtg KL sbb MAMA nak pegi HALFEST at PWTC.. AYAH dah semangat keluar rumah pagi2 sbb ptg tu ade appointment kat umah Anen.. tak silap ade game rugby.. me n MAMA board the train around 11.30am, bile sampai je terus pegi register kena pakai wrist band ni..




Sepanjang dlm tu aku dok makan aiskrim mango nih.. sedap gilos wa cakap luu..bile sampai gerai coklat n cookies, aku amik sample n masukkan dalam aiskrim.. mmg kenyang gilerr..hahhaa.. Alhamdulillah visitors ramai. Habis round dlm Hall 1, kitorg turun bawah letak brg kat AYAH then masuk Hall 2 pulak. Iliyak pun join dlm Hall 2 tp dah tak larat so terpaksa padamkan angan-angan nak masuk Hall 3..

--------------------------------------


Eton ajak hang out.. saje nak catch up sbb dah lame tak jumpe..Last jumpe time bulan puasa hari tu. Lin pulak keje pagi tp die larat je nak jalan.. Kitorg decide nak tgok wayang even Fareedz ade.. Cite REAL STEEL kategori PG13 tp budak jual tiket tu kate boleh je..

Ade kejadian lawak sbb kitorg kan bawk budak umur setahun setengah masuk wayang.. sebelum ni aku mmg against mereka yg bwak kanak-kanak masuk wayang time action/ horror movies.. bedebuk terkena tepat kat hidung aku! hahahah tapi Fareedz pandai adapting himself. Die duduk kat walkway sambil pegang roti and mulut ternganga tengok robot berlawan. Bile die mcm bosan, die dtg kat mak die mintak air.. Selamat la aku duduk seat dalam so level terganggu adalah kurang..huhu~




Overall aku mmg enjoy tgok cite nih..mcm biasa la kan, air mata mesti tumpah sikit. walaupun tajuk die mcm keras, gagah, kuat tp mana bole lawan pandangan mata seorang kanak-kanak.. Hugh Jackman never failed me.. encem betul!

Oh lupe, kitorg hang out kat VIVA, Cheras.. Quite big tp banyak giler jual furniture. Gambar takde sbb dlm camera my sis.

14 October 2011

isu gemuk & kurus

Response terhadap my status di Facebook a few days ago.. I'm not a person yg update status every seconds..haha


Pada mereka yg click 'LIKE' mungkin bersetuju dgn ape yg I post. Tapi bile some of my friends seperti terkena di batang hidung sendiri, perlu ke I removed post tersebut? *oleh sebab aku kurus then up status mcm ni, org kata aku tak sensitif..  tp kalau aku jenis gemuk then up status mcm ni, nnt org kate aku tak cermin diri sendiri... betul tak?*

Isu berat badan, bentuk fizikal seorang perempuan adalah perkara sensitif. Boleh jadi sampai putus kawan. One time dulu, sorang kawan I nak kahwin. Die pulak rajin giler post gambar mereka dating. Bile I tgok gambar tu, I noticed pakwe beliau makin lama makin kering and not the other way around. gosh!! perempuan kan concern giler pasal bentuk fizikal kan? tapi my friend ni selamba je.. die kecik sket time tunang then time kahwin still b00m! now dah ade anak, goshh I takmo cakaplah.. I kesian, kesian sgt kat husband die.. sbb I tau my friend ni jenis pushy. everything die je betul.. husband die kering gilee wa cakap lu.. kalau dulu sama2 tembam, now leher lelaki tu panjang giler okeh.. uuu seram..

--------------------------------------------------------------------

Eh terkeluar topic pulak.. nak tau kenape tetibe post I ni mcm mintak pelempang?ngahah.. sbb I dah penat nak mendengar rungutan/ keluhan mereka yg berbadan besar read: GEMUK tp bile tiba time mkan, amik portion tak ingat dunia! kot ye pun lapar, boleh tak control sikit? kenapa nak kena amik SEMUA benda atas meja tu masuk dlm pinggan? mmg tak faham betul la.. atau ko memang tak sedar diri? bile dah kenyang, baru lah teringat diri tu tgh on diet.. please ok, tolong jgn carik aku n cerita ttg penyesalan kau.. ^kalau aku kerat ko 18 baru ko tahu erti penyesalan^



Ada gak kes sebelum kahwin tu punyela maintain berat badan.. makan nasi pun sesudu beb *mcm Ziana Zain* tapi bile dah kahwin jadi bersenduk-senduk pulak.. tolong lah, tolong jaga badan..nnt bile suami ade private affair baru nak terduduk, menangis, mengadu sana sini.. Korang kalau nak kurus tp tak tahan godaan, korang kena pandai cari solution. Salah satu cara ialah psiko diri sendiri atau dlm bahasa mudah ialah cabar diri. Mcm rancangan The Biggest Loser, bile ade hadiah ribu-ribu baru lah dtg effort nak kuruskan badan padahal benda tu sume basic. Amik makanan berkhasiat n regular exercise.





Aku tetap berkawan dgn mereka yg badan berisi.. aku tak pernah bezakan kawan-kawan aku. Sorang kawan aku tgh nak kuruskan badan so die skip dinner. Satu hari tu kitorg kuar same n die tnye nak makan x? aku kate terpulang kat die.. So die amik mee sup n air suam. bile aku tnye die nak kurus sampai tahap mane, terus die cakap nak kurus mcm aku. Ini salah ye kawan-kawan.. kadar metabolism org adalah berbeza.. Genetik aku mmg semuanya kurus tp berbeza dgn kawan aku yg mana keluarga beliau jenis berbadan besar.. tp pape pun aku still support die. Yg penting usaha.. kalau asyik la cakap pasal nak kurus tp malas jalan kaki, tak nak exercise, naik tangga pun berkira, haa korang jawbla sendiri..



Eating habit kena jaga, exercise jgn lupe.
Sekian, pesanan ikhlas dari Bahirah berat badan normal :)

11 October 2011

wedding Aini Sdary

9 Oktober 2011 -- hot date! Kami Ali Aisyah 99-01 secara berjemaah pegi umah Adib nak tengok baby umur 20hari! alaaa takde gmbar pulak.. pas pekene roti canai, bergerak ke umah Aini kat Batu Berendam.





Gambar ni sume gune camera Daus.. siap setting ade blur bagai..adehh.. Tahniah Aini n Sofian!

Hazwan tolong drop kitorg kat Melaka Sentral. Sempat lagi pekene aiskrim McD.. thanks Wan, moga makin murah rezeki ko..





Al the way from melaka - KL, haruslah aku tido tp sbnarnye lelap stgh jam je.. despite all the laughter, kasut/ sandal yg baru beberapa minit aku beli kat TBS dah tertinggal dlm tren.. redha jek la..kasut itu bukan hak milik aku.. T___T

10 October 2011

kain Nikah Part 1

Hahah title yg semua org dah tau kesudahannya..kenapa Part 1? sebab kain TELAH dibeli. Part 2 bile dah antar tailor & Part 3 bile dah fitting dan digantung dalam almari :)

Jam sudah pukul 3 lebih, kami terus pecut ke Pesona Andaman Mar sbb kak Mar nak keluar pasang pelamin kol 4pm. We was entertained by one of their staff.. sgt friendly! tanye je ape sume die jawab! memula die tnye pakej dewan ke rumah then sy tunjuk AFIQ n die ckap pakej bertandang n tiada pelamin. terus die tunjuk Pakej Budget! hoho luckily harga baru still tgh draft so kalau booking by this year, still dpt harga lama. Time tu I dah jeling-jeling AFIQ trying my luck nak mintak pelamin..hahaa tp AFIQ tetap taknak pelamin so I request backdrop meja makan yg agak fancy bersama kerusi pengantin.. kerusi pengantin tu kena tambah RM50.

Insyaallah next year akan ade byak baju baru. Jimat kuasa dua..takde maknenye nak request baju baru/beli nnt membazir tersimpan dlm almari.. Oh tidaaakk!!

Agenda diteruskan lagi. kami masuk kedai kain Jakel Cawangan Batu Pahat dan terus tnye SA pasal satin silk. Keluarkan lace dari beg dan terus jalankan proses matching dgn satin dan kulit bakal pengantin.hehehe..maklumlah, kulit kami sawo matang.. Colour kain Nikah telah dipilih oleh AFIQ. LOVE U! Sampin mungkin akan mintak tolong kak Zura belikan kat Terengganu this coming school holidays.. AFIQ ade snap picca. yg penting sampin mesti ade kaler gold or orange+coklat. Bile fikir balik, alhamdulillah sebab proses kami pilih kain nikah tak amik masa panjang pun. wonder why some people ade yg amik masa berminggu-minggu utk beli kain nikah..hurmmm..
hey kite dah ade kain nikah!
Then call Mr. Qulukis Photography utk amik CD gambar kitorg and bertolak pulang ke Melaka.. MAMA agree dgn pilihan kain sbb MAMA kate kain nikah ialah pilihan anak-anak, MAMA takkan masuk campur. Mak (FMIL) pun agree dgn material kain dan colour. Yeehaaa!! lega hatiku,


AFIQ dah excited nak cari tailor.. anyone?? help me please.. :-/

BBF Wedding: Raihana BP

Selamat sampai my heaven on earth around 9pm. Pagi 8 Oktober dah bangun seawal 10am.. hahaha! cuaca sejuk wey, mana bole lepaskan tilam n bantal..  

AFIQ fetched me dlm 12-ish noon dan patah balik ke Batu Pahat sbb nak attend wedding Rai & meet up Cik Anis (Kluang).. Rupenye Rai ialah kakak pd one of AFIQ's friends. huhu so AFIQ cepat je bangun pegi lepak table member-member beliau bile Cik Anis n tunang sampai. Sori ea Anis, AFIQ tak sombong cuma die keluar dewan nak 'bakar' duit.. kitorg tak sempat amik gambar kat pelamin sbb emcee dah suruh pengantin turun jumpe tetamu.. I heart pelamin Kak Rai sbb kaler putih! sempat bisik kat AFIQ yg I nak kaler mcm tu time wedding kitorag nnt. AFIQ kate OK!



Cik Anis dan Puan Raihana
amik aura pengantin..punyela excited jmpe Rai, time laga pipi tu terkuat pulak..adoi sakit. sori kakak Rai!
Photobooth Corner - Ira & Cik Anis
Ira ada amik gambar tunang Cik Anis tapi tak nak upload kat sini sb lom mintak izin lagi..hehee.. so korang tgok la gmbar saya dan AFIQ..


Habis je sesi amik gambar, kami pun bersurai.. Cik Anis nak pegi Expo Pengantin kat Plaza Angsana, Ira nak pegi beli kain Nikah and appointment dgn Pesona Andaman Mar. Tahniah Kak Rai & husband!

NOT a pre-wedding session

Banyak gileee benda nak update dalam blog! hohoho.. tapi mahu intro dgn gambar... entry shoot

oleh: 
 

Cukuplah 3 keping..huhu.. tak sempat nak letak watermark.. AFIQ pun tak tengok lagi sbb sy pegang CD..hehe. It's not a pre-wedding photoshoot. Kebetulan time shooting ni still dalam bulan Syawal 1432h so consider this as our Raya Portrait bergelar pasangan tunang. of course la takde sesi salam cium tangan..jeeezz..

p/s: AFIQ tengah kecewa sbb die tak reti posing depan camera..

i love this!

07 October 2011

game Bf / Gf

Taken from 'Dengan ini saya mengisytiharkan saya LIKE status anda =P


Bf : Kita main satu game nak tak ?
Gf : Game apa ?
Bf : Mcam ni , esok awak jangan contact saya . Maksudnya jangan call/ msg sy. Saya pun buat mcam tu dekat awak okay? Kita tengok siapa menang.
Gf : Okay !

...
Esoknya , si Gf terpaksalah tahan rindu dekat Bf . Mengenangkan ini satu permintaan yg dipersetujui bersama, si Gf cuba kuatkan hati...

Keesokkan harinya , si Gf call si Bf . Tapi tak dijawab. So si Gf pegi rumah Bf dia. Di luar rumah, ramai org. Gf  rasa pelik then terus masuk ke rumah. Sekujur tubuh terbaring ka
ku di tengah rumah. Dan tubuh tu adalah jasad si Bf yg dah meninggal . Mak si Bf pun bagi surat pada Gf.

Surat yg bertulis :

Sayang , semalam awak dapat hidup sehari tanpa saya . Saya pasti ESOK dan SETERUSNYA pasti awak dapat hidup bahagia tanpa saya. 
Love you ♥ 
--------------------------------------------------------------------- 
Jujurnya aku menangis bile bace bende ni sbb aku selalu main game mcm ni.. Kitorg jarang jumpe so a day before jumpe tu, sebarang komunikasi adalah dilarang.. Tujuan: Nak buat rasa rindu tu menggunung tinggi & nak mengelakkan sebarang mood tak baik. Ye la takut bile dah berborak n termasuk topik panas, mesti boleh affect pertemuan esok hari.. U get what I mean? Lagi pun kena tido awal so bile jumpe esoknye rase fresh je..hihi..
 Tapi sebenarnye rase takut mmg ada.. sbb die datang dari jauh and drive sorang-sorang semata-mata nak jumpe aku.. malang tak berbau and accident boleh jd anytime.. status kitorg pulak 'darah manis'.. lagi laa takuutt.. 
Kalau anything bad jadi pd AFIQ, tolong jgn tanye apa tindakan/ perasaan aku.

06 October 2011

for Meeya & Nana (BBF)


Entry ini ditujukan khas pada iniMeeya & Nana (BBF).. Sebab dah tak tau mcm mane lagi nak ucapkan TERIMA KASIH pd mereka berdua yg telah menyelesaikan 90% preparation for my wedding on AFIQ's side.

The remaining 10% ialah VENUE..haha patutnye ini paling penting tapi takpe, sy tak kisah pun..yelaa time tu kan dah Nikah (the most important part)... ^___^


OK jom saya share kenapa saya kate mereka berdua ni telah menyelesaikan masalah saya? Before ni AFIQ selalu kate die tak risau sebab boleh refer Along (FSIL) regarding our wedding kan? Sadly Along tak dapat membantu sbb Along sendiri tak suka dgn vendor yg terlibat dlm perkahwinan beliau. Haaa terlompat la AFIQ dari 'pembaringan' beliau yg selesa itu.. Sudah ku kata, jgn terlalu mengharap pd org lain.. Nasib baik laa yours truly rajin melakukan survey (read: blogwalking), pergi wedding org dan mintak business card mak andam..hahahaa!


Kisah pertama berkenaan bridal boutique. Few months ago ade attend wedding kat Kluang if i'm not mistaken. Masuk bilik pengantin and nampak pengantin tgah make up. Terus jatuh cinta pandang pertama! zasss!! terus mintak business card! 

PESONA ANDAMAN MAR 
(FB: Butik Pengantin Mar)

No.35 Jalan Persiaran Flora Utama
Taman Flora 83000 Batu Pahat
Johor (depan CIMB bank)
TEL: 012-7990623

EMAIL: mar_elegance@yahoo.com

Nak dijadikan cerita, Nana punye majlis bertandang guna servis Kak Mar and Nana totally loves it!. Side AFIQ mmg simple.. takde pelamin so akan request hiasan meja makan pengantin, baju/ accessories and make up. Tadi dah call Kak Mar and appointment this Saturday. DONE!  *AFIQ please take note//


Kak Miza pulak dah explain pasal prosedur nikah di Johor..hehe.. benda ni bole je refer kat Along tapi sy malu.. Dgn Kak Miza kurang sikit malu..hahaha.. Part ni I just leave to AFIQ utk settlekan sendiri.

Pagi tadi Kak Miza publish entry paling sempurna - banner printing! hahaha rase nak menangis pun ade sbb tak sangka. Alhamdulillah!! thanks juga pd penghantar email (silent reader) kak Miza. Sy memang ade niat nak buat backdrop pelamin macam Catriona Ross. Kalau kena reject dgn my family, sy akan gantung kat Guestbook Corner @ Photobooth. Kat side AFIQ pun same. Either backdrop meja makan pengantin or Guestbook Corner @ Photobooth.
 
The Magic Artz Printshop
G-01, Plaza Lian Hoe, Jalan Abu Bakar
Batu Pahat, Johor
07-4345111 / 012-7782277
themagicartz@yahoo.com

Syukur Alhamdulillah.. terasa beban yg berat di kepala dan bahu hilang dihembus bayu.. Sebak pulak rase hati sbb tak sangka persiapan kahwin side AFIQ semudah ABC. Thanks Kak Miza & Nana Farhana. Semoga rezeki kamu berdua akan terus murah dari semasa ke semasa.. Amin Ya Rabbal Alamin..


[Venue/catering/canopy/doorgifts memang angkat bendera putih. Aku hanya nak rase CANTIK on that day that's why aku nak cari bridal boutique sendiri..]

05 October 2011

mahu Silk Satin

Wordless Wednesday is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words.
 
 

04 October 2011

mood dah datang :o

Wedding preparations agak malap last week sbb ade konflik dalaman. Tapi weekend yg bermakna dah buat mood sy menyala terang! *korang merajuk then tunang buat surprise singgah kedai kek..mesti terbang ke langit kan?*

Semalam balik keje boleh dtg perasaan nak cari kain for Baju Nikah. Segera tanye Eliz for her opinion/ explanation pasal jenis satin. Dalam pasar malam bole dgr penerangan Eliz, hehe..Thanks babe! My idea nak buat dress.. Eliz suggest satin silk since Ibu ade beli n she said sesuai sgt sbb kain tu lembut.. baju Melayu AFIQ nak guna satin crepe sbb tak panas. AFIQ ni jenis yg tak bole panas, nnt die rimas. Time photoshoot hari tu, mmg die resah gelisah.. photographer cakap time wedding lagi la berganda panas..terus terdiam.hahahaah!

Tgh tunggu ice blended sempat wat calculation dlm kepala padahal lom tanye AFIQ  boleh ke nak beli this month. Cekalkan hati msg die then he said "OK BOLEH!".. teringat pulak jadual die kene keje this weekend so agak sedih sbb selain weekend ni, schedule sy da fully booked.. Rupenye bile AFIQ check, die tak keje this Saturday!! yeehaaa!! Insyaallah I nak attend wedding BBF Raihana kat Batu Pahat so boleh la menyelam sambil minum air :))

betapa buruknye lukisan ini..haha

Ini secara roughly my idea for my Nikah attire. Colour pun belum decide dgn sebulat hati. Korang abaikan la details yg ntah hape-hape itu..haha! Pagi tadi sempat email dgn Mr Photographer dan die kate bole collect gambar Sabtu ini!! Ya Allah, memang aku tak sabar nak tunggu 8 Oktober 2011. Sorry ea korang, aku belum bole disclosed name photographer selagi belum dapat gambar..


Syukran Ya Allah kerana memudahkan urusan kami berdua..serious aku rase tenang sangat..

03 October 2011

Wedding kak Zarina (Shah Alam)

Me n AFIQ attended a wedding at Felda Keratong 7, Pahang! It was a road trip! never done that before so mestilah over excited. Dalam hati cuak jugak sbb tak pernah pegi wedding jauh mcm ni sekali.. yg kitorg tau pegi Segamat then arah ke Kuantan. GPS ade tp tak guna pun.. terer kan kitorg?hahaha. AFIQ drive all the way sbb aku tak cukup tido. tp sempat jugak la teman die half way..

Agak berpusing jugak la kitorg bile da masuk dlm Felda Keratong 7. berhenti tanya mekanik kat tepi jalan baru la jumpe rumahnye.. kalau tak tnye mmg confirm tak jumpe sbb takde wedding banner or signboard n rumah tu ke dalam sikit.. kitorg sampai dlm kol 2 and kenduri mcm dah habis..hehe..



Kak Ina adalah roomate time aku menyewa kat Shah Alam few years back. katil kitorg double decker, die bawah n aku atas. kak Ina jenis tido awal sbb die masuk keje kol 7.30am! tp ade sekali tu kitorg bole bborak sakan smpai kol 2-3 pagi..seronok! Akad nikah dah buat 17Sept lepas kat Klang. Time aku smpai umah die, pengantin takde! waa dlm hati dah rase terkilan tp  Allah Maha Mendengar.. Kak Ina tetibe balik dari homestay for rombongan lelaki so dpt la jumpe n borak-borak sekejap. Paling best bile dpt byak goodie bags! hehuu~


Sempat beli ice blended made in Felda Keratong 7! RM 1.50 only..haha pengsan!


Journey balik pun AFIQ drive.. Mata aku ade t'nampak 1 kedai barang kahwin so aku request nak pegi tengok.. kami pun terbeli beg kain kaler hitam putih utk letak glass for main table.. Alhamdulillah..