Followers

11 June 2011

a BIG NO to live separately

Salam Jumaat to all my friends~ dlm draft since jam 14.20. sekarang baru ade mase nk publish.

Hari ni nak share satu article sesuai for bakal pengantin yg akan melalui Kehidupan Suami Isteri Jarak Jauh

For those yg SEDANG melalui situasi berkenaan, setinggi tahniah diucapkan. Frankly speaking, sy tidak berupaya menjadi sekuat kamu dan kamu (ok agak kedengaran lembik di situ..wahaha) Iyee memang kena ada rasa percaya pada pasangan tapi bile fikir balik, sampai bile nak jadi mcm tu? Adakah nak menunggu sehingga sy tergolek jatuh kat tangga bus ekspress sb penat sgt atau pun terberanak tengah jalan sb husband jauh? Ooohh tidak, tolong lah.. Sy tak mahu dan TAKKAN pernah mahu hidup jarak jauh. Cukuplah long distance relationship selama berkawan, ber'couple' dan bertunang.. Takkan dah HALAL pun masih nak menyusahkan badan travel jauh-jauh?

Last week pegi Johor tu pun dah separuh nafas. Tiket bus pukul 8pm, sampai Tol Ayer Hitam around 11.30pm. Kitorang dinner pun ala kadar sb badan dah penat sgt.. Sabtu dah busy attend wedding then malam joining him main futsal. Ahad tuptuptup dah sampai masa nak balik. I cuba imagine kalau dah kahwin pun routine mcm tu, memang I takde peluang nak ade anak :p

Then expenses pun kena amik kira. Kalau dah every week asyik nak derma pd syarikat bus, tidak kah membazir namanye? Rumah punye belanja i.e elektrik, air, sewa nak kena darab 2. Tapi I kire jimat jugaklah sb duduk rumah parents. Tapi x best la.. Sy nak duduk 1 rumah with him, nak shopping groceries together, nak decorate rumah even I ni bukan reti mengemas sgt ;b dan paling penting nak sembahyang subuh same-same.. NAK! NAK! NAK! ok cukuplah..readers sure faham.

For now memang boleh berjauhan tapi tengoklah bile nak prepare wedding nnt, mesti akan selalu meletops. Yakin sambil petik jari*

My 2nd sister, Anen pernah in long distance married life for a few years. Semasa mengandung turun naik bus sampai org lain seram tengok die jalan laju-laju sambil bawak perut, after giving birth, berjauhan dgn anak sb Nani dijaga in-laws di JB (lupe plak, Anen pun dpt org Johor) then bile anak dah besar sket, die jage di KL seorang diri. On the positive side, badan die memang maintain laaaa.. ramai yg tak percaya die dah kahwin. Maka abg iparku pun cepat-cepat 'tarik' Anen duduk Melaka.hahahaa!

Action speaks louder than words. Buat masa sekarang put 100% effort utk kumpul duit/ survey dan beli ape-ape yg perlu. Dlm nak dekat tarikh nak kahwin, nak TRY submit resume pd company at Southern area. AFIQ tak nak langsung stay in KL. Die ni memang semangat Johorian yg terlampau. Lahir, membesar, alam persekolahan, Matrix n Degree all in Johor. Only a year ++ je stay kat Bangi. Tapi nak buat mcm mane, memang rezeki die kat Johor. Oleh sebab living cost area awk tu tidak semahal sy yg kat KL ni, maka haruslah sy demand macam-macam dgn awk. OK?

I think that's all for now. Selamat malam (pagi)!

p/s: Tolong doakan sy dpt pekerjaan sesuai di negeri Johor (Batu Pahat, Kluang dan sekitarnya..terima kasih)

4 comments:

cik anis said...

ameen! ameen! semoga berjaya dear~
anis pn memang xnk duduk jauh dgn tunang after nikah nanti..hehe


usaha, doa, tawakal!

^_^

vanilla said...

btol tu...memang byk pengorbanan (fizikal sbb penat, then kewangan jugak) pjj ni kan...kite pun berusaha nak cari keje dkt dgn bakal suami T_T ni...sama2 kite berusaha ;)

Nur_cahayamataku said...

salam..setuju dengan pendapat awak..selepas kahwin..elok la duduk sama..susah hidup jarak jauh ni..

bahIRAh said...

cik anis: thank u sgt~huhu..memang tiap2 mlm berdoa mintak dipermudahkan..

vanilla: caiyokk! jom usaha sama2!

nur: terima kasih ats komen awk..memg sy sedang berusaha ;)