Followers

15 June 2011

Fikiran tua

Kasihan sungguh entry ni ade dlm draft dari 12june.


All the way to Perak, kitorg berborak psal semua benda. ok nampak sgt tipu..hihi..kalau umur mcm kitorag ni, topik paling 'in' ialah pasal KAHWIN dan TUNANG.hahahaha. Kebetulan pulak, salah seorang di antara kami nak tie the knot. So beliau ingin bertanya beberapa soalan dan bertukar pendapat. Kami berempat pun berborak sehangat-hangatnya hinggakan radio langsung tak dgar suara.huhuhu..

Rupenye time bertunang, certain area kat Melaka akan mintak separuh wang hantaran terlebih dahulu. tapi time sy dulu takde pulak. So sy rase bab ini terpulang pd keluarga masing-masing. Pada pendapat sy, mungkin wang itu ingin digunakan oleh pihak perempuan bagi keperluan majlis atau sebagai satu cagaran/ wang deposit agar ikatan pertunangan itu MESTI kekal ke jinjang pelamin.. Bakal pengantin negeri lain mcm mane pula?

Reason mak sy bile sy tanye psal hal ni.senang je die jawab. " Alaa buat ape nak mintak separuh-separuh. Amik sume je nnt lagi senang.." Me n my mom memang same kepala even kadang-kadang (read: selalu) bertegang urat.hahaa!

Sy ni jenis suka mendengar/ observe dan menilai semula. Bile Yah cakap sy punye pendapat kadang-kadang kedengaran mcm style makcik-makcik, sy langsung tak kisah. Sebab perkara tu menunjukkan sy ni tahu baaaanyaakk perkara dari die..bole tak mcm tu? Perkara ni betul ok, korang jgn la bayangkan sy join group makcik-makcik yg tgah mengumpat. Cuba korang bayangkan sy tgah duduk dlm group yg tgah gubah hantaran dan lilit bunga telur. suasana tu lain tau dan mereka akan bercerita perkara yg anda tak sangka-sangka.hehehee.. seronok wehh, try la.. tp kalu korang tak rase best, don't blame me.

Bile cakap pasal anak, semua org ade pendapat masing-masing. Satu perkara yg sy pegang ialah anak adalah AMANAH dari ALLAH. Jika rase diri dah mampu serba serbi (material dan spiritual) utk menjaga AMANAH ALLAH dengan sebaiknya, dipersilakan berusaha mendapatkan anak. tetapiii jika rasa diri dan pasangan masih berdikit-dikit meneruskan kelangsungan hidup, maka ketepikanlah hasrat itu seketika. Sy tau mesti ramai yg marah dgn statement sy ni. Korang mesti kate ANAK adalah rezeki dari ALLAH..kan? Jom sy ajak korang berfikir. Setiap anak/ bayi yg lahir dikurniakan rezeki oleh ALLAH untuknye. Rezeki ini pula dtg dlm pelbagai cara dan bentuk. Ia tidak hanya wang ringgit. 


Ada seorang hamba allah ini, beliau mempunyai keluarga yg besar. Isteri tidak bekerja dan beliau yg sy namakan Mr GIYO seorang shj bekerja membanting tulang hinggakan susuk tubuhnya kurus kering. Ahli keluarga terdekat dah banyak kali pesan pd pasangan ni agar berhenti dari produce anak tetapi bagai mencurah air ke daun keladi (wah masuk peribahasa lagi). Dipendekkan cerita, anak sulung pasangan ni dpt tawaran further studies ke Egypt or bahasa melayunya Mesir. Anak sulung itu terlalu gembira hingga melompat dari pagi ke petang tanpa henti. Bile tiba waktu malam, ibu bapanya memberi khabar dukacita.

Bapa: Anakku, bapa kekurangan wang untuk perbelanjaan kamu di sana..

Ibu: Anakku, kasihanilah 12 adik-adik mu yg lain. Mereka masih kecil. Kite memerlukan banyak wang.


Anak gadis itu terdiam. Pity her. Rezeki yg telah ALLAH tetapkan untuknye TERPAKSA dilepaskan pergi.

Korang rase die buat mcm tu sb tanggungjawab ke? Ni blaja kat Mesir woo bukan blakang rumah Cik Nab. Rugi besar lepaskan peluang once in lifetime ni. tapi nak buat mcm mane. Parents kurang bijak merancang keluarga. Semoga anak sulung pasangan itu dikurniakan peluang lain. Rasulullah sendiri menggalakkan umatnya menimba ilmu hingga ke negeri China.


Ok sambung topik lain;

Lagi satu kebaikan kalau kite rajin involve kan diri dgn org lain, meaning rajin bertanya itu ini, maka dengan pastinya kita tidak akan sesat jalan. Hari tu, sorang kawan ni bitau die nak kahwin dlm mse tdekat. Die nak design bagai la kad die sb tak nak same dgn org lain (ok itu common) tapi yg tak bestnye, die xtau posting charges brape! Bile sy kate 0.60c for each card (depends pd berat), terus die ternganga! Sy pun tanye diri sendiri. Eh takkan takde sape-sape bitau die kot? benda ni antara the most important thing kena amik tau bile nak start prepare wedding.

Xpelah, yg penting sekarang beliau dah tahu. So maybe beliau bole draft semula budget. Sharing is caring..daaa~

No comments: