Followers

24 June 2011

happily EVER after

Salam Jumaat to all my readers..

Hari ni nak share tips kebahagiaan rumah tangga..

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. Balik kerja pun kena cium gak..

2. Jika berpisah lebih dari sehari, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir. 

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali sehari walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I LOVE U sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur. 

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. xpe, weekend pun boleh makan berdua..anak-anak tinggal umah

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. 

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. 

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada di sisi. OK!

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya. 

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami. 

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. 

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. 

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. 


p/s: Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.



I would like to say..: Basic dalam sesebuah perhubungan ialah KOMUNIKASI DUA HALA.. Insyaallah setiap masalah ade jalan penyelesaian.. tapi ingat, bercerai / menjatuhkan talak BUKAN jalan penyelesaian terbaik. Itu langkah yg diambil pasangan yg ego dan mementingkan diri sendiri.

Semoga kite semua dapat berfikir dengan hati yg tenang sebelum membuat sebarang keputusan.

5 comments:

Unknown said...

noted! print and tampal hehehe..kena baca selalu nie hehehe..thankz dear~

Unknown said...

noted! print and tampal hehehe..kena baca selalu nie hehehe..thankz dear~

Dalina said...

alhamdulillah semua tu kte still bt n smg bterusanlah hendaknya..
ye btol komunikasi pntg. once salah fhm, dh naya. bila x puas hati,tros cakap,jgn simpan,nt mula stat pk bukan2,kemudian setan pun gembira n stat 'cucuk2'...

kalo simpan,nt akan jd bahan tkumpul,pastu tgu masa bom jangka meletup kebabom

yg cerai n senang lafaz talak tu x cukup ilmu, dgr kat kusus kawen je pastu bsemangat nk apply bila ada peluang. kte penah gugle ayat2 yg suami2 guna masa jatuh talak (true story,info dr pjbt agama), BODOH giler xtau nk ckp apa.
kat situ la penting nya cr suami yg FAHAM agama. isteri pun sama..

bahIRAh said...

uya: yeaaahh practice makes perfect

kek na: yup yup memg betol.. mintk jauhkan la penceraian ni dgn diri kite..

amal salleh said...

sukeeeeeeee :D